My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

17 October 2011

kawan lelaki yang perempuan patut ada





Biasanya perempuan berpendapat bila mereka ada teman lelaki, maka teman lelaki mereka itu dapat memenuhi setiap inci keperluan yang mereka perlukan. Tak semestinya. Ada masanya mempunyai beberapa kawan lelaki lain boleh memberi satu kelebihan buat perempuan.


Perempuan mahukan kawan perempuan yang mampu dicari bila berlaku apa-apa situasi, jadi tidak jauh bezanya dengan kawan lelaki. Untuk hidup yang lebih ceria dan tersusun, pastikan anda mempunyai kawan lelaki seperti di bawah.





Lelaki memperbetulkan kerosakan


Ada perempuan yang pandai tukar tayar kereta, tukar kepala paip, tukar mentol dan sebagainya, tapi tak semua. Jadi perempuan memang sangat perlukan kawan lelaki yang pandai baiki-membaiki ni. Tak perlu risau, dia tak perlukan upah daripada anda. Cukup sekadar belanja dia
makan.

"Semalam tayar aku pancit. Mujur Armia datang. Dia kan selalu tidur lewat..."


Lelaki 'Gila-Gila Remaja'

Anda kenal lelaki yang ceria sepanjang masa? Lelaki yang kelihatan 'gila-gila' seolah-olah tiada masalah dalam hidupnya? Cepat berkawan dengan dia! Bila anda rasa anda dalam mood tak stabil, dan anda mahukan seseorang untuk menghilangkan stress, dia adalah orang yang anda perlukan. Bukan saja dia tahu tempat mana perlu dia bawa anda, malah dia akan menjadi sumber tenaga kepada anda.


"Nasrul bawa aku lepak tempat baru. Manalah dia jumpa tempat cantik tu..."


Lelaki pandai mengayat

Lelaki dan ego tak dapat dipisahkan. Tapi perempuan mana tak suka bila lelaki memberitahu dia sangat cantik pada satu-satu ketika, bila lelaki membelikannya makanan atau secara tidak sengaja membuat anda rasa seperti dia mahu mengorat anda? Anda berdua tahu anda berdua cuma kawan
tapi perasaan bila lelaki memuji anda tetap anda suka, bukan?

"Aku suka cara Aminuddin layan aku. Tapi aku tetap sayang kekasih aku..."


Lelaki lembut


Kalau ikutkan, setiap perempuan perlukan kawan lelaki seperti ini. Kelebihannya ialah dia boleh bergelumang dengan setiap aksesori wanita tanpa sebarang drama seperti beberapa wanita lain. Dia boleh ikut anda shopping berjam-jam lamanya dan dia boleh masuk ke dalam kedai pakaian dalam wanita tanpa rasa segan, satu benda yang tak ramai teman lelaki boleh buat. Dan lelaki lembut juga pakar fesyen dari rambut sampai ke kaki.


"High heels baru ni Syazni yang tolong pilih. Dia cakap seksi di mata lelaki..."


Lelaki Abang Besar


Kadang-kadang ada bagusnya bila ada kawan berbadan sasa yang kuat dan mampu buat orang lain takut. Malah perempuan juga rasa selamat bersama orang badan besar macam ni. Sebagai bonus, kalau ada lelaki yang hancurkan hati perempuan, tidak mustahil Abang Besar ini akan 'hancurkan'
lelaki tersebut.

"Hazwan kena pukul! Arif pukul dia sebab dia buat classmate Arif menangis..."


ps : Kita ada kawan yang buat kita selesa cukup dengan berkawan sahaja ;)




19 comments:

Nazrey Dylandy said...

tp sekarang ni most of girls ramai akan salah anggap pd setiap perbuatan baik yg kawan lelaki mereka lakukan to them ..
example like me ,selalu sgt buat baik dgn sorg best friend prmpuan ..tlg dia sana sini ,tupp2 dpt cerita yg dia da jatuh hati lakk ..adoiii
tanak laa jatuh2 hati nihh ,lg selesa if brkawan je .. huuu

azza hana said...

sangat2 betol..azza pun ada kawan macam yang kamu senaraikan tu..memang best!rasa takkan mati lagi la kalau ada apa2 masalah.. =)

ainna baijan said...

yang penting kawan!

Munirah said...

nice.kawan tetap kawan.thats the rule right? :D

Nurrul Hazieqah said...

tak kisah.. kawan saja semua :)

Miss Butterfly said...

kawan camtu best. tapi tak best bile dye dah ade awek, terbatas semua apa yang kite pernah wat ngan dye. hiks!

. said...

baek ade kwn mcm nih..hepy jer.. kwan tak lari. bf? blom tntu lg.. suke sgt kawan ramai2..mcm2 ragam. :)

sarah honey said...

tapi tak semua lelaki suke gf dia berkawan rapat dengan lelaki lain kan. sama jugak perempuan. takleh time bila bf dia ada bestfren perempuan. mungkin la tak semua but mostly macam tu la.

nak senang,berkawan je dengan semua orang. orang nak anggap lebih,tu bukan salah kita, huuu

Murnie said...

nak kawan mcam no 2 ngan 5 tu .. haha

rhm slzr said...

Syukur, saya ada smua jenis kwn macam di atas. :)

Rosalia said...

bgs jgk ada kwn laki ni. sy ada:D bests kwn dgn dorg. even ada yg terjth hati tp kwn its better

PCL said...

salam singgah, sekadar berkawan baik dan bersahabat itu sememangnya bagus..tetap terus menjaga batas2 hukum syarak itu adalah yg terbaik bg bkn mahram...semoga niat kita tidak menghalalkan cara.

misyamissyou said...

hurm..1 je masalah, perempuan slalu jatuh hati..tp mmg, selesa kawan ngan laki berbanding perempuan..

Hafiz Hafizol said...

saya lelaki gila gila .. hahahahaa

Cik Tetra said...

tuh la..jd perempuan kena jd heartless sikit..jgn lembut sgt..then nti cpt jatuh cinta kat org..last2 kecewa..suke bestfriends dgn bdk laki sb dorg pandai buat lwk.. :D

athirah salleh said...

hum, mane nak cari kwan lelaki camtu? nanti org pikir lain.

Tropical Ice Cream said...

dah ada sorg kawan centu .tapi awek dia pulak marah kehkeh

Wahanawangsa said...

armia?!siapakah beliau?jeng3

antynid said...

best ade kwn 'abg besar'.. rase mcm ala2 bodyguard gitu... hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...