13 January 2011

rahsia bernafas dalam ego dibongkar




Kunkun!!


Dari dulu sampai sekarang, tak putus-putus soalan sama yang orang tanya. "Kenapa Apih El Nino?" "Kenapa Bernafas Dalam Ego?" "Kunkun tu apa?" Ada aku jawab, ada tak. Jadi hari ni anda memang bertuah sebab aku akan ceritakan semuanya tentang blog aku ni. Macam iklan TV pulak. Huhu...

Kenapa letak followers paling atas?
Bukan senang nak buat orang follow kita. Jadi untuk hargai kesudian korang follow blog aku, aku letak dekat paling atas. Walaupun ada orang cakap aku nak menunjuk follower, tapi hanya aku yang tahu kenapa aku letak kat situ.

Kenapa Header Blog guna gambar sendiri?
Kenapa? Sebab takde orang sudi jadi model untuk blog aku. Dan orang lain pun tak nak ambik aku jadi model untuk header blog diorang. Takkan korang nak letak gambar orang lain dekat pintu pagar rumah korang kan?

First Header | World Cup 2010 Fever


Kenapa tak letak Word Verification dekat komen?
Dulu asalnya ada tapi aku rasa serabut sebab aku suka benda simple. Orang nak komen pun senang. Taip-taip lepas tu send. Aku rasa Word Verification ni menyusahkan bagi orang yang Internet dia slow.

Kenapa Shoutmix pun letak atas?
Supaya korang senang nak tinggal jejak. Buka je blog aku terus keluar Shoutmix tu. Kalau aku letak kat bawah ke, celah pintu ke, atas almari ke, makan masa jugak nak Loading.

Kenapa ada slot "Yang Pernah Tengok Aku Tak Ego?"
Sebenarnya semua tu Geng aku yang dah banyak menempuhi susah senang bersama aku. Diorang je yang pernah tengok aku tak ego. Ex girlfriend aku pun pernah tengok tapi tak masuk dalam list sebab diorang takde blog.

Slot "Hot And Spicy" tu untuk apa?
Sebenarnya aku buat benda tu dah lama. Aku letak orang yang letak link aku dekat blog dia. Semua tu kira exchange link la. Kalau korang letak blog aku kat blog korang, tolong bagitahu ye. Aku nak letak korang dekat Hot And Spicy tu sekali. Kecuali Hanis Zalikha. Dia tak letak blog aku kat blog dia. Hanis Zalikha, kalau U baca ni, U nak tak exchange link dengan I?

Scha vs Hanis | Stewardess vs Blogger


Kenapa setiap entry mesti letak gambar?
Sebab aku suka tengok gambar. Aku sendiri rasa bosan kalau baca panjang-panjang tanpa ada ruang nak berhenti sekejap. Jadi kalau ada gambar boleh la berhenti tenangkan fikiran dulu.

Kenapa guna Apih El Nino?
Sebenarnya nama ni secara tak sengaja. Apih tu memang nama aku. Sebenarnya Afif tapi nama glamour, Apih. Hanifah Md. Hanafiah pun tukar nama kepada Black masa AJL baru-baru ni. El Nino tu pulak gelaran Fernando Torres yang memang aku minat. Tak kenal Fernando Torres? Google kan ada.

Kenapa Bernafas Dalam Ego?
Ada banyak cerita pasal nama ni. Tapi yang sebetulnya, nama ni dapat masa bekas kekasih aku ajak rujuk balik tapi aku tak nak walaupun budak tu jadi rebutan kawan-kawan aku. Masa tu dapatlah nama "Ego Bodoh Tak Bertempat" tapi aku tukar jadi Bernafas Dalam Ego. Terima kasih la sebab bagi nama Bernafas Dalam Ego ni ye.

Kunkun tu apa sebenarnya?
Yang ni kelakar sikit la. Aku memang suka tengok Akademi Fantasia. Jadi kononnya nak la ada trademark sendiri. Jadi lahirlah Kunkun tu lepas aku tengok drama Nobuta Wo Produce. Tapi dalam cerita tu dia sebut "Konkon". Jadi, janganlah mudah terpengaruh. Hahaha...

Buat tangan macam tu dan sebut "Kunkun"


Itulah 10 soalan yang sempat ditanya oleh wartawan kepada aku. Jadi kalau ada soalan lain yang agak-agak aku tak jelaskan, tanya je okay?


Kunkun!!



36 comments:

  1. haaa...patot la aku macam kenal word kunkun tuh..aku pernah tgk cerita tuh..lepas tgk je cerita tuh aku ngan kawan aku selalu wat tgn cm tuh..tp tuh zaman dolu2 lah...
    har3

    ReplyDelete
  2. kekadang ego memakan diri...
    tp ikut situasi la...

    ReplyDelete
  3. haaaa
    1st tym terjah terus lucky sbb dpt tahu semuanya!!!! :D

    papepon..i follow u okeh :)

    ReplyDelete
  4. kui3... baru aku tau kunkun tu ape

    ReplyDelete
  5. da tau rahsia apih skg..hahaha

    ReplyDelete
  6. ego ttp ego..xleh lau x ego nie..^__^

    ReplyDelete
  7. aaaaaaaaaaaaaa.........yamapiiiiiiii....... ^__^

    ReplyDelete
  8. ego perlu bergantung pada keadaan dan situasi hehe :)

    ReplyDelete
  9. ego bagus ape..yeah! jawapan tuk header tu paling best..de plak org nk letak gmbr makcik jiran blakang umah kat blog..wakaka!

    ReplyDelete
  10. huhu..lame tertanye2 pe la bendalah kunkun 2..tp xlepas2 nak tanye..huhuhu.

    ReplyDelete
  11. Kun kun...
    thanks....sekarang Wannie dah taw rahsiah apihelnino...

    Wannie follow awak...apih

    ReplyDelete
  12. owhh..dah phm dah skunk..hihi ego itu pntg ye kekadang..HAHA

    ReplyDelete
  13. hehehe.. okok.. paling nak tau, kunkun aje.. hehe XD

    poke poke!

    ReplyDelete
  14. Apih sudah berubah. Dulu dia lebih mesra, setiap komen dia akan balas. tapi sekarang tidak lagi..

    Adakah itu ko punya trademark "bernafas dalam ego" jugak?

    Haa..jawab jawab.. :P

    ReplyDelete
  15. panjang yer citer disebalik ego ni..hehe

    ReplyDelete
  16. oWH..BARU TAHU..TERIMA KASIH SEBAB BONGKAR RAHSIA NI

    ReplyDelete
  17. @Khai.
    Aku tak balas komen bukan sebab ego tapi sibuk. Bernafas Dalam Kesibukan namanya. Ada yang aku balas, ada tak. Aku terima kalau kau cakap aku tak mesra. Hahaha...

    ReplyDelete
  18. maybe mata akak je yg xjelas kot.. akak nmpk gmbr apih tu cam pompuan la...haha

    ReplyDelete
  19. heheh bestla kunkun !
    alamak,sme plk peminat setia torres n AF keh3
    btw,entri ni sgt menarik ! :)

    ReplyDelete
  20. cntiklah hanis zalikha.....
    ak baru tau kecantikannya ari nih.....
    huhuhuu

    ReplyDelete
  21. terbongkar suda~ bagus2..pe lg ek rahsia nk dikorek??? *tgh pikir

    ReplyDelete
  22. ego itu penting,,lalala

    ReplyDelete
  23. hahahaha...da agak da y pasal kunkun tu...
    yamapi hensem kan???
    xsabar nk tgu movie dyer kuar bulan depan...hohoho

    ReplyDelete
  24. smart la header blog kamu...:)

    ReplyDelete
  25. la aku ingat ko seorang yang naik moto ego. damn

    ReplyDelete
  26. nobuta wo produce sgt bes. sgt suker kamenashi kazuya. bole tgok jdrama beliau yg the latest bertajok perfect girl evolution:D

    ReplyDelete
  27. sedap kot entry ni.hahahhaha

    apih,meh la terjah kt sini lak.hehe

    http://sarahanie.blogspot.com/2011/01/senarai-terima-kaseh-saya-untuk-bulan.html

    ReplyDelete
  28. alamak! terbongkar suda~~ >.<

    ReplyDelete
  29. okey..ingat sebab tengok cite kum kum...:)

    ReplyDelete
  30. terbongkar la sume rhsia ek ? :))
    ehh , best ke cte nabuta wo produce tuhh ?
    nak tgk , tpi x jmpe cd dye :(

    ReplyDelete
  31. ngat kan 'kunkun' tuh curi lam cite 'kumkum' kt astro tuh...hahahahahhahahahaha !!!

    ReplyDelete

Komen je kalau rasa nak komen. Kalau nak kutuk sila tulis nama anda. TQ.