Beberapa orang lelaki tampil ke hadapan memuji keberanian entry 'Ayat Perempuan Yang Dibenci Lelaki' semalam. Jadi untuk berlaku adil, hari ini tiba giliran kesilapan yang biasa lelaki lakukan terhadap kekasih mereka.
"Wow. Lawa betullah budak Amirah tu..."
Tak kira betapa lawa atau seksi perempuan yang lalu di depan anda, tolong jangan sebut ayat ni kuat-kuat. Jaga hati orang di sebelah anda.
Walaupun kekasih anda sendiri menyebut betapa cantiknya perempuan yang lalu itu, jangan sibuk-sibuk nak masuk campur. Mungkin dia cuma mahu menguji.
"Bodoh betul la kawan-kawan awak tadi..."
Hormat dia sepertimana dia hormat anda. Walaupun anda tahu kawan-kawan dia adalah penipu, suka tikam kawan dari belakang atau sebagainya, ada cara lain untuk memberitahu dia berbanding seperti ayat kasar di atas.
Lelaki juga pasti marah bila kekasih mereka berkata buruk tentang kawan yang dia lebih kenal itu bukan?
"Lol. Teruknya rambut you. You tak pergi salon ke?"
Perempuan sangat suka bereksperimentasi dengan rupa dan tubuh mereka. Tapi ingat, bukan setiap eksperimen memberi hasil seperti yang diharapkan.
Daripada mengkritik dan mentertawakan kekasih hati anda, apa kata anda memberi dorongan kepadanya kerana dia juga pasti tak suka dengan hasil eksperimen dia yang gagal itu. Anda seharusnya berterima kasih kerana dia sudi menunjukkan hasil yang buruk itu kepada anda terlebih awal kerana selepas berkahwin nanti anda harus menerima juga ketidakcantikan dia.
"Abang tak suka la baju yang sayang pakai ni..."
Kalau perempuan pakai baju, tudung, atau apa saja di badannya, itu bermakna dia sangat sukakannya dan sanggup berhabis duit demi pakaian itu. Memberi ayat seperti ini cuma membuat anda kelihatan seperti lelaki yang tidak pandai menghargai dan buta fesyen.
Kalau betul anda tidak suka dengan pakaiannya, apa kata bawa dia pergi shopping dan tunjuk yang mana satu pakaian yang boleh buat anda memujinya bila dia pakai nanti. Perempuan memang tak tolak bila lelaki mengajaknya pergi shopping. Masalahnya, beranikah lelaki?
"Baby ni sensitif sangat la. Janganlah emo macam ni..."
Perempuan mudah mengalir air mata. Jadi jangan berkasar bila dia emosi, sedih, marah atau menangis. Bukan setiap masa api harus melawan api.
Apa salahnya kalau anda menjelaskan perkara sebenar, cakap baik-baik, sapu air mata yang mengalir dengan ibu jari anda dan peluk dia supaya dia rasa disayangi. Oh ini hanya untuk yang dah kahwin. Kalau belum, pandai-pandai cover la ye. Masing-masing dah besar.
ps : Di sebalik kasarnya lelaki, mereka tetap ada taman bunga dalam hati ;)
37 comments:
awek yg bagus adalah awek yg boleh terima kritikan si pakwe.
pakwe yg bagus adalah yg pandai memberi kritikan yg membina.
hohoho. definisi x bertauliah dari aku.
hahaha:)
haha...betul la. yg penting, hati antara 1 same lain kne jaga
haha.. sy just pekakkan badak kalau dgr si laki komplen.. ngeee
hahaha.. mmg betul sngt2 la.. sokong 100%
biarpun didalamnya penuh taman bunga yg indah kalau jalan masuknya berduri..adakah yg sudi mendatangi?? :)
kritikan yg bagus adalah yang bisa di terima dengan lapang dada tanpa membuat hati terluka.. sebab itu sebelum berucap harus menyusun kata-kata dulu.. cari kalimat yang lembut dan halus... dengan nada yg simpatik... pasti aman dan damai...
yeyy....pegi sopping beli baju...haha
sukenya kalo laki ajak shopping!hehe
hahaha. laki ble jeles sgt comel!
"tadi saya kol, tak angkat kenapa?. layan jantan lain ehhh?.."
ni pun ayat yang perempuan tak suka. main tuduhhh aje. padahal si awek dok memerut dalam toilet. cirit birit..
ngeh ngehhh
hehe.macam2..
apa yang penting,sama-sama tolak ansur dan memahami pasangan masing-masing :)
hahahha..
no komen..
WOW yeke? :)
wow! stuju ngan enry nih..huhu..pling stuju tang ayt "Abang tak suka la baju yang sayang pakai ni..." haha!! sbb pnah terjadi..lol..
sgt bez bile kena kritik!
*dalam hati? uhuk~
huhuhu sangat betul.. setuju!
wauuuu...best2...salon..shopping...amboi2...suka2....hehehhe
thanks apih
moralnya di situ, jgn ckp ikut sedap mulut..:)
eya xpena kena..sori kwn2 hehe pakwe kita pndai jga hati kta kikiki
setakat ni semua tu tak terjadi lagi di antara kami cume die just komplen bab gaya jalan saya je...kate nye mcm LELAKI
huhu....
stuju sgt3...prmpuan plg ble ad mslh..ske mgadu 2 lelaki..bkn bmksd nk mgada2..p juz nk mluahkan prasaan..n perhatian..hee...n 150% stuju,,prmpuan ske sgt mguji lelaki dgn soalan y kdg2 merimaskn lelaki...so..lelaki2 dluat sner..bersabarlah dgn kami..huu:)
sanggup trima kritikan law..
laki ckap dy pkai ni xok..2 xok..
at least kite leh berubah kpd yg lbih baik..
urmmm,tp taman bunga x selalu berbunga~~
dalam aty laky ade taman bunge yang da kering bungenya kott .. haha ..
like ur entry .. ;)
alaaa..perempuan skang kn sensitif :P
jagalah hati kaum hawa :P
stuju2..:)
hahaha..ego tu yg kasar tp berbunga
hehee.. suka baca ni, mmg betul la awak,,
tau xpew hu3...lg2 plak klu hty mmg jens snsitive....bkn nk pujuk kne mara ade lorh
hahah...pompuan mmg berhati sensitif ckt..biasa la tu..
si laki pulak jgn terlalu jujur sangat. jujur biar bertempat..
peace yaw! (^_~)
niway, i follow u !
kahkah! xde yg sempurna- kalau cinta dan sayang..terimalah seadanya :)
ye dok laki ckp cmtu.. aku dok la bodo nok ckp cmtu kat awek aku.. pegh kalu ckp seribu taun merajok.. memang ngan aku2 la sedih seribu taun..
Post a Comment