Dia cuba bertahan sekuat hati. Cuba berdiri. Terketar lutut terkacip gigi. Kerana simpati, tangan ini diberi. Dia menyambut dan berdiri kembali.
Air mata disapu dengan jari. Kembali terukir senyuman itu kini. Kesedihannya seperti sudah pergi. Namun hatinya tiada yang mengerti.
Dia jadikan aku tempat mengadu. Aku mendengar setiap perenggan ceritanya satu per satu. Kerap dia bercerita tentang hati yang patah seribu. Begini begitu.
Aku rasa sudah berbuih mulut aku kata aku ada. Sudah penat aku meyakinkan aku boleh beri dia bahagia. Setiap kali itu dia ketawa. Ketawa tidak percaya. Ketawa kerana manis bibir ini berkata-kata. Ketawa dan bertanya dia wanita yang ke berapa dapat tawaran serupa. Aku bukan lelaki yang mahu semua perempuan yang ada. Gila.
Dan hari ini aku tak akan kejar dia lagi. Bukan putus asa jauh sekali merajuk diri. Cuma penat bila setiap pengorbanan tak dihargai. Aku pergi. Sejauh yang mungkin dari sini.
Aku tahu hari ini dia mampu berdiri tanpa aku di sisi. Cuma aku bimbang kalau dia mampu mengubat luka di hati sendiri selepas ini. Nampak macam aku lebih pentingkan hatinya daripada hati aku sendiri.
Duhai hati maafkan pemilikmu ini. Kau paling hebat sekali. Walau hangus terbakar api, hancur dipijak kaki, kau tetap berfungsi.
ps : Serius susah orang nak percaya bila orang tak serius cakap benda serius ;)
12 comments:
~Serius susah orang nak percaya bila orang tak serius cakap benda serius~
betull sekali, bila cakap benda yang serius, dia tak percaya pulak -.-
manusia mmg buta untk mengenali cinta,buta untk setia pada cinta..
p/s:mmg susah nk serius bca benda serius nie..haha
:)
kadang2 , bila dia kurang percaya . . mungkin. . kamu harus . . yakinkan dia :)
tapi sgt sweet . :D
hatinya maseh terluka lg tu..
manusia selalu buat bila berhadapan dengan cinta. Huuu
die perlukan ms.. bukn mudah merawat hati yg terluka dek ditipu dnegan mainan kata2.. sebab itu die tersengih bermakna apbl dihamburkan kata2 manis tu.. bgnye sudh tdk bernilai..
kadang cinta depan mata ni kita nak nampak.. hurmmm
terbaik la.. pertama kali dtg..
Yup! Cinta tak Buta...tapi penilaian manusia yang membutakan cinta...
cedeynye la....huhuhu..
meh story meh...
nak pinjam bahu bleyh gok...hehe
=D
Post a Comment