My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

31 December 2010

10 kronologi bernafas dalam ego 2010




Kunkun!!


Dah masuk hari terakhir 2010 hari ni. Cepat betul masa berlalu. Bila ingat balik sepanjang 2010 ni, macam-macam hal berlaku. Lebih-lebih lagi dalam dunia blog ni. Ada pahit tapi buat-buat tak pahit, ada manis sampai terpaksa ludah balik, ada pedas sampai berair mata tapi semua tu akan terus diingati. Tapi ada 10 kenangan terindah blog Bernafas Dalam Ego yang akan buat aku ingat sampai hari ni. Jom countdown sempena Tahun Baru 2011!


10 | 100 Followers pada 10 Mei 2010
Aku tak pernah terlintas akan sampai 100 orang follower. Follower ke-100 aku ialah Mahira Oya. Tapi masa tu blog aku hanya untuk suka-suka. Sekarang baru aku ada matlamat dengan blog ni.

9 | Orang panggil dengan nama URL
Masa tengah jalan-jalan dalam shopping complex tu, ada seorang budak perempuan panggil dari belakang "Apih El Nino Bernafas Dalam Ego!" Kuat pulak tu suara dia. Habis semua orang tengok aku. Terus cover macam budak tu adik aku. Rupa-rupanya dia pernah baca blog ni.

8 | Mula bercinta dengan Nuffnang pada 30 Jun 2010
Aku dah kenal Nuffnang sejak aku mula buat blog. Tapi bulan Jun 2010 baru aku register sebab nak try betul ke tidak boleh duit. Tapi percayalah, memang boleh buat duit dengan Nuffnang ni.



7 | Pertama kali cash out Nuffnang pada 28 September 2010
Aku sengaja cash out akhir bulan sebab nak pastikan cek Nuffnang sampai awal bulan 11. Ni salah satu tips dia yang aku dapat daripada orang yang dah kaya dengan Nuffnang.



6 | Ulangtahun pertama Bernafas Dalam Ego pada 30 September 2010
Dah setahun rupanya blog ni. Masih kebudak-budakan macam tuan dia.

5 | Pelancaran Fan Page Bernafas Dalam Ego di Facebook
Sempena ulangtahun pertama, ramai suruh buat Fan Page kat Facebook dengan nama Bernafas Dalam Ego. Tak ramai pun orang likes, tapi Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada.



4 | Tercalon di Blog Pilihan Malaysia 2010 pada bulan November
Ada rakan blogger yang calonkan. Aku tak tahu pun ada pertandingan macam ni. Sampai hari ni aku rasa aku tak layak bertanding dengan blogger lain yang hebat tu. Keputusannya, aku gagal masuk Top 5. Tercalon pun dah buat aku rasa bersyukur sangat.



3 | First entry yang share video Youtube pada 6 Disember 2010
Sebelum ni memang aku tak reti nak share video tu. Asyik kena download lepas tu baru upload dekat blog.

2 | Berjaya update setiap hari sepanjang Disember 2010
Yang ni takde apa pun sebenarnya. Yelah, orang lain update setiap hari sampai berpuluh entry, aku satu je sehari. Tapi memang aku nak buat satu entry sehari. Rasa macam dah jatuh cinta dengan blog sendiri je.

1 | 1000 Followers pada 31 Disember 2010
Memang aku tak jangka semua ni. Tapi syukur Alhamdulillah. Followers 1000 je pun, Irine Nadia Marcelo tu dah 10000 followers. Hanis Zalikha lagi ramai la kan. Feqah aka Open My Eyes ialah followers ke 1000. Terima kasih semua 1000 followers tu sudi follow blog yang biasa-biasa ni.



Aku cuma nak kongsikan apa yang berlaku sepanjang 2010. Yang buruk, aku cuba jadikan baik dan yang baik, aku cuba jadikan lebih baik.
Selamat tinggal 2010.


Kunkun!!





21 comments:

GR said...

mesti banyak kan dapat dari nuffnang ni?? =_=

Mra Mastura said...

wah.. nuff sudah.. ehehe

monica said...

bestnya banyak kenangan manis bersama blogging & nuffnang..teruskan ye.. :)

anum amir said...

w0w!! hebat sungguh! memang la x eg0 pun.hehehe

wannurfazrini said...

wow alhamdullilahhh . 2 thumbs up !

Ms.F said...

wah...semoga blog ini lebih maju dimasa hadapan..wee..

Zeanne said...

wah sejarah blog yg mnarik!:)

Unknown said...

phewwwit.
btw, kenapa bernafas dalam ego ek?
xde ke sejarah nama blog nih. hehe

Anonymous said...

happy new year 2011 to you too.. may the love and prosperity always be with you and your family.. =)

Anonymous said...

wow nice....

Aini Adam said...

ego tak ego,,just go on with the life~~keep it up

Unamn said...

wa .. beshnyam kamu.. sy suda hmpir 5 bulan berblog cuma ade 158 follower je la.. huhu.. ape nk wat isi2 x penting.. tu yg org x follow kot =)

Yellow LEOpard said...

panggil ko dengan name blog tak leh tahan tuh..ahaha

Cik Mimie said...

pergh, ni yg jeles ni..da cashout da..
hehehe...btw, congratulations atas kejyaan anda =)

Unknown said...

wah2 . da seibu lbey da follower blog ny ;)

Anonymous said...

oh woww..bnyaknye kejayaan blog nih..tahniah! :D

Azewas32 said...

ganbatte...kunkun...

syifa BONKERS said...

apih el nino. haha. setiap kali online memang singgah blog kau dulu. haha. jatuh cinta jugak lahh. hiks

as said...

haha. part yang kena panggil dgn nama url blog tu paling best!! hahahaha

rj Etika said...

woah....macam mane dari 100 boleh jadik 1000 dalam masa 7 bulan? Tahniah tahniah! piwitt...kebabom! dush dush dush! :D

iKhRam said...

bgus la
tumpang gembira dengan mr apih..
semoga terus bernafas dalam egomu..
hahaha..
saya akt sini sentiasa menyokong dgn memberi ulasan yang rasional dan berpatutan k?

sama2 sokong k?

yang benar
ikhram

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...