My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

10 November 2012

aku bakal pengantin



Semalam aku bersembang dengan kawan baru buat pertama kali. Bermula di blog melarat sampai ke Facebook dan akhirnya aku dan dia duduk semeja menikmati siang dan malam berganti. Asalnya dia malu tapi akhirnya dia berjaya sesuaikan diri. Segelas air Coke, segelas F&N Strawberry dan sepinggan french fries menjadi orang ketiga antara kami.


Dia lebih banyak bercerita. Tentang blog aku yang dia jumpa, tentang masa lampau dia, tentang keluarga, tentang cinta. Aku biarkan saja. French fries yang dicicah sos cili dan mayonis lebih menggoda. Dia terus bercerita tentang cinta dia yang putus sebab orang ketiga walaupun aku tak tanya. Dan sampai hari ini dia serik nak bercinta. Aku angguk kepala dua kali sambil pejam mata. Angguk sekali sebab faham cerita dia. Anggukkan kedua sebab french fries itu dimasak dengan sempurna. 



Dia masuk pula topik kahwin muda. Tangan dia bergerak senada dengan cerita dia membayangkan pelamin dan majlis perkahwinan dia. Umur dia baru sembilan belas tapi sudah sibuk merancang perkahwinan sedangkan aku yang sudah dua puluh tiga malas nak fikir itu semua. Sesekali suara dia meninggi tanda kagum dengan beberapa majlis perkahwinan yang pernah dia tengok dan baca. Sambil aku hirup air F&N Strawberry dengan straw berwarna jingga, aku tatap mata dia. Aliran eye shadow di mata dia mampu memukau mata sesiapa saja. Tapi aliran air bergas ini dalam trakea aku jauh lebih nikmat daripada itu semua.


Dia kata kalau boleh dia nak buat majlis perkahwinan yang bermotifkan warna tak kisahlah warna apa. Maksud dia kalau baju pengantin warna putih maka semua akan dibuat warna putih juga. Kalau ada duit lebih dia nak pengantin lelaki datang dengan menunggang kuda. Kalau ada duit lebih lagi dia nak buat dekat dewan sebesar istana. Aku ketawa. Kalau orang dengar perbualan kami mungkin orang akan kata kami pasangan bercinta yang sedang merancang perkahwinan bertaraf lima bintang macam yang selalu Nona siarkan dekat TV3. Aku cuma gelengkan kepala. Gila. Budak ini kuat tengok drama agaknya.


Dia tanya tentang majlis perkahwinan aku nanti.
Aku tengok tepi, senyum seorang diri.


Majlis aku nanti mungkin tak semewah majlis dia. Aku tak akan buat majlis berjuta-juta. Aku juga tak akan naik kuda. Malah aku tak akan sewa dewan sebesar istana sebagai simbolik besarnya cinta. Aku cuma mahu majlis aku dan isteri aku sempurna. Aku cuma mahu pada hari itu isteri aku bahagia. Aku cuma mahu majlis itu berjalan seperti yang dirangka. Aku cuma mahu isteri aku tahu yang aku cuma mahu dia. Dan majlis perkahwinan aku itu akan jadi majlis yang paling indah mengatasi semua majlis perkahwinan yang ada. Biar sederhana janji bahagia sampai bila-bila.


ps : Sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar ;)


 

17 comments:

Cik Puan iLa said...

Waaaaaaaa..tajuk mmg kena dgn cik ila..5 hari menanti hari bergelar isteri.. ;p

Unknown said...

terbaik!! suka entri ini

hnahdy said...

itu impian dia. mungkin satu hari nanti impian dia akan tercapai dengan hasil usaha dia sendiri.

p/s : dia tu permpuan kan, angan2 perempuan mmg tinggi kan :)

UniMeOw said...

haha aku pmpuan pe,tp ak xminat ngn mjlis besar2 gitu..

mbazir sgt pn,,xde keberkatan..xde guna gak..huhu

Anonymous said...

nice~

d-na said...

(Y)

Unknown said...

trakea? haha itu dh masuk bhgian paru2 dh bai...air bergas tu masuk lam paru2 ko ka? bahahaha

Lia Irdelia said...

senyum2 baca ni... :)

Unknown said...

terbaik bro..jom kawen..ehh?hahaha

Miss Butterfly said...

ehemmm ! hahaha



jangan lupe jemput yee :)

I do I need Iman said...

semua cakap sal kawin. kan
indahnya lagi perkahwinan kalau direstui ibubapa dan mendapat redHANYA. itu yg ptng

ezyra taharin said...

ur entry always the best..
btw spe kah owg y di maksudkan tu??
berani kasi taw??
hehehhe juz kiding

Anonymous said...

masih muda mmg la mrncg perkhwinan yan grand kan? tapi bila dah tauh erti susah mncri duit waktu lah semua bnda kne pkir..

Unknown said...

bagus2..xelok membazir..daripada buat majlis besar2 lebih baik duit tu disimpan untuk keperluan masa depan..majlis besar bukan tiket atau jaminan kepada sst kebahagiaan..niwe, dah ada calon ke??

Unknown said...

xmampu nk beli kuda..moto ex5 ad la..leh wt g jln2 ptg..haha

afraa said...

goodluck :P

ELFarahin said...

tingginya cita-cita kawan awak tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...