My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

16 May 2010

judi dihalalkan? filem lucah bila?





Kunkun!!


Lama giler aku tak baca surat khabar. Bukan takde duit cuma aku malas. Surat khabar hari ni bukan betul sangat. Tengok berita pasal Adik Aminulrasyid ni. Surat khabar yang banyak tambah citer ada tu la ni la. Jangan percaya sangat kat surat khabar. Propaganda je semua.


Kepada rakyat Malaysia yang kurang peka, kerajaan kita dah luluskan lesen perjudian World Cup 2010 bulan Jun nanti. Hebat kan Malaysia? Walaupun ada bantahan, kerajaan tetap mengeluarkan lesen judi. Oleh itu perjudian secara sah boleh dilakukan sepanjang Piala Dunia nanti. Yeay!! Begitulah syaitan dan manusia bodoh berjudi bersorak bila dapat tau citer ni. BERJAYA adalah syarikat tunggal pertaruhan di Malaysia yang berlesen. 1 Malaysia. Perjudian didahulukan duit diutamakan rakyat dibiarkan.

BERJAYA | Boikot barang ni sebelum boikot Amerika

Sekarang perjudian dah dihalalkan. Lepas habis Piala Dunia nanti apa kata kerajaan halalkan industri filem lucah di Malaysia. Tak payah buat filem lucah taraf profesional macam Brazzers.com atau Naughty America. Buat yang amatur sudah. Bukankah kita memiliki ramai pelakon lelaki dan wanita harapan dalam kategori ini? Mungkin ramai tidak sedar yang filem-filem lucah Malaysia dapat didownload secara percuma di 4shared atau Ares, so apa kata kita letakkan tanda harga. Ia dapat meningkatkan ekonomi Malaysia.

Beware Bro | Someone's watching you

Dengan lahirnya filem-filem ini, kita dapat mendidik rakyat cara menggunakan kondom dan seks secara sihat sekaligus mengelakkan gejala buang anak dan mengurangkan penyakit AIDS. Kerajaan mungkin dapat bekerjasama dengan FINAS dalam usaha untuk bersaing dengan produk filem lucah Amerika atau Eropah. Walaupun kita kalah dengan China dalam Piala Thomas, mungkin kita dapat menang dalam arena erotik ini.


Kerajaan juga tidak perlu runsing dengan modal sesebuah filem lucah kerana hanya memerlukan telefon bimbit berkamera, bukan Nikon, Canon atau Olympus. Para pelakon filem ini hanya perlu menghadiri ujian HIV untuk mendapatkan kebenaran berlakon. Ini dapat merealisasikan slogan Malaysia Boleh dengan lahirnya produk 100% ciptaan rakyat tempatan yang mungkin dapat menembusi pasaran Amerika dan Eropah.

Melayu Boleh | Boleh peluk boleh dosa


Jika sambutan menggalakkan, mungkin kerajaan dapat menyediakan Awards untuk Pelakon Lelaki dan Wanita Lucah Popular. Kerajaan perlu memikirkan sama ada pemenang adalah berdasarkan undian SMS atau juri. Jika undian SMS dilakukan, para pengundi harus ingat bahawa undilah berdasarkan kekuatan stamina, pengalaman, kebolehan dan keupayaan bekerja atau mendayung lebih masa, bukan kerana rupa paras dan saiz.


Untuk menarik lebih ramai penonton, mungkin kerajaan dapat menjemput beberapa pelakon luar untuk sama-sama menjayakan filem lucah ini. Mungkin pelakon bertaraf antarabangsa seperti Sasha Grey, Nikki Benz, Sarah Vandella atau Cynthrea dapat sama-sama memajukan industri perfileman kita. Atau mungkin kerajaan dapat menjemput Maria Ozawa yang mempunyai wajah Asia. Dan mungkin selepas itu Maria Ozawa mendapat gelaran dato' jika filem lakonannya dapat memajukan industri pelancongan Malaysia seperti yang pernah dilakukan Dato' Shah Rukh Khan dulu.

Maria Ohhhh-zawa | Inspirasi lelaki sejati



*macam karangan SPM kan? Lantaklah. Bukan salah aku. Salah kerajaan*



Kunkun!!



18 comments:

Roronoa Zoro said...

cis.. entri yg tersangat sinis...

geng celako kau.. hahhaa

apih el nino said...

sinis ke sarkastik?
hahaha...
geng celako takdop doh wei...
GC ado la...
hahaha...

FantasybutterFly said...

full of sarcasticism! thumbs up!

bgus la...krjaan dah makin goyah, tp org ats tetap tak sedar2...mulut duk disumbat duit jek...sbb tu dgn mte2 pon da klabu asap...lps judi, porn...zina pon halalkan jek la skali...nmpk sgt nk cbr hukum agama..

wawasan 2020 pon da jadi dakwat ats kertas jek..malaysia mmg boleh!

CintaMiya said...

perghh! hahahhaa , kelulusan utk porno mungkin tak lame lagi ,seyesly thumb up satu ! hahahaha , kasi gegar punyer ~

apih el nino said...

FantasybutterFly...
orang atas dibuai dengan kemewahan sangat...
kalau salah tapi dapat duit so buat tak nampak je...
negara maju tapi bab agama bukan no 1...
alternatif canggih tapi rakyat masih menagih...
tanda-tanda kiamat dah dekat...
anyway thanks :)

apih el nino said...

cintamiya...
kasi gegar macam aizat ke?
faizal tahir la best...
hahaha...
thanks :)

pu3iman said...

jap jap jap... ye ke bkn salah awk? hmmmm (muka dgn penuh kemusykilan :p)

apih el nino said...

betul...
bukan salah saya...
tak caye?
tanye la saya...
hahaha :P

MegaPena said...

1. Sesungguhnya berhala, arak, judi dan bertenung nasib tu sebahagian dari pekerjaan syaitan yang sangat ingin membawa kamu ke jurang kehancuran...

2. Semua suratkhabar didunia membawa konsep yg hampir sama...ada yg sampah dan ada yg berfaedah. Sebab itu Allah kurnikan kpd manusia ini akal utk membeza antara sampah dan faedah. Haiwan tak diberi akal. Yg ada hanya nafsu. Tepuk dada kamu dan tanya iman kita. Sedalam manakah keyakinan aku kepada Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Adil.

3. Mendedahkan keaiban orang lain adalah satu dosa. Allah yg mengatur hidup dan rezeki setiap insan. Dulu dia ada dua biji mata di beri Allah. Bila-bila masa mata kita boleh jadi buta dan keindahan alam ini hilang serta merta. Indahnya lautan yg dipandang tinggal nostalgia saja.Kaki kita yg dua kiri kanan ini, bila-bila saja boleh putus, dan terbaringlah di katil sehingga akhir hayat. Tenung dan tafakkur kpd Keagungan dan Kemurahan Allah menjadi penyejuk kpd hati yg selalu memberontak..Salam.

apih el nino said...

amin...
semoga kita semua dijauhkan dari sebarang bencana...

Anonymous said...

penuh dgn kontroversi larh blog kome nih..huhu...mana kome dpt gambar skodeng 2 ekor tu tgh ********(den x berani nk ckp) bleh plak kome kenal model lucah si maria ozawa tuh

apih el nino said...

takde niat nak cetuskan kontroversi. just anggap sebagai bacaan ringan k. gambar dalam blog ni ada 2 sumber je. 1 dari google dan 1 lagi simpanan tuan punya blog. kat google tu search je nak gambar apa semua keluar. hehe :)

Anonymous said...

den tabik spring arh kt kome sbb dpt gmbar ekslusif nih.huhu...bleh den copy pastu paste kt fb.huahua...kome tau x camner cara nk delete akaun fb???

apih el nino said...

Hahaha. kome copy la gambar tu kalau kome nak. pasal delete FB account tu aku rasa cara paling senang ialah kome delete semua info dan photo. biarkan FB tu kelihatan macam default masa mula-mula main FB tu. pastu deactivate account tu. sign out dari FB tu dan jangan login dalam tempoh 2 minggu. selepas 2 minggu account FB tu automatically akan didelete. kalau nak senang lagi kome search kat link ni Google. Aku tak pernah lagi delete FB so tak tau sangat. Huhu.

Anonymous said...

hehe...pandai gak aih kome tiru loghat den... okeh2...den coba

apih el nino said...

eden torai...
haha...

A C E said...

style dude

apih el nino said...

thanks bro.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...