09 June 2011

selamat hari jadi bekas kekasih hati





Kunkun!!


Petang hari itu, saya datang ambil awak

Saya bawa awak pergi Pantai Pandak

Kita duduk jauh sikit tak nak orang nampak

Lepas parking kereta, kita borak-borak



Hari ini, saya pergi Pantai Pandak

Saya duduk dekat tempat kita lepak

Terngiang suara awak bercakap rancak

Bezanya, sebelah saya dah tiada awak



Senja hari itu, kita pergi UiTM Chendering

Awak pergi ATM Machine sebab poket dah kering

Tapi ATM Machine rosak awak terus bising-bising

Saya pun bawa awak pergi bandar, pusing-pusing



Hari ini, saya pergi UiTM Chendering lagi

"Saya tak bawak handbag, tunggu kejap ye baby..."
Dengan high heels online, awak keluar berlari

Ahhh tidak.... Aku mengelamun lagi


Malam hari itu, Teluk Warisan jadi saksi

Awak kiss pipi saya untuk pertama kali

"Happy Birthday Afif Rashdan. I Love You Baby..."

Masa tu saya orang paling bahagia dalam dunia ini


Hari ini, saya pergi Teluk Warisan lagi

Dekat tempat kita dating saya duduk seorang diri

Saya nampak awak dan saya sedang ukur tinggi

Senyuman saya masa tu, tiada lagi hari ini



Malam hari itu, kita pergi Secret Recipe

"Take away sir, give me two slices kek Strawberry..."

Kita makan dekat pantai sebab nak privacy

Awak suap saya kek sebagai hadiah hari jadi



Hari ini, Secret Recipe saya pergi juga

Menu yang serupa, cuma nadanya berbeza

Saya makan dekat tempat kita pernah makan sama-sama

Daun yang gugur seakan simpati dengan nasib saya



Andai dapat ku undurkan putaran dunia

Seandainya masa itu kembali semula

Saya janji awak takkan dipersia

Kerana saya tak lupa kisah cinta kita



Maaf hari ini saya tiada lagi di sisi

Saya doakan awak bahagia setiap hari

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki

Jaga diri awak, Selamat Hari Jadi




ps : Sudah 92 hari. Kau tetap di hati. Tiada pengganti ;)
ps : Walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita juga semakin menjauh ;)
ps : Aku sengaja tak 'Align Center' untuk entry ni ;)


Kunkun!!




19 comments:

  1. OMG so sad :'(
    sabar k, semoga terbaik utk anda!

    ReplyDelete
  2. naper aku nanges nie.........??? ko bukan tuju kat akupun kan???? =)

    be strong!

    ReplyDelete
  3. lekas la cari pengganti

    ReplyDelete
  4. Apih,strong dude. Past is past. Work it. :)

    ReplyDelete
  5. pernah tulis sesuatu macam ni, sambil air hujan keluar dari tubir mata. kuat ye. :)

    ReplyDelete
  6. cari pengganti,,sedikit sebanyak dapat lupekan ex wpon xmungkin,,huhu

    ReplyDelete
  7. wahhh sedih... ;'(
    susah nak cari laki cam ni...
    sabar2.. ada pengganti yang lebih baik (:

    ReplyDelete
  8. x. .x
    ;
    ,' ',

    ps : ak mmg tak kreatif,..jgn sesedey

    ReplyDelete
  9. b string..isi la kekosongan hati tu..mungkin boleh mmbantu untuk menjadi lebih kuat :)

    ReplyDelete
  10. cpt2 crik pnggnti so nnt sdih tu sket2 akn hlg...

    ReplyDelete
  11. sweetnye.. sedih pun ada.. mesti awak ni pecinta yg setia kan

    ReplyDelete
  12. sedey plak bce entry ny T.T

    ReplyDelete
  13. sedey plak bce entry ny T.T

    ReplyDelete
  14. oke.cri tisu jap...tabah lah!

    ReplyDelete
  15. nak jd pengganti

    wakakkakakap !


    larikkkkkk ~~

    ReplyDelete
  16. promosi print assigment anda dengan harga rm 0.10 dengan dakwat berkualiti tinggi(kalis air)... disimpang 4 chendering...

    ReplyDelete
  17. kiss pipi ??

    ReplyDelete

Komen je kalau rasa nak komen. Kalau nak kutuk sila tulis nama anda. TQ.