My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

29 June 2010

update sikit sebab nak exam






Kunkun!!



Esok dengan lusa aku ada Final Exam. Esok paper Pengajian Malaysia. Lusa paper Mathematics. Kalau ikutkan ni last exam yang aku akan ambil sebelum graduate. Wish me luck. Nanti lepas exam aku update lagi blog aku ni ye.

Finally Final Final Exam Arrived | Malas giler nak study



Kunkun!!



27 June 2010

aktiviti mandi air terjun masa cuti




Kunkun!!



Sebenarnya aku sedang cuti study week. Cuti study week ketika orang lain cuti panjang atas kejayaan aku repeat subjek Math sebanyak dua kali. Ni semua sebab Math itu sangat malas nak selesaikan masalah dia sendiri pastu mintak aku selesaikan masalah dia dalam Final Exam. Wei Math kau ingat aku takde masalah ke sampai nak kena selesaikan masalah kau haa???


Okay sambung pasal tadi. Oleh sebab aku dan geng samseng aku iaitu GC dah bosan asyik buat benda sama je setiap hari so kami pun pergi mandi air terjun. Inilah kelebihan jadi rakyat Terengganu. Ada air terjun wo. Hahaha.

Geng Apih El Nino | Muka ceria tak mandi pagi


Geng Farhan Santacruz | Banyak gambar terhasil masa Arif buang air


Snap On Road | Perjalanan diteruskan dengan berhemah


Belukar Bukit Waterfall | Its good to be here


Yeay Dah Sampai | Geng Konok paling lambat


Kami Mandi Kat Atas | Sebab taknak mandi kencing orang


Layan Je La Ye | Olololo semua bajet comel


Apex Panicked | Turun batu macam turun bukit


Staqim Style | Tak tau la dia ambil wuduk ke tangkap ikan


Random Picture | Kepala Farhan macam keluar dari batu


Push The Rock Bottom | Usaha tangga kejayaan


Afif El Nino Poyo | Just the middle one


When Boys Cooking | Boys make it with more effort


Keep On Trying | We try to make something be more interesting


1.. 2.. 3.. | Semua gambar diambil dengan DSLR Along Syazni


Apex Lagi Dan Lagi | Nampak sangat paling lama berendam


On The Way Balik | Singgah minum Laicikang kat Seri Wangsa


Funny Fun | I really had so much fun with you all


GC Forever And Ever | Never ending story


Happy Holiday | Selamat Bercuti Semua!!




Sekian laporan dari saya untuk hari ini.




Kunkun!!







25 June 2010

berita baik untuk perokok tegar






Kunkun!!


Mesti ramai yang teruja dengan tajuk tu kan? Ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kenapa ada puan-puan dalam tajuk rokok? Sebab sekarang dah ramai perempuan merokok. Serius aku tak suka. Langsung tak nampak cool.


Ni aku nak tunjuk something. Bukan nak promote cuma aku terkejut ada benda macam ni. Nama dia Cigafil. Nama panjang dia Cigarette Filter. Nama Melayu dia penapis rokok. Nama Cina dia pergi la tanya orang cina sendiri.

Ezy-2-Quit | Ezy-2-Born-A-New-Smoker


Tengok gambar atas. Yang kat kiri tu la Cigafil. Tak mahal pun. Pergi je 7-Eleven ada jual kat situ. Aku sendiri tak faham kenapa mesti ada benda ni sedangkan orang sibuk buat 'Kempen Berhenti Merokok' dan sebagainya. Mungkin orang dah tak larat nak buat kempen atau letak gambar bayi merah dan leher berlubang kat kotak rokok tapi bilangan perokok tak berkurang.

Cynical Cigarette | It's fool and not cool


Tu bahagian sisi Cigafil ni. Point yang last sekali paling tak tahan. Helpful in quit smoking effort and increase your chances of succeeding. Aku rasa makin ramai orang hisap rokok ada la bila ada benda ni. Mesti orang fikir bila ada penapis mesti tak bahaya sangat. Macam penapis teh la. Kalau guna penapis teh mesti habuk teh tak masuk so air teh tu selamat diminum.

Silent Killer | Easy to start not easy to stop


Ni cara penggunaan Cigafil. Letakkan je camni. Pastu korang akan hisap rokok sambil menjawab pertanyaan tentang benda ni. Okay sila ignorekan tangan yang memegang rokok itu sebab dia bukan smoker.


Bila aku tunjuk benda ni kat tok ayah, dia dengan slumber je cakap...


"Ajal maut di tangan Tuhan. Bukan di puntung rokok..."


Okay. Tok ayah memang stylo. Dah 40 tahun hisap rokok. Hahaha.



Kunkun!!



23 June 2010

aku ada kawan yang popular







Kunkun!!



Dulu masa meningkat dewasa aku selalu cakap cita-cita aku nak jadi model. Model pakaian atau paling kurang pun model ubat gigi. Masa Form 4 aku dapat satu tawaran camni...


"Apih. Jadi model baju batik kitorang untuk fashion show nanti ye.
Awak partner dengan Jannah..."



Orang-orang terdekat dengan aku mesti kenal Jannah kan? Masa tu rasa popular dan hebat la jugak bila ada junior-junior perempuan asyik panggil nama aku bila lalu depan kelas mereka.


Lepas jadi model, rezeki aku dimurahkan bila dapat pulak satu lagi tawaran. Tapi kali ni kena jadi pelakon...


"Apih. Awak watak jahat ye? Kitorang tak jumpa orang yang sangat ego. Awak jadi watak yang tamakkan harta dan sombong giler..."


Drama tu dapat nombor 2 peringkat Terengganu masa tahun 2006. Aku pun dapat nombor 2 pelakon terbaik. Kalau yang dapat nombor 1 tu Rosyam Nor, aku ni dikira Aaron Aziz la. Atau Sam Shaheizy. Tapi bukan Shamsul Yusof.


Sekali lagi aku rasa popular dan hebat. Kali ni siap dengan cikgu lagi puji.


Lepas je habis sekolah, aku dapat lagi tawaran jadi model untuk Fakulti aku sempena Sambutan Hari Raya kat kolej aku. Dapat la nombor 2. Dapat hamper. Ada sumi. Best. Sekali lagi rasa popular dan hebat tu ada bila awek-awek course lain dah start kenal aku. Dah start add aku dalam Friendster diorang. Okay masa ni aku tak tau lagi pasal Facebook. (-.-")


Tapi semalam aku dah jumpa orang yang lebih popular dan hebat dari aku...

Cari Jodoh | Mizie and Jue Aziz


Okay. Ni kawan baik aku, Mizie. Orang panggil dia Tomok. Berasal dari Kuala Terengganu. Masih bujang dan sedang mencari teman hidup. Wanita yang diidam-idamkan ialah wanita yang cantik, seksi, hot, free hair dan sebagainya. Dialah yang sama-sama jadi model baju batik dan pelakon drama dengan aku masa sekolah dulu. Tapi sekarang dia dah jadi atlet SUKMA Terengganu. Sesiapa yang berkenan boleh komen di ruangan komen. Kalau tak atlet ini akan menghempap muka anda dengan beg dia.




Kunkun!!




21 June 2010

artis wanita kalau tak make up




Kunkun!!



Make up adalah sangat penting bagi wanita. Ni apa yang aku rasa la. Aku bukan wanita so aku tak tau. Sebab make up ni mencantikkan sesuatu yang kurang cantik. Macam gula yang memaniskan makanan. Semakin dewasa wanita itu semakin pandai dia menilai kecantikkan. Wanita selalu puji artis yang nampak lawa sebab make up. Sampai ada yang sanggup pakai bulu mata palsu besar-besar pastu cakap "Ni gaya Rozita Che Wan..." Oh wanita sampai begitu sekali tahap obses kamu. Meh sini aku nak tunjuk wajah-wajah artis tanpa make up. Pastu korang nilai la sendiri.


Bunga Citra Lestari

Dia memang ada taste yang aku nak tak kira la dia make up ke tak. Dia ada chinese looking. Dia kurus dan tinggi. Sepet-sepet gitu. Tapi nak wat camne Ashraf Sinclair awal-awal dah booking. Melepas aku.

Bunga Berlurah | Jangan tengok lama-lama


Lisdawati

Tak tau la kenapa aku pilih gambar ni. Macam ada yang tak kena je. Dengan muka bermasalah dan rambut camtu. Serius dia memerlukan make up.

Pretty Ugly | Make up needed


Dian Sastrowardoyo

Dian ni memang comel. Kalau tak make up pun comel. Kalau make up lagi la comel. Cuba tengok video klip Peterpan - Menghapus Jejakmu. Setakat ni takde lagi orang aku jumpa yang cakap dia tak lawa.

Ada Apa Dengan Cinta | Ada apa dengan make up?


Sharifah Zarina

Sape-sape yang tak kenal dia ni, dia ni penyanyi lagu Langit Ke Tujuh. Lagu tu pernah popular la dulu. Kalau dia keluar dalam TV pun dia make up sikit-sikit je. Dia pun low profile so padan la dengan make up tu.

Puteri Langit Ke Tujuh | Sharifah Zarina


Rita Rudaini

Sape yang dah baca posting pasal artis wanita dalam hidup aku dulu mesti tau pasal Rita Rudaini. Dia memang comel. Serius aku cakap dia ni comel.

Rita Rudaini Rules | Wanita berumur ada tarikan tersendiri


Siti Nurhaliza

Sebagai seorang lelaki yang pernah berdiri, berduet dan berkongsi pentas dengan Siti Nurhaliza, aku just boleh cakap Siti memang lawa. Walaupun tak la tinggi sangat Siti ni tapi dia memang lawa. Lawa kalau ada make up la. Kalau takde camni je mukanya.

Dato' Siti Nurhaliza | Dato' paling lawa


Sazzy Falak

Sazzy Falak pun bukan artis yang over make up sangat. Kalau dia jadi hos pun make up asas je dia biasa guna. Dia tanpa make up takde la hodoh sangat. Artis mana ada hodoh kan. Lagipun dia ni banyak jadi hos je.

Legally Blonde | I hate Malay girls with blonde hair


Erra Fazira

Erra Fazira adalah antara artis yang dapat menyejukkan hati aku yang panas dengan hanya melihat gambar dia. Dia memang lawa okay. Kalau tak takkan Hans Isaac sanggup gaduh demi dia. Kalau tak takkan jadi Miss Malaysia.

Famous Mom | Yusry not strong enough


Dayang Nurfaizah

Hitam itu manis. Sangat comel gambar Dayang Nurfaizah ni dengan cermin mata camtu. Cermin mata mampu buat seseorang nampak lawa.

Dayang Sayang Kamu | Talent is more important


Misha Omar

Awek Kelate memang comel. Tak perlu make up pun takpe. Cuma gambar ni nampak Misha keletihan sangat. Tapi ada ke patut member aku cakap gambar Misha ni macam orang laki. Buta ke apa kau ni.

Misterious Misha | Awek Kelate memey comey


Siti Sarah

Siti Sarah selalu bawak watak budak-budak dalam citer so dia tak perlu make up tebal-tebal. Budak-budak mana ada make up kan.

Siti Sarah Same Side | With or without make up


Marsha

Lelaki yang pernah tengok Marsha dalam Hotel Mania mesti terangsang bila Marsha make up tebal-tebal dan pakai kebaya ketat camtu kan? Rilex la bro. Kita serupa. Cool down semua. Meh tengok gambar Marsha tak make up.

Marsha Mania | Pretty girl in kebaya


Fara Fauzana

Fara Fauzana memang jauh beza bila make up dan tak make up. Tapi takpe la sebab dia duduk kat Radio je. Pakai kain batik pun orang tak tau.

Fara Fauzana Fantasy | Make up make a difference


Acha Septriasa

Aku tak tau kenapa Irwansyah boleh putus dengan Acha ni. Dia memang lawa kalau tak make up. Aku memang tak sanggup tengok Acha couple dengan Dafi macam dalam gosip tu. Acha, saya lebih tinggi dari Dafi.

All About Acha | Pretty + intelligent = perfect


Fasha Sandha

Mula-mula aku tak kenal jugak gambar ni. Lain sangat dengan versi asal. Cuma gambar ni mampu dijadikan modal untuk beberapa lelaki sambil membayangkan suara halus Fasha Sandha bertempik. Hahaha.

Furious Side of Fasha | Duyung in the making


Intan Ladyana

Intan Ladyana kalau tak make up pun dah lawa. Cuma artis memang perlu di make up sebab kalau tak make up, takde la jawatan make up artist. Takde la peluang kita nak tengok lelaki bermain dengan alat solek.

Intelligent Intan | No make up no problem


Memey Suhaiza

"Pergghh!! Cun giler ah Memey camni..." Tu kata-kata aku masa tengok gambar Memey dalam majalah apa entah hari tu. Pastu bila tengok je gambar Memey tak make up aku hanya mampu cakap "Pergghh!! Cun giler ah Memey camni..." Cuba cari di mana perbezaannya? Jumpa? Tak? Memang takde beza sebab Memey memang cun tak kira dengan atau tanpa make up.

Memey And Norman | Beauty and the beast


Eja

Yang ni memang asli. Dengan wajah sayu dan jernih camni, sape tak terpikat kan. Dulu aku selalu tengok Roda Impian sebab Eja di make up lawa-lawa dan dipakaikan baju seksi-seksi. Aku lebih berminat melihat Eja membuka kotak Roda Impian daripada menjawab soalan Halim Othman itu.

Siti Shahriza | Wajahmu melodrama hatiku


Scha Al Yahya

Scha memang comel. Tak kisah la dia ni kasar ke apa tapi dia memang comel. Kalau tak make up pun tetap nampak kecomelan dia. Okay aku angau dengan dia so aku tetap akan cakap dia comel walaupun tak comel.

Scha Sweety Style | Tomboy is a trend


Nora Danish

Hot mom cuma dia ranking kedua di belakang Rozita Che Wan aku. Farhan Santacruz, semoga anda berpuas hati dengan gambar Nora Danish ni.

Pretty Puteri | So kita enjoy


Rossa

"Abang, muka Rossa tak make up macam muka orang gaji dari Indon je..." Tu ayat adik aku masa tunjukkan aku gambar ni. "Abang memang nak orang gaji camni..." Tu jawapan aku. Ramai orang tak kira lelaki atau wanita memang mengagumi keayuan Rossa bila disolek. Kan?

Little Mer-Maid | Too much to make up


Sharifah Amani

Dia memang ikut kecantikan mak dia kot. Sharifah Aleya pun comel. Dia pun sama. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke meja kalau takde nasi kan?

Like Mother Like Daughter | Aleya and Amani


Mulan Jameela

Aku taknak cakap banyak pasal dia ni. Tengok pic di bawah dan nilaikan sendiri bagaimana hebatnya make up mengubahsuai wajah seseorang.

Makhluk Tuhan Paling Seksa | Indonesia got talent


Liyana Jasmay

Ada member aku bagitau aku yang Liyana Jasmay memang comel tanpa make up. Dan selepas aku jumpa gambar ni, ternyata dia memang comel.

Little Liyana | Thin and tall and trendy


Fouziah Gous

Rasanya ada yang boleh agak gambar Fouziah Gous memang akan ada dalam ni. Sebab pembaca setia blog aku memang tau betapa aku mengagumi kecantikan Fouziah Gous. So aku letakkan gambar awek lama aku ni untuk tatapan korang. Yang tengah tu ex aku okay. Hahaha.

Wowziah Fouziah | 100 percent beauty


Kepada wanita yang rasa tak lawa tu, jangan risau sebab ramai artis yang lagi tak lawa dari anda. Lagipun aku lebih sukakan awek yang tak suka make up tebal-tebal. Natural beauty is more pretty than anything. Hahaha.


Kunkun!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...