Kunkun!!
*Anggaplah coretan ini adalah luahan hati seorang sahabat kepada sahabat. Kalau ada ayat emo, emosi, emotion atau emoticon, bacalah semula dengan nada tidak emo*

Beberapa hari lepas, follower aku dah 100 orang. Kalau tak silap aku Mahira Oya kot follower ke 100. Sekarang follower aku dah 104 orang. Aku tak tau kenapa korang follow blog yang aku rasa membosankan ni. Aku bercakap pasal blog aku sendiri. Blog yang aku tulis hanya bila aku rajin, bukan diupdate setiap hari atau setiap jam. Blog yang boleh diibaratkan seperti membaca komik Ujang, bukan seperti membaca majalah Mastika atau Anis.
Sejak follower aku mencecah 100 orang, hidup aku jadi kusut. Sembilan bulan masa yang diperlukan oleh blog aku ni untuk mendapat 100 follower. Aku rasa blog aku tak layak dapat follower seramai tu berbanding blog member aku yang nampak lebih style dengan layout dan widget-widget diorang serta entri yang berilmiah. Sebab tujuan aku berblog adalah untuk kepuasan diri, bukan mencari populariti.
Popular | My blog is not like thatSerius aku cakap blog aku tak popular. Serius aku cakap blog aku bukan blog yang bagus. Bagi aku siapa yang membaca dan dapat apa yang cuba aku sampaikan sudah memadai. Sebab itu kadang-kadang aku rasa bilangan followers yang ramai tak sepenting apa yang cuba aku salurkan. Mungkin bila bilangan follower bertambah, hidung aku akan kembang dalam tempoh seminit. Tapi lepas tu, hilang rasa megah tu. Aku bukanlah seorang yang berpegang kepada mazhab 'I follow you, you follow me' sebab bagi aku follower yang ramai tak bermakna blog tu bagus. Mungkin orang follow sebab nak naikkan trafik blog mereka. Mungkin. Aku cakap mungkin.
Setiap kali followers aku bertambah, aku rasa aku perlu memberi contoh yang baik kepada mereka. Kadang-kadang terlintas jugak aku nak menjadi blogger yang baik, sopan, santun, pijak semut tak mati, tembak gajah tak tumbang dan semua la benda-benda baik. Tapi sesungguhnya aku di dalam blog ialah aku di dunia realiti. Apa yang aku tulis di blog adalah apa yang lahir dari hati aku. Ayat yang aku gunakan di blog adalah ayat seharian yang aku gunakan dalam percakapan. Pernah aku terfikir yang aku perlu membuat entri yang berkualiti, yang membuat pembaca berfikir tapi aku bukanlah seorang yang suka mencari input di Internet. Aku malas. Lebih baik aku cari video porno yang boleh membuat aku rasa puas bila horny (^_^)
Tu je lah kot yang aku nak cakap buat masa sekarang. Kepada follower aku, thanks sebab follow tapi sorry kalau aku tak follow korang balik. Honestly aku bukan takde ciri kemanusiaan cuma aku sedikit ego macam nama blog aku sendiri. Hehehe. Sorry to all but I need to be honest and tell the truth. Sorry and thank you again.
Lepak di disko dengan Akbar,
Sambil intai bohsia murahan,
Saya blogger baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Kunkun!!








