17 December 2011

luahan perasaan seorang stalker sejati





Perkara pertama di fikiran selepas mata dibuka setiap pagi adalah dia. Maka tidak hairan nama dia ada disebut setiap kali berdoa. Facebook dia juga antara paling kerap dijenguk bila ada masa. Ini bukan cerita cinta Aril Elysa atau Zikir dengan Dhia. Ini cerita cinta yang aku pendam lama. Cerita cinta aku dan dia. Cinta seorang stalker gila.



Ada orang kata aku suka dia tapi aku malu-malu. Memang begitu. Malu, dia tidak kenal sangat aku, kurang yakin kerana kegagalan masa lalu. Perbezaan kami umpama hanger dengan baju. Aku hanger, dia baju. Yang selalu nampak cantik menawan macam baju baru itu dia dan yang selekeh macam dawai besi pula aku.


Jika dia bercerita kepada kawannya tentang aku pun sudah memadai bagi aku. Walaupun dia cuma berkata, "Lelaki inilah yang angau tahap kronik dekat aku". Itu sudah cukup untuk buat aku tersenyum setiap waktu. Ada kalanya aku berfikir seperti serba tahu. Mungkin di sebalik muka lembut dia itu tersembunyi hati sekeras batu. Atau mana mungkin dia suka lelaki ini yang perangai macam hantu.




Aku yakin setiap pagi dia langsung tidak terfikirkan aku. Cuma aku yang sibuk menjaga tepi kain dia untuk mengambil tahu apa yang berlaku. Apa dia buat, mana dia pergi, siapa kawan dia, semua aku tengok satu persatu. Dan aku tahu dia tidak tahu.


Dia langsung tidak tahu bila aku melihat pasangan bercinta, aku terbayangkan aku dan dia. Dia tidak tahu bila aku dengar lagu cinta, aku harap dia mendengar sama. Kalau aku menyanyi lagu semasa dalam kereta, aku menyanyi sepenuh hati seolah-olah lagu itu didedikasikan untuk dia. Dan dia langsung tidak sedar dia adalah sumber ilham untuk setiap entry cinta yang terpapar di bawah sana.


Tapi aku cuma mampu menikmati cinta padanya dalam sisi gelap. Cinta aku malap. Aku berjaya mengajar hati ini dari mudah tersentap. Mungkin kalau dia tahu perasaan ini padanya, dia akan memberi sedikit ruang untuk aku berentap. Atau mungkin langsung tiada ruang di hatinya untuk lelaki ini yang sedang berharap.


Mungkin betul kalau aku kata perasaan rindu padanya yang membuat aku kuat meneruskan kehidupan seharian. Mungkin sampai bila-bila dia cuma sekadar pujaan. Mungkin nampak seksa bila gagal meneguk cinta yang diidamkan tapi menyukainya dalam diam memberi aku peluang merasa setitik nikmat bertepuk sebelah tangan.


Jangan tanya siapa perempuan itu. Sebutlah semua wanita yang pernah ada dalam hidup aku. Sebutlah nama setiap crush yang selalu aku cerita tanpa jemu. Sebutlah Nasuha, Nabilah, Eiyla, Umairah, Natasya, Nashreen, Suraya, Izza, Syafizan, Nadiah, Hanis, Suhada, Lalola, Amelia, Suhaila, Farya, Scha, Azie, Deana, Nadhirah, Anis, Maizura, atau apa sahaja nama yang pernah berkait dengan aku dulu-dulu. Jawapannya cuma aku yang tahu.


ps : Kalau tulis semua nama, entry ini panjang berjela. Wanita, anda istimewa ;)



34 comments:

  1. ceritanya sebijik macam aku... tapi malu nak mengaku.. biarlah apa nak berlaku .. tp penuh harap semoga ada jodoh kau dan aku.. ^_^

    ReplyDelete
  2. kau berterus terang saja la. kan bagus. :)

    ReplyDelete
  3. umm hnye stalker yg same je tahu cm ne rase ni

    ReplyDelete
  4. Ayooo beraninya! dah confess ke belum kat si dia?

    ReplyDelete
  5. perit jd stalker.
    haish...

    ReplyDelete
  6. mnyaknya nya ex hang! pepun, jgn jdi stalker. tkut2 anda derita.. muahaha!

    ReplyDelete
  7. memang stalker sejati ni :)

    ReplyDelete
  8. perghhh. pendam perasaan je ke? kalau gentleman, luahkan je bro ^__^ jangan tunggu lama-lama.

    p/s: weyh, nama aku azie,weyh! HAHAHA

    ReplyDelete
  9. jadi stalker kadang kita mampu tersenyum bila lihat dia bahagia, dn bersedih bila lihat dia kecewa. seolah2 mrasakan smuanya.nice entry/. anyway first time jugak dtg sini :)

    ReplyDelete
  10. azie ? aku la tuh. hee. :bb

    eh, tapi kite tak pena kenal. maknenye bukan aku. :D

    ReplyDelete
  11. sweet la ko ni..adoi.. kalo la ada yg minat aku gini..haishh..xpa2..aaku doakan satu hari nt si dia (aku pasti nama dia ada dlm senarai ramai2 tadi) akan tahu gak si stalker sejati yg selalu stalk dia.. mesti diaaa cair weiiiiiiiiiiiii...

    ReplyDelete
  12. kekadang bertepuk sebelah tangan lebih terase nikmatnyer:)

    ReplyDelete
  13. sakit kan jadik stalker gila ney.setiap minit nak bukak fb dia even i noe yang dia da lama tak online, and kalau online pown, takat nak update status lepak kat sekian2..semua gurl yang post kat wall dia pown saya dah kenal..

    at last,i choose to unfriend kt fb,perit sangat menyinta dalam diam ney..hukhuk

    ReplyDelete
  14. hermm amat memahami rasa itu,,setiap masa nak tahu gerak gerinya,,hanya Allah je yg tahu betapa dia istimewa di mata kita kan,,

    p/s amboi ramainya wanita awk,,hee
    p/s akak pun ade wat puisi tajuk stalker terhormat,,klu sudi jom baca,,;)

    ReplyDelete
  15. dlm bnyk2 nma girl yg crush ngn mg..
    ak knl 2 org ja...
    :)

    p/s:jgn demand sngt bang...

    ReplyDelete
  16. ada satu nama yang mungkin saya kenal..hidup ini mmg di cipta berpasangan..
    :)

    ReplyDelete
  17. ada satu nama yang mungkin saya kenal..hidup ini mmg di cipta berpasangan..
    :)

    ReplyDelete
  18. ada satu nama yang mungkin saya kenal..hidup ini mmg di cipta berpasangan..
    :)

    ReplyDelete
  19. luahkan jela. mana tau dy pun have same feeling wit u, kan sweet tuuu :D

    ReplyDelete
  20. setiap pertemuan ada perpisahan . sweet gile kau! btw best ape si aril n elysa. hahaks . peace yo :]

    ReplyDelete
  21. wahh wahh .
    sweeet betuul . HAHA

    ReplyDelete
  22. woah! entry ni meaningful! :)

    ReplyDelete
  23. eh, macam ada nama ambe je sini. heh?

    ReplyDelete
  24. amboiiii... siapa la tu kan :)

    ReplyDelete
  25. heyhey,takkan hang nk duk sini..sambil termanggu-manggu..lafazkan ja lar..
    n maybe dia ada perasaan yg sama..


    #perempuan tak sanggup dipanggil "perigi cari timba"..heee

    ReplyDelete
  26. Bagusnya kalau dia ada fb..at least blh stalk..kalau xda..pakai telepati ja la...hehehehehe

    ReplyDelete

Komen je kalau rasa nak komen. Kalau nak kutuk sila tulis nama anda. TQ.