Kunkun!!
Ini entry jiwang. Kalau anda hati batu, simen, konkrit, jangan baca.
Semalam aku buka handphone lama aku. Memang aku dah tak guna handphone tu sebab battery tak tahan lama. Pastu sambil charge battery tu, aku buka la balik inbox. Ada 3291 mesej. Semua daripada awek aku masa tu.
Nokia Communicator | Handphone samaran
Aku baca balik dari bawah ke atas. Dari yang paling awal sampai akhir. Mesej dia tanya siapa aku, mesej dia bagitau dia tak suka cakap dengan orang dia tak kenal, mesej dia perkenalkan diri dia, mesej aku mengayat dia, mesej dia cerita masalah, mesej aku ajak dia couple, mesej masa tengah couple, mesej dia merajuk, mesej dia nak exam sampailah mesej dia mintak putus.
Hati ini, walaupun keras, agak menusuk jugak bila baca semula mesej tu satu per satu. Hati rasa berbunga sekejap sampailah sedar yang aku dan dia dah takde apa-apa sekarang.
Macam dalam drama Melayu, tiba-tiba suara kawan aku macam terngiang-ngiang di telinga. Macam ada orang tekan button Replay yang memainkan semula kata-kata kawan aku yang suruh aku delete semua mesej dan buang semua kenangan aku dengan ex-girlfriend aku tu. Kawan aku cakap aku je yang masih mengharap dan simpan semua tu sedangkan ex-girlfriend aku tu dah buang semuanya. Confident je kawan aku tu.
Tipu la kalau cakap aku tak mengharap. Bukan senang aku nak suka perempuan sampai macam ni sekali sebab aku jenis susah nak jatuh cinta. Adat bila kita mengharapkan sesuatu, kita kena kuat semangat. Sebab tu aku masih simpan semua benda-benda tu. Kononnya nak dia perasan sampai macam tu cinta aku. Akhirnya bila aku tengok balik barang-barang tu, aku yang sedih sorang-sorang.
Waiting For You | But you will never come
Entahlah kenapa setiap mesej tu buat aku terbayang kemanisan waktu itu. Mungkin sebab masa tu aku dan dia tak terfikir akan putus. Tapi aku nekad.
Dengan secebis kekuatan yang ada, aku mark all semua mesej tu dan delete. Serius lama giler masa yang diperlukan untuk delete semua mesej tu. Aku siap boleh tengok 5 episod drama Buzzer Beat sampailah semua mesej tu dipadam. Lepas tu aku macam emo sikit. Rasa sedih semacam je sebab dah kehilangan sesuatu yang indah. Tapi aku perlu terima kenyataan aku tak boleh selamanya hidup dalam kenangan.
Lega sikit hati aku bila dah takde lagi mesej dari dia. Mungkin hati ini akan lebih lega kalau gambar-gambar dia dan voice recorder dia dalam Gallery tu turut dipadamkan. Tapi aku tak nak delete lagi. Salah satu sebabnya, semua gambar dia dalam tu, dia pakai gelang yang aku beri. Kawan aku sendiri pernah cakap, senyuman aku dalam gambar tu ialah senyuman yang dia tak dapat tengok lagi sekarang.
"Kenapalah dia bukan lagi awek aku? Aku tahu aku bukan teruk sangat!!" "Kalau dia bukan untuk aku, kenapalah hati ini terbuka untuk dia?" Macam-macam persoalan aku fikirkan bila aku emo semalam. Sebab tu aku tak suka jiwang-jiwang ni.
Aku tahu mungkin akan ada orang cakap, benda dah lepas buat apa disimpan dan dikenang. Betul tapi bagi aku, benda yang lepas itulah yang membuatkan kita jadi seperti hari ini.
Bukan senang nak lupakan orang yang kita sayang. Bukan senang aku nak lupakan orang yang pernah cakap "I Love You sayang. You are my life..." Seriously, it's not very easy to forget someone like you.
The More I Try To Erase You | It makes me love you more
Aku tak suka bila aku kecewa. Siapa-siapa pun tak suka bila dia kecewa kan?
Sebenarnya aku nak tanya je apa perasaan korang bila baca balik mesej atau emel orang yang pernah korang sayang. Okay dah. Malas aku nak tulis panjang-panjang benda jiwang macam ni. Orang meluat kot. Mizie Mijie pun tak suka. Takde siapa pun nak tahu kisah cinta kau tu Apih.
Ada sambungan ke tak? Nak sambungan ke tak?
Kunkun!!
28 comments:
Allah lebih tahu segala yang terbaik buat kita.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Jangan sedih2. Moga Allah menghadirkan seorang insan yang lebih baik darinya untuk kamu. InsyaAllah.
~senyum (^_^)~
Saya pun benci bila kecewa kerana ia menyakitkant
sy pun tgh kcewa...n arap kcewa ni xbrpnjangan... :(
btw...ad smbngn pn bez jgk... ^^
wa..nak sambungan! besh2..papepon saba na..:) memang patut delete..hukhuk
nakkkkk!!
sila buat sambungan.
sonok lak skali skale bc luahan hati seorg lelaki ;)
berlinang air mata, sebab apa kita rasa sama. kenapa dipertemukan kalau akhirnya kena berpisah kan?
sekarang ni bila nampak apa-apa pasal dia dengan awek baru dia, rasa sedih sangat.
tapi kes aku, mesej-mesej lama semua ada dekat handset lama, and handset lama tu ada dekat dia sebab aku bagi dia pinjam, and dia yang delete semua mesej tu. sampai sekarang handset tu ada dekat dia. aku tak nak dia pulang sebab nanti aku buang je handset tu.
susah kan nak lupa orang yang pernah cakap kita ni cinta terakhir dia. and sedih sangat bila dia jumpa cinta baru.
eh panjangnya aku tulis. ni blog kau ke aku? hahaha!
aahhh i'm not sorry but i dun mean to hurt anybody. maybe we aren't meant to be together. i know maybe sounds cheap.
but seriusly,tipulah kalau cakap aku tak sayang.. masaelahnya kita bukan tercipta untuk satu sama lain. ditakdirkan bertemu dan mnghadam pengalam bersama, it's the best damn things that ever happened to me too.
i only want you to embrace us as one of your nicest moments in life koz i did that but plis stop missing me. you'll find your 'hawa' soon, Adam.
bukan senang nak jumpe si dia yang tercipta untuk kita. kita akan jumpa macam2 orang dulu baru dia. dan macam-macam orang itu salah satunya adalah kamu.
i am on my way to move on.
macam ni lah lebih kurang aku nak cakap kat ex-boyfriend aku.hoho :(
wuuuuu....cedey memang ar cedey law pts tapi annn....watpe nak ingat law kita yang sakit...susah nak lupa...tapi biaqla kita teruskan dengan apa yang kita ada..melihat ke depan 2 lbh bek...sebab ada lagi yang terbaik dari yang baikk...caiyok2!!
bunga bukan sekuntum ...mesti ada gadis terbaek akan muncul dalam hidup awak...
best jugak baca isi hati laki dlm bab2 nie ye..hehe..continue plis..btw, chill bro..fina pown macam kamu..hati dah malas maen ngan cinta nie..life must go on rite? =)
sama la macam saya.. tengah kecewa dan sedang merawat luka dihati..
masih berharap untuk diterima kembali tapi pada masa yang sama harap ditabahkan hati agar kekecewaan ni tak berpanjangan..
mu try guling 2 kli..mesti ilng kcewa mu..
smbung lah lagi..aku suka bace bnde yg mu tulis...
for sure nk smbgn :)
tp kn, ade hikmah semua tu! mgkn nk dpt yg lg baek! sape tahu kn?
i know how u feel... mmg payah nak lupakan seseorng.. lebih2 lg org tu org yg kt syg sgt2.. so byk2 lah bersabar..
wahhhhh........apih,saba eh....
memang susah nak lupakan seseorang bila da sayang sangat kat dia, nyway, apih sabar jew oke...
senyum la macam insan biasa ;)
jgn la sedih2..
hurm kalau sy pun..mesti la sentap kejap kalau EX bg email tiba2
@pandang ke depan apih, mungkin ada yang lebih baik untuk apih...
wahhhh emmm.. teringat masa lalu.. emm
adakah si dia itu sy kenal?
huhuhu
kalu ada jodoh adalah tu...
dont worry!..
sm kisah ngan sy!
dia kata sy yg terbaik n xkan ada pganti sy
still he let me go!
grrrrrrrrr!!!
xfhm a napa jd mcm ni
lg xfhm bila dia x bg sy cari lain
see? dah break tp lepas2
grrrrrrrr lg
>.<
your story macam cite peni jew... hurmm... sakit gile rasanye.. tp lebih sakit bila skrg dia dgn kawan peni... 7thun bsama dgn dia.. lastly dia pilih percintaan 3bulan dgn kwn peni.....akur and run away from them...
Apih, just be strong n let go semua2 tue baru apih boleh go on. Nie semua sbhgn dr pengalaman hidup yg akan mematangkan apih.
don't sedih2 k pih....
lpe kn semu tuh....
rawat ati mu tuh....
berikn peluang tuk org laen takluk ati mu tuh..
insyaAllah kebahagiaan pasti akn jdi milik mu.... yeah. chayok2 frenz...
u can do it.... good luck frenz...
sy pun xsuke bila kecewa..rs cam ape je bl tgk blk msg2 lme..rs cam adeii..bodoh nye aku dulu..tp sy ske part yg awk ckp, "org slu ckp bnde da lepas xpyh ingat tp klu bkn sbb bnde2 lepas tu kite xkan jd cam skrg.."
part yg paling sy ske sbb sy slu gune ayt tuh act...n apih..be strong...lelaki mcm awk akan dpt better than this..
ramai lagi awek diluar sane. chill lah. hehe
sama ah bro...aku pown tak de kakuatan bile dier bla camtuh jek dalam idop aku.tp kiter kene ingat.walau ape pown jadi idup mesti diteruskan.walau pedih macam mana pown idop kene kuat.aku ari2 kene tgk dier.ari2 kene ngadap dier.bende tuh lagi pedih.dulu boleh gelak2 sama2 tp skang aku taktaw nk pandang dier ngan perasaan ape.kosong.
aku harap kau kuat bro nk hadapi ni sumer..=)
same lah apih,, semalam aku baru je delete sume nmesej dia dlm inbox aku,, sent item jek aku ta sempat delete ag,, tu sume mcg setahun yang lepas aku kehilanga dia,, msej mse couple da lme aku pdm sebab bg fon tu kat mak aku,, this story remind aku pada cerita aku sendiri,
Post a Comment