Tweet
Follow @afifelnino
Hati Nadirah terharu bila terbaca mesej yang dihantar Dalila tadi. Berkali-kali dia membacanya kerana tidak percaya.
"Aku balik lewat sikit. Nak singgah beli tudung. Aku nak berubah..."
Dalila berdiri di depan cermin di depan kedai tudung di dalam pusat membeli belah itu. Dia mencuba dua tiga helai tudung dan pashmina yang menarik di matanya. Sesekali dia bergerak ke kiri dan kanan bagi memastikan tudung itu benar-benar sesuai dengan mukanya yang bujur itu.
Penjual di kedai kecil itu penuh sabar menunggu jawapan Dalila sama ada mahu membelinya atau tidak. Senyuman yang terukir tidak pernah hilang di bibir gadis bertudung biru itu.
"Akak ambil yang ni lah dik. Tiga helai ye..."
Tudung berfabrik terang berwarna kelabu, tudung hitam yang dihiasi manik dan tudung merah yang kelihatan moden itu dilipat dan dimasukkan ke dalam plastik merah yang tertulis nama kedai tudung tersebut. Baki wang sebanyak RM2.00 turut dikembalikan. Dalila meninggalkan kedai tersebut dan terus pergi ke kedai sebelah.
"Esok aku nak bertudung. Fesyen terbaru aku..."
Dalila bertekad mahu berubah. Bukan berubah kerana tuntutan agama, tapi berubah untuk kelihatan lebih menarik di mata orang lain. Dia tahu niatnya salah tapi dia tak peduli kerana baginya semua perasaan negatif itu akan ditutup dengan tudung di kepalanya nanti.
ps : Bertudung untuk menutup aurat dalam diri, bukan untuk fesyen terkini ;)
19 comments:
betol tu.. ramai yg bertudung sbb fesyen. kn skunk byk gaya gaya yg menarik . . tp semoga allah buka kan pintu hati mereka utk berubah bertudung kerana-ALLah
realiti dunia sekarang. ==.
tidak semua yg bertudung itu baik. TETAPI yang tidak bertudung TERNYATA telah melanggar perintah Allah. :) Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah.
semoga aku tak TERniat macam dalila...
hurm..me dari darjah 3 dah lekat tudung..n sekarang still bertudung, cuma terikut2 jugaklah fesyen2 semase kan..huhu
bagi saya, saya tak kisah kut orang tu bertudung atas niat apa. asalkan dia tutup aurat. niat tu biarlah antara dia dengan Allah je :)
bertudung la krn tuntutan agama.. :)
tak semua yg bertudung adalah baik. tapi yg baik itu pasti bertudung..kan? =)
betul tu..
nak tekan like byk kali xboleh pulak :D
HAMBA ALLAH
Alhamdulillah pada yang MENUTUP AURAT dan terlebih dahulu menyedari kepentingan sebagai umatNYA. Berbanding yg lambat menyedari, diharap diberikan hidayah untuk terus ke JalaNYA.
Ohh lupa, menutup aurat adalah suruhanNya. MENUTUP AURAT ya kawan2. Bukan menutup RAMBUT. Jgn terlalu menghitung salah silap orang lain. Atau menilai org. Jgn yg bertudung terus yakin dgn perbuatan itu lalu menghukum yg lain(free hair) Pastikan dahulu aurat anda sejauh mana baru menilai yg lain. Takot silap2 sama shj anda dan mereka, malah lagi teruk kerana mempermainkan agama sendiri(pakai tudung ikot fesyen merepek)Serupa anda buka saja.
Ingatlah Menutup Aurat yang diwajibkan. BUKAN menutup rambut. BUKAN tshirt lengan pendek/ketat(inner adlh slh!-menampakkan shape walaupun lengan anda), apatah lagi yang ketat dan senteng? BUKAN tudung pendek(haruslah pjg hingga menutupi dada), BUKAN legging.
Anda pasti anda sudah melebihi tahap menutupi aurat seperti diatas? Jika ia, alhamdulillah. Jika belum, berpada-pada menghukum yang lain. Bertindak utk diri sendiri adalah lebih baik dari menilai org lain.
kita jangan hanya memandang luaran sahaja...wlpn dalaman juga penting. Memang betul tetapi kita harus sedar bahawa sekurang-kurangnya mereka telah mempunyai kesedaran dengan mengikut arahan dari ALLAH s.w.t dengan menutup aurat dengan sempurna dan INSYALLAH semoga mereka juga malu untuk melakukan sesuatu yang menimbulkan benci ALLAH kepada mereka.
tulahh ramai yang memakai tudung sebab fesyen.
:))
tapi terpulang laa pada hak individu menilainya <3
nase baek still ngan tudung bawal.. hahaha tak minat sangat sume tuuu.. huhuh~
Assalam, memeh lah bertudung tu cantik dan molek... tapi kan bagus kalau niat hati itu ikhlas kerna Allah... tapi inilah yng t'jadi masa skang kan... memakai tdung kerna nak ikut trend dan bukannya kerna tuntutan agama... aQ bukannya baik sangat nak nasihatkan orang tapi ini sekadar pandangan ku saja... harap korang tak marah erkkk...huhuhuhu..Wassalam...
itula manusia zaman sekarang ni....bertudung untuk fesyen bukan nya bertudung untuk berubah....susahlah nak cakap dengan orang yang macam nie...
nawaitu itu penting yedak?
apih!!!! betul! :)
Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ?? > yang pasti, tak tutup aurat, CONFIRM masuk neraka.. :)
saya benci org gunakan kata2 ' bertudung tidak semestinya baik ' kerana apa ? kerana kita sendiri mampu memikirkannya ..
Allah melihat hati dan juga amalmu .. org baik tidak akan mengaku dia baik , orang yg mengatakan hatinya baik sudah tentu perubahan luarannya sgt baik ..
Post a Comment