Tweet
Follow @afifelnino
Ada merak melalak kuat
Berteriak tunjuk hebat
Menjaja cerita dibuat-buat
Ke sana sini tanpa penat
Ada merak di atas takhta
Dalam istana ciptaan manusia
Bercerita unggul kecantikannya
Burung lain menadah telinga
Ada merak bangga diri
Kononnya dia hebat sekali
Kononnya dia cantik sekali
Sayang merak dalam penjara besi
Ada merak tak dapat terbang
Kerana merak di dalam sarang
Cuma mampu bersuara sumbang
Belum berlawan berlagak menang
Ada merak di dalam sangkar
Cemburu lihat gagak di luar
Merak malang dihalang pagar
Gagak bebas berkejar-kejar
Ada merak tidak puas hati
Mencabar gagak di langit tinggi
Supaya tak malu bila kalah nanti
Ayuh merak, kita lawan di bumi
ps : 'Anjing' yang hebat di alam maya tak bermakna jaguh di alam nyata ;)
9 comments:
aku bukan baca. tapi aku menyanyi. sebab tajuk lagu tu dari lirik lagu 'aku maafkan kamu'. hehehe.
peace yawwwww..ahakssss ;)
wahhh ^^ haha
harap2 kita tak menjadi merak, yang sombong dan bongkak, hakikatnya tuli dan pekak.
@Bella Bell Kau nyanyi tajuk je la. Hehe.
@Deqt Zainal Abidin Peace Peace Kacang Peace :)
@CekbOlat-bOlat Waaaa!
@cikpia Lebih baik menjadi gagak, walaupun dibenci tapi bebas terbang ke sana sini.
setuju ^^
Post a Comment