My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

03 November 2010

tips goda wanita semasa first date



Kunkun!!



Sebelum terjalin sebuah cinta, atau couple, dua masalah yang paling susah bagi lelaki ialah semasa nak approach gadis dan semasa first date. Memang susah untuk mendekati wanita dan mengucapkan "Hai" sebab bimbang kena reject atau tak dilayan. Tapi ingat, takkan ada kejayaan tanpa usaha.


Mujurlah sekarang ada Facebook, yang ramai lelaki anggap jalan mudah untuk approach mana-mana wanita yang dia minat. Lazimnya lelaki memang dikurniakan sepasang lidah yang mampu mengayat wanita sampai wanita tersebut cair. Memang tak semua. Tapi ramai yang ada kelebihan ni.


Bila lelaki approach wanita, memang lelaki itu tertarik kepada wanita tersebut. Maka lelaki akan mengajak wanita untuk first date untuk mencari keserasian. Tapi camne lelaki nak buat wanita itu tertarik dengannya?

First Date | Try and error


1. Tempat dating yang sesuai

Bawak dia ke tempat yang tenang, tidak bising dan kononnya romantik bagi anda. Sebab kalau berjumpa di tempat yang bising dengan muzik ataupun percakapan orang sekeliling, perbualan anda mungkin terganggu. Ini membuatkan perbualan anda dengannya berjalan dengan lancar.


2. Eye contact

Eye contact adalah sangat penting. Harus diingat, eye contact yang berjaya membangkitkan keyakinan dalam diri. Anda harus kelihatan yakin di matanya. Tapi jangan pulak anda tengok mata dia sampai tak berkelip-kelip, nanti dia ingat anda ni tak betul pulak.

Eye, Not Body Contact | From eyes to heart


3. Bertanya soalan yang relevan

Kurangkan bertanya soalan yang menjurus kepada jawapan "Ya" dan "Tidak". Sebelum dating, lelaki harus plan soalan-soalan yang bakal ditanya. Contohnya, soalan "Awak kerja apa?" dan bila dia bagitahu pekerjaan dia, tanyakan lagi pasal pekerjaan tu. Ini membuatkan dia kurang nervous dan teruja untuk bercerita kepada anda. Tapi anda harus pastikan anda seorang pendengar yang setia. Jangan pulak anda buat-buat tak dengar atau usha awek lain. Jangan cari pasal ye.


4. Cari topik kegemaran

Bercakap dengan perempuan tak sama dengan bercakap dengan lelaki. Anda tak boleh cakap pasal bola sepak atau kereta melainkan gadis itu turut meminati benda tu. Anda harus tahu kegemarannya. Kalau dia tu penggemar kucing, anda perlu bercakap pasal kucing. Tak salah kalau anda luangkan masa mengambil tahu pasal handbag, perfume atau aksesori wanita demi wanita yang anda minati. Dan rasanya tak salah jugak kalau seorang lelaki ada sifat feminin dalam dirinya.


5. Jadi diri sendiri

Lelaki yang takut-takut-berani nak pergi first date biasanya akan bertanya kepada kawan-kawan rapat dia atau menonton filem-filem cinta sebagai plan. Tapi tak semua plan akan berjaya. Cuma yang penting ialah kelakuan spontan anda. Tak perlu nak jadi diri orang lain sebab itu mungkin mendatangkan masalah pada masa akan datang.

Be Yourself | Do not hesitate


6. Berikan tumpuan kepada pasangan

Ramai orang tahu, gadis memang sukakan perhatian. Tapi tak ramai orang tahu, gadis sukakan lelaki yang kelakar dan boleh buat dia bercakap selepas ketawa dengan lawak itu. Bukan lelaki yang hanya asyik bercakap atau yang hanya asyik mengangguk kepala. Bila date, gadis jugak akan buat lawak untuk hilangkan nervous dia dan lelaki haruslah memberi perhatian dan memujinya. Anda boleh kata "Haha.. Awak ni kelakarlah" atau "Bestlah dapat cakap dengan awak". Satu lagi, gadis memang suka cakap pasal movie atau artis. So anda pun perlu tahu selok belok filem atau artis dari malaysia atau antarabangsa. Takut gadis tu fanatik drama Korea atau Sinetron Indonesia.


Jika anda mampu memberi pujian dan perhatian dalam masa yang sama,
tak mustahil gadis itu akan terpikat kepada anda.


Tawakal innahu,
tak try tak tahu.



Kunkun!!




8 comments:

-QasEh- said...

good luck kpd insan gergelar lelaki
tips tmbahan...intonasi suara juga memainkan peranan penting =)
good luck...

Atsuko said...

tapi klau pmpuan tu ckp tak nak,
tak jdi gak kot??
hehee

selembut salju said...

waa...
apih mu apply x taktik niyh?
mcm mana?
berjaya x?
hehe

Khai said...

ahaha...asl ramai yg wt entry sal pompuan niyh..btw..gud job bro..haha..i loike..

Apih El Nino said...

aq itz m3.
intonasi suara ni macam nak pergi ujibakat AF pulak dah.

Apih El Nino said...

Atsuko Ichirou.
dah tulis kat bawah tu tak try tak tahu.
usaha tangga kejayaan kan?
hehehe...

Apih El Nino said...

selembut salju.
aku try ke tak tu hal peribadi kot.
tak boleh bagitau kat sini.

Apih El Nino said...

Khai The Kerozer.
aku buat entry pasal perempuan sebab nak kau buat pasal laki bro.
hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...