My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

01 December 2011

dia cuma tunjuk boleh pikat semua wanita





Dah lama tak pergi Cyber Cafe rasanya. Tapi kerana cuti semester sudah bermula, maka setiap operasi print akan dilakukan di cyber cafe yang ada.





Satu komputer diberikan untuk tempoh setengah jam pertama. Tidak ramai orang mungkin masih awal agaknya. Facebook dibuka. Tapi terus tertera 'Home' Facebook seorang jejaka idaman Malaya. Ini kes lupa sign out hati berkata.


Home dicerobohi, Wall diperhati dan Inbox dinodai. Banyak mesej daripada wanita berbanding lelaki. Hebat lelaki ini, hati berkata sekali lagi. Yang itu panggil sayang, yang ini baby.


Manis sekali mulutnya berkata-kata. Kalau semut pandai menilai pasti semut tidak cari gula. Kagum dengan sikap murah hatinya memberi sayang, rindu dan cinta kepada beberapa wanita dalam satu masa. Kalau lelaki ini ada teman wanita, pasti dia hampa. Wanita mana tak kecewa arjunanya buaya?


Permainan kita berbeza walaupun sasaran kita sama. Menakluk hati wanita bukan perkara senang sebenarnya. Sayang, cinta bukan boleh diberi sewenang-wenangnya. Tapi strategi kita berbeza. Dia memberi kepada sesiapa sahaja. Mungkin dia lupa lelaki ada ego yang perlu dijaga.


ps : Lelaki dengan dua hati mampu membuat cinta yang satu dibahagi-bahagi ;)




20 comments:

Mra Mastura said...

huhuk.

TNFarhan said...

:)

ainna baijan said...

terbaek!

gadis oren said...

tu bkn lelaki tapi buaya, ops ;p

Myra Abdullah said...

hish-hish..ramai betul yg syg.hihii

. said...

uhuk! lelaki.mmg.cam.2.

y-A-n-A said...

Hai. Aku baru kenal blog kau. Aku dapat link dari page di fb. Aku baca entri terkini sehingga yang sebelumnya. Blog kau bagus, entri kau hebat. Good job. Aku suka blog kau :)

s u a r a h e a R t y said...

lesson of the day : make sure logout . :)

cikpia said...

arjuna buaya banyak muslihatnya. so para gadis sila berjaga2. kalau suatu hari tembelangnya terbuka, tinggal saja tak payah nak bagi muka.

Ieqa Swetluv said...

"....Sayang, cinta bukan boleh diberi sewenang-wenangnya. Tapi strategi kita berbeza. Dia memberi kepada sesiapa sahaja. Mungkin dia lupa lelaki ada ego yang perlu dijaga..."

agree with this entry.. bagusnye kalo semua lelaki berfikiran cam awk =)

Apih El Nino said...

@Mra Mastura Huhuk :)

Apih El Nino said...

@Cik Tasya merapu :)

Apih El Nino said...

@ainna baijan Thanks :)

Apih El Nino said...

@gadis oren Buaya lelaki namanya. Haha.

Apih El Nino said...

@myra abdullah Untung la ada orang sayang :)

Apih El Nino said...

@mielajasmin Amboi sedapnya. Tak semua la.

Apih El Nino said...

@y-A-n-A Thanks :)

Apih El Nino said...

@s u a r a h e a R t y Yeah! :)

Apih El Nino said...

@cikpia Arjuna ini ada dan dia masih single. Haha.

Apih El Nino said...

@Ieqa Swetluv Hehe. Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...