My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

24 May 2010

single lama-lama tak bermakna gay


Kunkun!!


Dua tiga hari lepas aku dapat mesej dari sorang member aku...


"Aku rasa aku kena cuba buka pintu hati aku kat orang lain tapi tak tau la sape. Aku tak rasa jodoh aku dengan Juliana Evans. Sampai dah masanya aku cari pengganti Juliana Evans. Aku nak mulakan hidup baru dengan orang baru. Mu bila lagi pih...?"


Best rasanya bila aku tau member aku dah tergerak hati nak couple. Kenapa aku rasa best? Entah la. Cuma soalan dia di akhir ayat tu buat aku terfikir. Aku bila lagi? Dah lama single ni. Nak masuk setahun dah. Haishhhh....


Pastu semalam aku dapat satu mesej kat Facebook. Ada lelaki hantar.


"Why cute boy like U still single? Are U gay? I nak kenal U lebih dekat boleh?"


Aku tak kisah kalau dia cakap aku cute. Nak tunggu orang cakap aku hensem memang takde kot. Cuma yang aku kisah ialah dia cakap aku gay dan dia nak kenal aku. Dan dia lelaki. Yang dilahirkan lengkap dengan testis dan skrotum. Bukan yang lahir dengan ovari atau klitoris. Arggghhh!! Kepada pakcik tersebut, harap maaf aku tak layan lelaki. Aku diajar bahawa pedang mesti dimasukkan ke dalam sarung pedang. Bukan pedang lawan dengan pedang. Tingtang Tingtang Alexander. Sumpah lawak Johan buat scene ni.


Horny Homosexual | Boys over boys over flower


Aku bukan suka cerita pasal cinta kat public. Kisah cinta aku pun tak ramai yang tau. Cuma aku nak cakap yang kalau seseorang lelaki itu single lama-lama tak bermakna dia gay. Mungkin dia lebih tenang tidak berteman. Mungkin dia belum jumpa orang yang sesuai. Mungkin dia terlalu memilih. Mungkin dia takut bercinta. Mungkin dia mengejar cita-cita sebelum cinta. Aku? My heart is incredibly wary of love.


Aku hidup di sekeliling orang bercinta. Ada yang sanggup merana. Ada jugak yang bahagia. Ada yang sanggup berkorban apa saja sampai hilang kawan, keluarga dan harta. Cuma aku lagi suka orang yang mencintai Yang Esa. Aku? Dulu masa aku bercinta, semasa bilal di masjid melaungkan azan Zuhur, tangan aku erat menggenggam tangan pasangan aku. Dan selepas imam memberi salam solat Asar, aku masih berpegangan tangan. Selepas tu baru aku faham kenapa orang sebut cinta adalah berhala yang disembah-sembah. Tapi tu cerita lama. Cerita tentang masa lalu. Cerita tentang kau dan aku.


Holding Hands | Kita pernah satu aku dan kamu


Aku bukan takut nak bercinta. Aku tak kisah jatuh cinta lagi. Mungkin aku tak nampak cinta depan mata. Tapi dalam hidup ni kita kena terima hakikat bahawa tak semua yang kita nak akan kita dapat dan tak semua yang kita dapat adalah yang kita nak. Not everyone can get what they want. Even she's always in front of you, there's something that you can't have.


"I am not the type to be able to fall in love easily..."


Biarkan aku bernafas dalam ego aku sendiri. Biarkan.


What Is Love | Now I just love myself




Kunkun!!



22 May 2010

spain team for world cup 2010




Kunkun!!



Beberapa hari lepas coach Spain, Vicente Del Bosque dah keluarkan list Top 23 pasukan Spain untuk World Cup bulan depan. Dua superstar baru dalam team Spain ni ialah penjaga gol Barcelona, Victor Valdes dan penyerang muda Barcelona, Pedro Rodriguez. Pemilihan Javi Martinez, midfielder Athletic Bilbao yang baru berumur 21 tahun adalah satu kejutan.

Victory Victor | Finally Spain choose Valdes


Penyingkiran tiga hero semasa Spain menang Euro 2008 dulu turut menjadi kejutan. Ketiadaan Marcos Senna, Santi Cazorla dan Dani Guiza bermakna tiada pemain berbadan besar untuk pasukan Spain kali ni untuk mencabar size fizikal pemain pasukan lain terutama pasukan dari Afrika.


Spain Top 23 Players For World Cup 2010 South Africa

Goalkeepers
Iker Casillas - Real Madrid
Pepe Reina - Liverpool
Victor Valdes - Barcelona

Defenders
Sergio Ramos - Real Madrid
Alvaro Arbeloa - Real Madrid
Raul Albiol - Real Madrid
Gerard Pique - Barcelona
Charles Puyol - Barcelona
Carlos Marchena - Valencia
Joan Capdevila - Villareal

Midfielders
Xabi Alonso - Real Madrid
Xavi Hernandez - Barcelona
Andres Iniesta - Barcelona
Cesc Fabregas - Arsenal
Sergio Busquets - Barcelona
Jesus Navas - Sevilla
Javi Martinez - Athletic Bilbao

Forwards
Fernando Torres - Liverpool
David Villa - Barcelona
Pedro Roriguez - Barcelona
David Silva - Valencia
Juan Mata - Valencia
Fernando Llorente - Athletic Bilbao



Barisan kemungkinan : 4-1-3-2 : Iker Casillas, Sergio Ramos, Charles Puyol, Gerard Pique, Joan Capdevila, Xabi Alonso, David Silva, Xavi, Andres Iniesta, Fernando Torres, David Villa.

La Furia Roja | The Reds Armada


Walaupun aku tak puas hati sebab Sergio Busquets boleh masuk top 23 jugak, tapi sekurang-kurangnya pemilihan team Spain tak seteruk France, Brazil dan Argentina. France tidak memilih Samir Nasri dan Karim Benzema. Brazil tidak memilih Ronaldinho dan Alexandre Pato. Argentina tidak memasukkan nama Javier Zanetti dan Ever Banega. Cuma aku kesian dengan England yang bermasalah untuk memilih penjaga gol utama sedangkan Spain pula ada ramai penjaga gol yang hebat. David De Gea dan Diego Lopez pun tak dapat masuk Top 23 Spain padahal mereka sangat hebat musim ni. Nasib baik aku langsung tak minat England. Boo England :)


Pasukan manakah pilihan anda untuk menang World Cup nanti?

Spain Success | It's time to conquer the world



Que Viva Espana!!



Kunkun!!




20 May 2010

makan atau kahwin lagi penting





Kunkun!!



Pada suatu petang yang segak bergaya, Sharifah mengunjungi rumah Rozita. Mereka berbual-bual di beranda. Sedang enak mengumpat jiran tetangga, tiba-tiba suami Rozita melangkah keluar lengkap berbaju Melayu.



"Sayang, abang dah siap. Abang pergi dulu ye..."
"Bila bernikahnya bang...?"

"Lepas Isyak. Pengantin perempuan sampai lepas Isyak..."

"Hati-hati ye bang. Jangan lupa bawak balik nasi minyak..."



Maka berlalulah suami Rozita meninggalkan isterinya dan Sharifah.



"Engkau memang isteri yang memahami. Syurga la tempat kau Rozita..."
"Yang kau puji aku lebih-lebih ni kenapa pulak..?"
"Engkau boleh relaks camtu je suami kau pergi bernikah lain..."

"Suami aku photographer orang kahwin la..."

"Oooooo.... Erkkkk..."




Best kan jadi photographer orang kahwin? Dapat nasi minyak free. Sebenarnya aku sedang lapar. Huhuhu :)


Nasi Minyak | Takde minyak pun dalam nasi ni



Sekarang aku makin lapar sebab terbayangkan wajah bakal isteri aku. Suasana majlis pekahwinan aku. Bulan madu aku. Malam pertama aku.


Bayangan Gurauan | Ini adalah rekaan semata-mata




Kunkun!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...