Tweet
Follow @afifelnino
Ini kisah benar bukan rekaan. Ini satu cerita yang pada awalnya mahu dirahsiakan tapi orang terdekat kata ia harus dikongsikan. Ini cerita yang sudah berlalu dua bulan.
Dia perempuan. Pada awalnya cuma sekadar kawan. Dia baru putus cinta dengan seorang lelaki dari Kelantan. Terlanjur bercerita tentang hubungan jadi dia muntahkan semua yang tersimpan. Dan sebelum berakhir dia kata dia mahu lelaki baik dan mampu menerimanya yang serba kekurangan.
Dia bukanlah kurang sangat kalau dikira. Ada rupa ada harta ada segalanya. Cuma kerap kali tumbang dalam arena cinta. Dia sayang lelaki itu sepenuh jiwa yang menyebabkan hatinya hancur berkecai bila kecewa.
Kami semakin rapat dan mesra. Sehingga tersebar gosip tentang kami berdua. Sampai satu hari ada orang bertanya hubungan kami sebenarnya. Dan dia kata kami cuma kawan biasa. Di saat kunci hati ini seakan terbuka, dia hilangkannya semula.
Selang seminggu dia jatuh cinta dengan seorang lelaki. Lelaki yang berjaya membuka hatinya kembali. Dia tunjukkan gambar dan dia kata dia sayangkan lelaki itu sepenuh hati. Biarlah asal dia bahagia walaupun dia terlupa menjaga satu hati.
Sebulan berlalu tanpa dia. Akhirnya ada satu mesej diterima. Pengirimnya dia. Dia kata hati dia terluka. Sekali lagi dia putus cinta. Sebab lelaki yang dia dia sayang itu seperti mahu main-main saja. Dia kecewa. Aku tak tahu nak buat apa.
Kami berbual di telefon seketika selepas sekian lama. Masih terdengar esakan dari hidungnya. Dan dia kata dia rindu kami seperti dulu kala. Berkongsi cerita dan suka duka. Tapi sekarang dia sukar menerima lelaki kerana semua lelaki sama katanya.
Aku cuma mampu memperbetulkan silapnya. Dia mahukan lelaki baik dan bila dia jumpa, baginya itu kawan sahaja. Kemudian dia bercinta dengan lelaki buaya yang akhirnya membuat cintanya sia-sia. Sampai satu tahap dia kata semua lelaki sama. Jadi sekarang salah siapa?
Hati ini penat menjaga hati orang yang tidak langsung menjaganya. Sebenarnya aku juga rindukan dia. Tapi bukan bermakna aku mahukan dia semula.
ps : Do not stereotype guys. They're definitely not all the same ;)
10 comments:
Erm aku pon setuju
die tak jage ati die
kite nk cakp pe lg
layankan je weh
:) kadang2 , apa yg dia mahu adalah seseorang yang mampu buktikan , tidak semua lelaki itu sama .
sekali kita permainkan hati orang..sepuluh kali orang akan permainkan hati kita..saya pun pernah lalui segalanya..tunggu dan lihat jer..masa akan tentukan segalanya..mungkin ada orang lain yang lebih baik untuk kita..Tuhan dah aturkan yang terbaik untuk hambaNya.. :)
kadang kala kita tak kn dapat ape yg kita nak...tpi apa yg kita perlukn....
pernah merasa apa yang d nyatakan. walau penat mcm mn pun mnjaga hati org, trpksa d truskn kerna x suma mnusia brsikap sma..
Kau ckplah dgn die, dia kena belajar utk sygkan diri dia sebelum dia sayang orang lain. Apa gunanya dia sayang giler2 kat orang lain tp die sendiri yang terluka? Hati dia yang tak dijaga dulu?
Dan kauu ~ aku tahu kau mesti suka dekat dia kan? tak pun maybe kau dah mula ada rasa selesa bila dengan dia. Cool mann ~ Jadi kawan die dulu, rilex duluuu. Lepas tu kau tgklah die mcamana, luangkan masa dgn die. Dan slow slow, kau cubalah yer :)
Aku bukannya reti sgt bab2 nasihat orang ni tapi aku just tlg apa yang aku rasa aku boleh tlg :)
terasa sayu baca entry ni ..
:(
men do not understand how easily we are girls manipulated by supportive words and chocolate~
kawan aku pernah cakap kat aku.
"kau dah dapat lelaki yang baik, yang nak kat kau, tapi kau tinggalkan dia. dan kau masih mengejar jantan yang selalu buat kau sakit hati.."
situasi kami mungkin sama. tapi yang berbeza, aku tak samakan semua lelaki. :)
Post a Comment