17 December 2010

kisah cinta monyet jantan 1





Kunkun!!


Cinta monyet. Aku first time dengan perkataan tu masa aku darjah 3. Tapi aku tak tahu maksud dia. Aku hanya anggap 'cinta monyet' sama macam simpulan bahasa lain. Nak tanya orang maksud dia, malu. Pengawas tanya budak biasa maksud cinta monyet, no class la beb.

Cinta Monyet | Kenapa tak cinta beruang?


Sekolah rendah aku dulu bercampur lelaki perempuan. Dulu, aku tak bercakap sangat dengan budak perempuan. Aku rasa malu semacam. Kadang-kadang sehari tak bercakap langsung dengan budak perempuan walaupun sekelas. Aku sendiri tak tahu nak malu apa.


Masa aku darjah 6, aku duduk kelas nombor satu. Ada tiga kelas je semuanya. First day masa darjah 6 tu, tahun 2001, semua orang tengok aku macam tengok seekor penguin sesat dalam sangkar harimau dekat zoo. Ni semua kes aku buat rambut belah tengah macam David Beckham sedangkan masa tu rambut pacak paling famous.


Dalam kelas tu, aku duduk dengan kumpulan gengster aku. Ada aku, Firdaus, Rozaimi dan Yo dekat belakang sekali, tengah-tengah bawah kipas. Gengster mana duduk depan. Pagi tu masuk la guru kelas aku, Cikgu Rubani. Perempuan, kecik molek orangnya tapi tegas.


Hari pertama, biasalah ada pilihanraya nak undi ketua kelas. Aku main angkat tangan je untuk calon ketua kelas sebab calon semua lelaki. Untuk jawatan penolong ketua, bendahari dan ahli jawatankuasa tu, aku undi budak perempuan yang cun je. Akhirnya, ketua kelas je lelaki. Hamdi kot nama ketua kelas aku masa tu. Tak ingat pulak aku.


Aku sound la ketua kelas aku, kononnya ketua kelas dengan penolong bila besar nanti mesti jadi laki bini. Ada la budak kelas aku yang ketawa dengan benda aku cakap tu. Pastu tiba-tiba ditakdirkan mata aku terpandang seorang budak perempuan barisan sebelah kiri aku.


"Tahun lepas kelas lain budak ni. Cun pulak kalau tengok dari tepi ni, macam Diana Rafar sikit-sikit", tu je aku rasa masa tu.


Budak ni nama dia Fifi. Rasa suka tu macam timbul sedikit la dalam hati aku ni. Sejak tu aku dah jarang ponteng kelas. Pernah sekali, Fifi ni tak pergi kantin masa rehat sebab nak siapkan kerja Math dia, lepas rehat cikgu nak kutip buku Math. Bila tahu macam tu, dengan aku sekali tak rehat. Kononnya lapar bersama. Hari ni bila aku fikir balik, aku tak tahu kenapa aku suka budak tu. Bukan ada nafsu pun masa tu. Aku pulak memang suci giler dan tak pernah sentuh mana-mana wanita selain mama dan nenek aku. Mungkin aku suka sebab dia comel kot.


Tapi aku insaf tak lama. Aku dah start ponteng balik. Hari Ahad pukul 9.30 mesti lompat pagar pergi rumah kawan aku nak tengok Dragon Ball. Masa tu jugak, sekolah aku macam dilanda demam guli. Hari-hari main guli. Jadi orang yang paling banyak guli akan dilabel paling samseng. Tak tahulah kenapa guli boleh dijadikan lambang kesamsengan. Aku ni pengawas, jadi aku selalu buat spotcheck budak-budak junior. Bila aku rampas guli, aku buat jadi hak milik aku. Kalau tengah-tengah main tu tiba-tiba Fifi ni lalu, aku mesti nak tunjuk hebat kononnya aku pandai main guli. Malu weh bila fikir balik. Ada ke awek nak jatuh cinta dekat kau hanya sebab kau pandai main guli Apih wei?


Sebelum UPSR, ada 20 budak sekolah aku terpilih sebagai student target kena pergi kem selama 3 hari. Aku dan Fifi ni termasuklah. Ditakdirkan pulak, aku sekumpulan dengan Fifi. Aku curi-curi tengok muka dia. Nak tegur, takut. Masa hari terakhir, aku tegur dia kononnya tak reti pasal subjek Sains. Aku memang bengap Sains ni. Tapi dia jawab sepatah-sepatah je. Aku hampa. Macam bertepuk sebelah tangan je rasanya.

One Is Not Enough | Two to make sounds


Aku pun undurkan diri dan tumpu pada UPSR. Masa last day sekolah, Fifi ada datang jumpa aku mintak maaf dan ucap terima kasih. Lepas tu dia pusing, terus keluar dari pintu kelas dengan muka yang sayu sekali. Kalau dalam filem, mesti lagu sedih keluar masa ni.


Masa tu aku sedih sangat sebab aku suka dia tapi takde peluang nak cakap, apatah lagi nak luah. Aku tahu kami takkan masuk sekolah menengah yang sama sebab result dia mesti gempak punya. Maka hilanglah bayangan Fifi dengan beg pink putih dia dan rambut panjang yang diikat ponnytail tu.


Bulan lepas, masa aku tengah beli waffle kat Giant, aku ternampak Fifi dengan seorang lelaki mana entah. Mungkin boyfriend atau suami dia. Itulah kali terakhir aku nampak dia. Sesungguhnya Fifi ni lah yang mengajar aku perasaan suka dengan perempuan.


Fifi, terima kasih sebab selalu bagi ubat pensil picit masa dalam kelas dulu.


Kunkun!!



40 comments:

  1. bahhahahahahhaa !ekjah rr !hhahahahaa !

    ReplyDelete
  2. x terkata..cuma bleh.................ketawa je..hahhaah

    ReplyDelete
  3. haha.. kecik2 dh cintan cintun ea.. sweet gilak.. :D

    ReplyDelete
  4. omaigodddd
    cinta monyet suci gilaaaaaaa hahahah
    comel~

    ReplyDelete
  5. darjah 6 dh pandai cintan-cintun...hehehehhe...

    ReplyDelete
  6. Haha....Insyaallah akan dapat yang lebey baik....huhu

    ReplyDelete
  7. apih.. suwett cinta monyet 2.. fiza senyum memanjang je.. nnt org lain pulak bagi awk ubat pensel picit,,,hehehehe

    ReplyDelete
  8. comey nye cnta monyet awk ^^

    ReplyDelete
  9. wahaaa~~
    ade sad ending music background
    baru best skit~~
    lalalala~~

    ReplyDelete
  10. ak harap fifi 2 bace mnde 2...nk tgok respon ye...hahahaha

    ReplyDelete
  11. aku masa drjah 3 dah ada org suka , mmg xlayan laa sbb tatau pape . hahha

    ReplyDelete
  12. comelnyew cinta monyet dye... hik3 best3

    ReplyDelete
  13. sweet ye cnta mnyet dye :)

    ReplyDelete
  14. tibe-tibe teringat cinta monyet time sekola rendah...ada lak budak ppuan darjah 3 hantar surat kat aku..time tu kau darjah 5 hahaha lawak2

    ReplyDelete
  15. nape saya bace asek tersengih2 ni..
    btw, ur blog memang best lah...

    ReplyDelete
  16. mu blom dgr cinta kangaroo ak mase tadika pih..

    ReplyDelete
  17. kecik2 dah pandai bersuke2 yeee . HEHEHE :)

    ReplyDelete
  18. aming.. sile cerite cinta kangaroo mu.. fiza nk dengo jugak..hehe

    ReplyDelete
  19. wow!! hebat2..kecik2 da pndai bercintan2 ni..ekeke..
    anyway, cter anda sgt2 la sweet.. ^_^

    ReplyDelete
  20. haha sweet je cintan monyet die hehe.. kenangan sek rendah mmg best.. :)

    ReplyDelete
  21. teringat waktu zaman dulu 2001 ..
    isk isk..mcm serupe je cerite kite.. :P

    ReplyDelete
  22. hahaha, klaka la. sy dpt imagine cmne citer ni, hehe. tp mmg menarik. sian apih :P

    ReplyDelete
  23. ahahaha...gila gempak...dah mcm cta tentang bulan versi apih dh..haha

    ReplyDelete
  24. COMEY LA CRITE ANDA..=)..kenangan mahal beb.....

    ReplyDelete
  25. haha...aku lelaki yang ko nampak ngn fifi 2 haha

    ReplyDelete
  26. hahaha... 6mariam....

    ReplyDelete
  27. sayunyer cter neyh ..sob sob sob ;(

    ReplyDelete
  28. best cerita nie..dah leh jd pengarah filem..hehehe

    btw,sal gathering uh kalau setuju ngan tarikh tu ok la..aku pun xsure,kalau ramai setuju ok..aku pun xpernah handle benda2 alah nie.hehe

    ReplyDelete
  29. sweet gila kalau budak2 bercinta.
    innocent doh.
    HAHAHA..

    ReplyDelete
  30. haha...saye start suke2 orang mase darjah 5...tp mase tu xphm lgsung bercinta utk ape...haha

    ReplyDelete
  31. hahaha,,nih cite sedih k..rs cm nk gelak lak,,hehe

    ReplyDelete
  32. kisah cite cinta monyet jantan 2 ble plak???
    mg bleh jd pnulis terknl suatu hri nnti...hahaha

    ReplyDelete
  33. waahh..cute aa..mesti fifi tuh skunk lawo ea?..tak frust ke tgk2 dy da ad laki len..ngeh33

    ReplyDelete
  34. kah3. cam comel je cite neyh.

    ReplyDelete
  35. kah kah kah
    rmbt belah tgh?xley blah r

    ReplyDelete

Komen je kalau rasa nak komen. Kalau nak kutuk sila tulis nama anda. TQ.