My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

01 October 2011

mencintai aku dengan seadanya




Gadis itu duduk bersilang kaki menampakkan betapa montok pahanya yang bersalut legging kelabu yang sangat ketat. Dia melihat sekeliling. Kemudian dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip sesuatu.


Seorang lelaki yang duduk bertentangan dengan gadis tersebut memerhatikan gadis itu dari kepala hingga kaki. Beberapa kali mata mereka bertembung. Lelaki itu melemparkan senyuman dan dibalas mesra oleh gadis itu. Walaupun ramai orang yang lalu lalang, itu tidak dapat menghalangnya dari terus menatap gadis di hadapannya.





Legging ketat yang membalut bahagian bawah tubuh gadis tersebut cukup untuk membuat lelaki normal geram. Baju berleher luas berwarna hitam itu amat ketat dan menyerlahkan setiap lekuk di badan perempuan. Sesekali bila gadis itu bergerak, pasti kelihatan lurah di dadanya yang jarang dapat dilihat di tubuh gadis Melayu. Rambut separas bahunya yang lurus kelihatan sepadan dengan muka dan tubuh gadis itu. Begitu indah 'sarapan' lelaki itu pada hari tersebut.


Tiba-tiba datang seseorang berbaju kemeja berpetak merah, segak dengan rambut terpacak yang sedikit diwarnakan blonde duduk di sebelah gadis tadi. Mereka berbual seketika sebelum gadis tadi merebahkan kepalanya di bahu pasangannya. Kelihatan seperti pasangan bercinta yang sangat bahagia. Sesekali tangan pasangannya merayap di pinggang ramping kekasihnya.


Mereka bergegas bangun sebaik hall wayang mereka dibuka. Dengan berpimpin tangan, mereka berjalan tanpa menghiraukan orang di sekeliling.


Punggung bulat bersalut legging itu kelihatan sangat menarik bila berlenggang ke kiri dan kanan mengikut alunan kaki berjalan. Lelaki tadi menelan air liur. Tak tengok, rugi. Tengok, sakit hati. Sakit hati kerana gadis secantik dan seseksi itu bercinta dengan seorang gadis yang mahu menjadi lelaki.


ps : Belajar tidak menilai orang. Pasti ada sebab kenapa mereka jadi begitu ;)




18 comments:

. Nana Chibbi . said...

pasti ada sbb mengapa dia memilih 'lelaki' itu .

Izyan Yan Cinnamon said...

btl2 mungkin dy ada sebab dy pilih laki 2..

ZichiEqaa said...

mungkin dia lemas dalam kasih dan sayang "lelaki itu "

ciNdhaDahniEa said...

erk? semua yang terjadi pasti ada sebab.. hmmm

ciNdhaDahniEa said...

erk? semua yang terjadi pasti ada sebab.. hmmm

ayil massambaaa said...

kdg2 kita rasa menyampah kan bile tengok org2 sonsong nih, haha.. tk tegur kite maybe disalakan suatu hari, nak tegur tkut nanti akan jadi kes lain. serba slaah nak buat sesuatu kan? hmmm... susahnya manusia.. ptutlah.. manusia banyak godaanya. apapun, kita doakan mereka menyedari perbuatan itu salah and berdoa mereka bersama2 berunbah

Hakim. said...

perghhh,ending bagi aku superb...serius

Ku Azhar said...

hmm.......nie la sbbnye satu wayang tnggung dosa bla xtgur..huhu

Tropical Ice Cream said...

buta hati mungkin ?ah aku pun ada sepupu macam tu jugak dan dia cantik .

Yana Sakura said...

hurmm...ape pn xbley la cm 2...
dosa2..ish3..

Luqman Zakaria said...

fuh! endingnya buatkan aku berfikir..haha. nice one.

visit mine too if ade mse k...

arepnakbebel :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

mybe dia dah serik / trauma dgn lelaki..maknya dia memilih lleaki palsu itu..hurmmm..apa pun alasan dia perbuat tue ttp terlarang & berdosa cinta kaum sejenis...

Anonymous said...

ya, mmg ada reason. tapi niat atau apapeun sebabnya tidak mhalalkan cara. Islam is the best way to find peaceful. Tanda akhir zaman yg semakin obvious. Nampak takde sape yg kesah pun kan. Wallahulam.

msredcheesecake said...

siapa paling terel mengayat perempuan? selalunya perempuan...

Miss Butterfly said...

errr.. "lelaki" ke??? =___=''

Aniem Afiqah said...

apih!!! entry nie bestt..ri tu like je..bce2..fuh!!! jantan upanye..hahaha

- said...

nice entry !
betul , mesti ade sebab :D
doakan yg tebraik buat mereka ^^

FarHANa aZwA said...

bestnyer entry awk...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...