11 December 2011

apa persamaan bola dan awek bagi lelaki





Putus cinta bila tiada jodoh masih tak apa sebab kawan-kawan ada.

Putus bola bila musim bola cuti seolah-olah gelap dunia.
Tidak hairan ada lelaki sayangkan bola seperti kekasihnya.




01 Sedih Tak Terkata
Bola : Tak dapat diluahkan dengan kata-kata bila team kegemaran kalah.
Awek : Ada pakwe, bila gaduh kalau boleh nak menangis air mata darah.


02 Gembira Tak Terkira
Bola : Riang tak terkira. Lebih-lebih lagi menang dengan bergaya.
Awek : Riang tak terkira. Lebih-lebih lagi bila dapat dating lama-lama.


03 Marah Belakang-Belakang
Bola : Marah pemain dan pengadil walaupun mereka berada dalam TV.
Awek : Marah awek lepas letak telefon takut dia terasa hati.


04 Sanggup Berhabis Duit
Bola : Sanggup beli tiket mahal walau terpaksa mencangkung tepi padang.
Awek : Sanggup makan di restoran mewah sebab nak tunjuk sayang.


05 Rela Bersusah Payah
Bola : Rela berpanas berhujan sebab nak tengok pemain idola.
Awek : Sebab nak dating, teruk mana kesesakan tetap diredah jua.


06 Berkorban Apa Saja
Bola : Bola waktu subuh tapi berjaga sepanjang malam takut tak terbangun.
Awek : Bergayut dari malam sampai pagi padahal tak cakap sangat pun.


07 Belajar Tahan Malu
Bola : Tak kisah pakai jersi team kegemaran walaupun team tu kalah teruk.
Awek : Takde masalah pakai baju pink sedondon walaupun nampak buruk.


08 Sanggup Menipu
Bola : Sebab tengok bola semalam sanggup tipu kawan kata sakit itu ini.
Awek : Sebab nak dating esok sanggup tipu kawan sampai ambik MC.


09 Sikap Mengambil Berat
Bola : Tahu pemain mana cedera dan berdoa dia dapat bermain semula.
Awek : Tahu awek dia sakit dan apa ubat kena makan untuk kembali ceria.


10 Megah Bila Menang
Bola : Buat status kehebatan team dia. Puas hati sangat la kononnya.
Awek : Buat status siap dengan xoxo love bahawa aku sedang bercinta.


ps : Real Madrid selamanya. Jatuh bangun bersama. Proud to be Madridista ;)




19 comments:

  1. Owh. mcm nie rupanya. bOleh diterima larh jgk. ade relevan.

    ReplyDelete
  2. hahha,gua sedih jgk bila madrid klh pagi tadi,sial betul barca

    ReplyDelete
  3. kalau persamaan awek ngn bola , persamaan pakwe pulak ngn pemain bola :)

    ReplyDelete
  4. kalau bola dan awek, so pemain bola dan pakwe la :)

    ReplyDelete
  5. oh oh, baru gua tau. tapi kenapa awek jer? pakwe tadek? wakaka :P

    ReplyDelete
  6. hahahaha
    relevan la jgk.. :D

    ReplyDelete
  7. ok. aku terima persamaan ini. he he

    ReplyDelete
  8. @♥ MS ♥ Saya takde pakwe jadi saya tak tahu. Hehe. Lagipun minat perempuan banyak.

    ReplyDelete
  9. relevan entry..tapi aku minat bola,pakwe aku tak..cam ne? huhu

    ReplyDelete

Komen je kalau rasa nak komen. Kalau nak kutuk sila tulis nama anda. TQ.