20 February 2012
aku percaya duit itu memang ada kuasa
Dia nampak ceria. Aku tanya kenapa. Duit pinjaman sudah masuk katanya. Kemudian dia keluar bergembira. Biarlah dia itu duit dia.
Dia kembali. Penuh plastik di tangan kanan dan kiri. Banyak barang dibeli. Dia tunjuk satu persatu barang dari kepala sampai kaki. Ditambah jumlah baju yang sudah penuh almari. Seluar yang sudah banyak bertambah sehelai dua lagi.
Aku tersenyum. Tersenyum kagum.
Kerana duit, tikus dalam lubang boleh mengaum.
Aku ketawa. Geli hati dengan ragam manusia. Dia bukan yang pertama. Ramai sudah aku jumpa. Manusia yang guna duit yang bukan milik mereka, untuk beli barang yang mereka tidak perlu atau sudah ada, hanya untuk menunjuk kepada orang yang mereka tak suka.
ps : Pinjaman saya belum masuk lagi. Ada tak yang nak jadi sugar mummy? ;)

aaa..betul tuu..ramai yg macam tuu
ReplyDeletehujung2 sem baru la nak jimat. tu pon sebab duit dah habis. haha
if guna untuk investmnt takpe gak.. my scholarship pun xmsuk lagi..hehehe
ReplyDeleteish2, minx2 lah nanti bila gua belajar, gua pandai guna duit pinjaman ni. ish2!!!
ReplyDeleteduit kalau fikir, tak mungkin cukup. tak mungkin
ReplyDelete:)
ReplyDeleteyup duit hanya di dunia
ReplyDeletepnjman kiter pn blm masuk
ReplyDeleteduit pinjaman tu harus dibahagikan dgn betul kalau tak habis...
ReplyDeleteSusah untuk kawal nafsu membeli. Adess.
ReplyDeleteTapi usaha itu perlu,
betul kata kamu, itu bukan duit sendiri, sampai masa kena bayar balik.
Suka dengan tulisan dan bersedia untuk tekan button follow :)