16 December 2010

5 lantai paling menarik di dunia





Kunkun!!


Sebelum anda terus membaca entry ini, berhenti seketika dan lihat lantai di bawah anda tak kira di mana jua anda berada. Terangkan apa yang menarik tentang lantai tersebut tidak lebih dari 15 patah perkataan.


Okay? Dah? Hantar jawapan anda sebelum tarikh tutup dan anda berpeluang untuk tidak memenangi apa-apa hadiah sebab aku bukan buat contest. Hahaha...


Sekarang aku nak tunjuk 5 lantai paling kacak di mata hati jiwa aku. Errrrr sebenarnya aku tak tahu lantai ni orang lain panggil kemas ke apa, so aku panggil kacak je la. Nampak jantan sikit.


5 | Pressure Sensitive Floor

Lantai ni mungkin nampak mustahil, kalau ada pun dalam filem tapi sebenarnya ia memang wujud. Boleh didapati dalam pelbagai warna dan akan bertukar warna bila disentuh atau dipijak.

Pertandingan Mewarna | Aku pijak selang satu bagi colorful


4 |Optical Illusion Floor

Lantai ni direka untuk menimbulkan kesan 3D melalui ilusi optik mata manusia. Sesiapa saja akan tertarik dengan lantai ni sebab ia membuat orang ramai teruja walaupun dilihat dari pelbagai sudut.

Sakit Mata | Aku jadi pening tengok lama-lama


3 | Finsbury Avenue Square

Bayangkan anda berjalan di satu kawasan gelap. Tiba-tiba lantai yang anda pijak mengeluarkan cahaya berwarna merah. Tak payah bayang pun takpe, tengok je gambar dekat bawah ni.

Papan Catur Terbesar | Tengok dari atas baru menarik


2 | Elevator With No Floor

Mungkin ramai orang takut nak masuk lif ni sebab lantainya yang menyeramkan macam cerita Ju-on. Mungkin ada jugak yang akan melutut dan rasa dengan tangan dulu untuk check ada lantai ke tak. Tapi ni memang salah satu hasil seni terbaik untuk prank orang.

Jangan Pandang Bawah | Filem seram terbaru


1 | Sears Glass Floor

Sears Tower di Chicago ialah bangunan paling tinggi di Amerika Utara yang mempunyai 110 tingkat. Apa yang menarik, Sears Tower mempunyai lantai yang lutsinar. Anda boleh lihat apa pekerja di tingkat bawah anda sedang lakukan. Siap ada signboard "Look Out Below" lagi dalam Sears Tower ni.

Perempuan Skirt Dilarang | Dijamin kena skodeng



Siapa yang rasa nak buat lantai rumah lain sikit tu, boleh la tiru dekat sini.
Lepas tu bagi credit dekat aku sikit. Hahaha... Giler populariti betul kau Apih!


Kunkun!!





27 comments:

  1. haha,,top 2 tuh bez,,hehe

    ReplyDelete
  2. Nice n Kreatif, Sears Glass Floor tu mcm gayat ja bila tgk bwh hehe

    ReplyDelete
  3. hehehe...creative diorg nih...

    ReplyDelete
  4. waaah!!!! anat suka yg elevator no floor tuh!! style!!

    ReplyDelete
  5. lantai yang unik, tapi saya tak nak 1 pun dari lantai ni.

    ReplyDelete
  6. bkn elavator la apih...lif la derr...huhu..btw..ak suka yg lif tu..kalo letak kt hosp..slp2 doktor pun boleh kena sakit jantung..haha

    ReplyDelete
  7. kreatif!! i suka yg no 1 yg no 2 tu mcm takot je. hehe.

    ReplyDelete
  8. berpeluang untuk tidak memenangi apa-apa hadiah sebab aku bukan buat contest. Hahaha...nice shot!

    ReplyDelete
  9. nice entry..suka yg lift tu..waa, mesti rmai nanes2 lue b4 msuk..hahaha ^_^

    ReplyDelete
  10. sears glass florr tu mengerikan..

    ReplyDelete
  11. yg lif w/out floor tuhh mnakutkan .

    ReplyDelete
  12. yang lif tu katne??
    nak gak!
    hehehe

    lalalaa~~

    ReplyDelete
  13. let the body hit the floor..

    ReplyDelete
  14. perempuan skirt dilarang : lantai yg patut ada kat m'sia . hahaha

    ReplyDelete
  15. hahahaha...credits to apih....mg nk ngat kn credits...nah ak bg..

    ReplyDelete
  16. lata umah aku lawo gop haha kekgi aku upload haha

    ReplyDelete
  17. sume lawa..especially number satu tuh..memang tme kerja xleyh curik tulang lah nmpaknye..huhu

    ReplyDelete
  18. 3 | Finsbury Avenue Square
    Aku pilih ni..
    Cam bez jer..
    Ne lah tau, nty kat Malaysia pun ada..
    Tengah usha2 ni nak buat lantai mcm ni dlm bilik aku..
    hehhe

    ReplyDelete
  19. lntai 1st n last 2 ak ske...

    ReplyDelete
  20. HAHAH..
    macam menarik!
    suka yang 3D la tu. :D

    ReplyDelete
  21. bes betul ah entry nie. menakjubkan.haha

    ReplyDelete

Komen je kalau rasa nak komen. Kalau nak kutuk sila tulis nama anda. TQ.