My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

09 December 2011

kenapa anda perlu tengok running man





Kalau anda baca entry setahun yang lalu pasti ingat ada entry yang mengatakan drama Jepun lebih hebat berbanding drama Korea. [Baca sini] Entry itu ditulis dengan penuh benci terhadap cerita-cerita Korea. Dan selepas beberapa hari satu amaran diterima. Ayatnya ringkas sahaja. "Jangan terlalu membenci kerana mungkin timbul rasa sayang di sebaliknya."



Dan hari ini entry itu berkocak. Kekaguman pada drama Jepun sendikit tersentak. Bermula dari satu topik semasa lepak aku akhirnya terjebak. Aku tidak layan drama atau filem Korea kerana hanya Running Man yang aku nampak. Bukan terlalu fanatik tapi variety show ini memang memberi impak.


Running Man at channel 393 Astro or kshownow.net


Anda tidak perlu tahu Kpop atau belajar bahasa Korea. Anda tidak perlu faham apa itu 'Hwaiting' atau 'Kamsahamnida'. Anda cuma perlu tengok dan ambil pengajaran di sebaliknya.


01 Release tension
Ini punca utama ramai menonton rancangan ini. Anda cuma perlu duduk dan tengok setiap aksi. Dengan 'effect' yang melampau, anda akan ketawa berkali-kali.


02 Belajar cara selesaikan masalah
Dalam setiap episod ada misi yang perlu diselesaikan. Misi yang memerlukan ahli Running Man dan penonton menggunakan akal dan tumpuan.


03 Jangan terlalu percayakan orang lain
Ada misi yang memaparkan realiti kehidupan. Realiti kekasih diambil orang, rakan yang gemar tikam dari belakang, susah dahulu senang kemudian.


04 Tidak bersambung-sambung macam drama
Anda tidak perlu menontonnya setiap minggu seperti drama. Kerana kebanyakan episodnya tidak bersambung kecuali beberapa episod istimewa.


05 Belajar cara nak 'ayat' pasangan
Ada beberapa ayat di dalam cerita ini yang mampu menawan hati. Beberapa potong ayat itu juga ada dibawa masuk ke dalam blog ini.


06 Jangan menilai seseorang dari luaran
Pengikut cerita ini pasti sedar beberapa watak yang 'lemah' sekarang sudah menampakkan kelainan. Mungkin benar pengalaman mematangkan fikiran.


07 Tetap ada sisi lembut di sebalik ganas wanita
Hanya satu watak wanita yang kelihatan agak ganas dan berani. Tapi di sebalik semua itu dia sama seperti wanita lain yang tak lari dari perang emosi.


08 Setiap orang ada kelemahan tersendiri
Jangan ingat lelaki skema tidak berani mencuba. Dan jangan ingat lelaki berbadan sasa tidak takut apa-apa.


09 Perbezaan tawa wanita dan tangisan lelaki
Wanita bila ketawa nampak lebih bersinar dan ceria. Tapi berbanding wanita, air mata lelaki lebih bermakna. Cuma plotnya bukan seperti Akademi Fantasia.


10 Lawak spontan lagi best daripada lawak buatan
Bandingkan lawak dalam Running Man dengan Maharaja Lawak Mega. Antara lawak yang dibuat-buat atau yang berlaku dengan sendirinya. Yang mana lebih menarik anda rasa?


Entry ini ditulis tanpa rasa bongkak. Bukan untuk membanding siapa hebat siapa tidak. Pasti nanti ada orang kata aku terpengaruh tapi aku tidak kisah dan hati tidak membengkak. Malah mungkin ada kesabaran peminat drama Jepun berkocak tapi aku cuma cerita apa aku nampak. Aku tidak tahu drama Korea lain tapi bagi aku, Running Man Daebak!


ps : Kita hidup di zaman persaingan drama dan yang untung sebenarnya kita ;)




49 comments:

Miss Butterfly said...

boleh pecah perut tengok bende nih... hahaha

starzieti said...

betul2. setuju sangat. :D

Anonymous said...

setuju dengan semua poin awak. yup i hate u b4 cuz ur entry pasal korean drama.. (kipas susah mati kpop)
hahahaha baru kau tahu kenapa kami gilakan korean :) lawak, artis, semua pasal diorang mmg jujur, tulen dan tak dibuat-buat. Msia mmg kalah la sng cite, hahahah RM daebak!!!

iAmCekbolat said...

haha.. mmg xpnah miss citer ni.. best woo ^^

cikserai said...

running man ni best. tapi jadi tak best sebab kawan cikserai..timekaseh ye bagi idea nak buat entry pasal running man ni!

http://seraiaddicted.blogspot.com/2011/12/penangan-running-man.html

Teeha Mohd said...

saya pon layan running man ni. best gileee . gelak guling2 kalau tgk. time exam week release tension dgn tgk ni , hehe

miera farhana said...

saya mmg minat cite running man nie..best giler..

s u a r a h e a R t y said...

:)

LydSunshine said...

Channel Astro 393 tu free ke dalam pakej Mustika? Dia macam game show ke drama?

ayuna ayuni.. said...

wah...!!! ramai kot minat running man ni,...

soh dorang dtg malaysia la pulak....

mau pengsan aku tgk kookie oppa

Ceiler Mun said...

ramai yang cakap kat gua running man ni best. teruja la jugek gua nak nengoknya. haha.

Mra Mastura said...

yeas! terima kasih pd kwn ego yg bg tgok running man! hehe :D

Azewas said...

apih = gwang soo...

(HAHAHAHAHHAA)

Fahiza said...

Seronokk tengok ramai yg layan RM nih. Best sangat". XD

Domu-kon said...

misz Domu tgok je la..minat xd la..memang misz Domu xlayan korea sngt..juz tgok jer bley..

Dr Afifah said...

aigoo..:p

nak try tengoklah running man ni~

Ana Farhana said...

alaaa.. x minat.wuwuwu

Farhan Ibn Yahya said...

aku pon tgk gak...siap jadi fan lagi...yg paling seronok tgk pasangan Mondays Couple...^^

hazirah kasimon said...

tu la pasai~ jangan bilang benci yew~lame2 jatuh cinte ;D hihik

Unknown said...

running man mmg the best . daebakkk . suka monday couple :)

AA said...

THANK! KALAU lah dapat tengok. HAHAHx. busy lah nak tengok xD

tirahzairi said...

tgk la family comes here....hehhee...

IamJoonet said...

terbaek wok...lebih baik bila anak dgn mak ayah dpat duduk satu tempat dan ketawa seiring..mmg menyatukan family...serius...

Amie Amisya said...

mmg best RM ni. suka Jong Kook. wee~

Apih El Nino said...

@Eyda Syahida Pecah, hancur berderai perut. Haha.

Apih El Nino said...

@starzieti Thanks sebab support :)

Apih El Nino said...

@ainakhani Haha. Thanks for the hate. Sometimes being hated is a good thing.

Apih El Nino said...

@CekbOlat-bOlat Sama la kita :)

Apih El Nino said...

@::cikserai:: Terima kasih sebab sambung cerita saya.

Apih El Nino said...

@TeehaMohd Betul betul betul.

Apih El Nino said...

@miera farhana Kita satu geng!

Apih El Nino said...

@s u a r a h e a R t y :)

Apih El Nino said...

@LydSunshine Channel tu free. Ada dalam pakej. Dia game show yang brutal.

Apih El Nino said...

@ayuna ayuni.. Kookie oppa? Saya Ninokie oppa. Haha.

Apih El Nino said...

@Bella Bell Jangan teruja saja. Kena tengok. Hehe.

Apih El Nino said...

@Mra Mastura Terima kasih pelangi sebab selalu citer pasal Running Man kat Twitter.

Apih El Nino said...

@Azewas Asyraf Suk Jin. Haha.

Apih El Nino said...

@Fahiza Tau takpe :)

Apih El Nino said...

@DOMU-KON Oh takpe. Buat isi masa lapang.

Apih El Nino said...

@Dato' Dr. Nurul 'Afifah :) Try lah. Try sekali pasti nak lagi. Hehe.

Apih El Nino said...

@Ana Farhana Tak minat takpe :)

Apih El Nino said...

@Farhan Ibn Yahya Betol. Ramai sangat peminat Monday Couple nampaknya.

Apih El Nino said...

@hazirah kasimon Haha. Saya diperli nampaknya.

Apih El Nino said...

@missamy Yeay! Ssakda Ssakda!

Apih El Nino said...

@♥ MS ♥ Takpe. Nanti ada masa tengok ye :)

Apih El Nino said...

@TiraPengemis Ape tu? Tak pernah dengar pun. Hehe.

Apih El Nino said...

@anak pok zo Itu aku sokong sangat. Menjalin hubungan kekeluargaan.

Apih El Nino said...

@Amie Amisya Ni sorang lagi peminat Sparta! Hehe.

Mairah said...

slalunya bila ada org kutuk2 korea ni, suruh tgk je running man. gerenti sehari lps tu, trus ngaku ske korea XD slalu jadi cmtu kt kwn, cousin. diaorang punya anti ngan korea tp lepas tgk running man, trus ngaku peminat RM padahal sblum tu bukan main kutuk XD skrg makin ramai ske korea sbb running man :3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...