My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

01 January 2011

sambutan tahun 2011 yang bosan





Kunkun!!


Masa mula-mula buat blog dulu, aku selalu anggap blog pengganti diari. Setiap yang berlaku akan dicatat. Tapi rupanya tak. Nasib baik aku tak buat. Tapi hari ni aku nak buat jugak. Sebab bosan sangat.



Tajuk : 10 Jam Menyambut Tahun Baru 2011

03:00 pm : Balik sembahyang Jumaat. Makan nasi kunyit. Makan sikit je sebab kenyang lagi. Sambil tu bukak TV. Bosan je siaran. Tutup TV.

03:20 pm : Start blogwalking. Masuk blog orang lain dan klik Nuffnang kalau ada. Lepas tu download video dekat Youtube. Download video dangdut banyak-banyak. Tengok persembahan Julia Perez. Tapi bosan sebab audio tak berapa okay.

04:40 pm : Tengok Oh Yeah pulak. Gelak sorang-sorang. Cuba gelak kuat-kuat sebab nak hilangkan bosan.

05:15 pm : Berhenti tengok Oh Yeah sebab bosan tunggu loading lama sangat.

05:20 pm : Tukar cadar katil. Bersihkan bilik tidur. Lap TV.

05:45 pm : Online balik. Tengok laman web artis. Tak baca sampai habis. Tengok gambar je. Yang sopan-sopan, skip. Yang seksi, zoom. Tapi bosan jugak.

06:00 pm : Tegur mana-mana awek dekat chat Facebook. Ajak keluar sambut Tahun Baru. Semua reject. Ada yang tak balas walaupun online. Hampa hatiku. Bosan menjadi-jadi.

06:15 pm : Keluar rumah dan bersihkan kereta. Buang pasir-pasir. Lap sikit. Jiran depan rumah tanya "Lap kereta ke?" Aku jawab "Taklah. Jual goreng pisang haa" Dah nampak tanya lagi. Dia pun bosan agaknya sampai main badminton sorang-sorang.

06:40 pm : Pergi dapur. Ada roti Gardenia. Tak banyak pun. Bukak peti sejuk. Pecahkan dua biji telur. Buat French Toast Special versi Apih El Nino. Hilang sikit bosan.

07:15 pm : Bukak TV. Tengok Sportscenter kat ESPN. Bosan. Berita pasal basketball. Tutup TV.

07:20 pm : Edit gambar untuk blog. Tema 2011. Siap. Hilang bosan kejap sebab rasa bangga dapat edit gambar walaupun tak lawa.

07:45 pm : Mandi. Air sejuk jadi makin sejuk sebab musim hujan. Cuba kuatkan semangat untuk mandi jugak supaya hilang rasa bosan.

08:00 pm : Tengok berita TV9. Ada kes lelaki Cina mati dibunuh. Tutup TV. Online balik. Tapi bosan jugak.

08:30 pm : Vacuum karpet dalam rumah. Betulkan kerusi meja. Pasang lagu raya. Kononnya esok cuti raya, bukan tahun baru. Bosan sampai gila jadinya.

08:50 pm : Tok Ayah tanya, "Mu nak mati dah ke yang tiba-tiba rajin sangat ni haa??" Aku jawab aku bosan. Dia suruh keluar pergi countdown 2011. Aku tak nak. Hujan.

09:00 pm : Online semua Social Network yang ada. Facebook, Friendster, MySpace, Tagged, Blog, Formspring, Twitter, YM, Skype. Menarik jugak bila lama tak bukak.

09:35 pm : Bukak balik kotak PLKN dulu. Tengok semula semua kenangan masa kat kem. Sambil tu pasang lagu Ifa Raziah, Panas. Baru download petang tadi.

09:50 pm : Tengok TV9, cerita Takut Bini Sayang Suami. Lawa Putri Mardiana. Tapi watak sedih. Rasa bosan kembali singgah.

10:00 pm : Berdiri depan cermin dalam bilik. Cuba buat style rambut baru. Guna wax yang baru beli dekat Guardian hari tu.

10:30 pm : Bukak TV9 lagi. Ada cerita apa entah, Aziz Desa jadi hos. Tetamu dia Safiq Rahim, kapten Malaysia baru-baru ni.

11.00 pm : Bosan sangat jadi buat blogwalking. Baca blog orang lain. Setiap blog ada best dia. Even just cerita pasal benda biasa, rasa best sebab tak pernah rasa benda tu.

12.00 am : Staqim datang rumah masa bunga api tengah meletup-letup di langit biru. Dia hantar jersi futsal. Orang pertama cakap dengan aku tahun 2011 ialah Staqim.

12.30 am : Tengok TV3 ada rancangan mende entah live dari I-city Shah Alam. Adik Mia Sara pun ada. Comel. Banyak cakap. Nak anak macam tu jugak nanti.

12.40 am : Bila TV3 iklan, cepat-cepat tukar TV1. Ada ulangan final Malaysia lawan Indonesia. Dah boleh agak masa bila nak gol. Kalau betting time ni mesti menang besar.

01:00 am : Tulis entry ni sambil tahan mata mengantuk.


Tahun ni, first time sambut Tahun Baru sorang-sorang, kat rumah. Bosan yang amat bosan. Dua tahun berturut-turut sambut Tahun Baru dengan status single. Azam aku tahun ni macam tahun-tahun lepas, takde azam. Sebab aku rasa tak perlu tahun baru pun nak buat azam-azam ni. Kan?

Selamat Tahun Baru 2011 daripada Apih El Nino :)


Kunkun!!

18 comments:

Shida Radzuan said...

happy new year 2011 =)
saya pon sambut saorang2 tp saya ok :thumbsup:

.::: Princess MOMOY :::. said...

hehe...hepi new year =)
azam tahun lepas pun tak tertunai lagi. huhu...

Saya Blogger TERENGGANU
MY RECENT POST: Jom Kenal KHAIRUL FAHMI CHE MAT Yang Encem

LaLa said...

tbe2 je dah masuk tahun baru.bosan.

Miss Butterfly said...

slmt taun baru...
like tok ayah...hahaxx.. ^_^

Unknown said...

HNY

Cik Mimie said...

happy new year..
hari yg mmbsankn ork...huhu
sabar je la =)

intanfarhana said...

kuat gila memori kau boleh ingat apa yg jadi seharian. HAHA kalau aku tak mampu kot.

ku izzati said...

happy new yeaar..

sarah honey said...

apih apih apih!
slmt thn baru.hehe

wannurfazrini said...

selamat tahun baru .

aku masih dara pd 2011 . alhamdulillah :D

Azewas32 said...

Happy New Year....ak lg ah bosan...smbut new yaer kt klj jer..huhuhu...

Faten Rosli said...

hepi new year..!!!
moga tahun ini lebih bermakna buat kamu.. ^_^

aming said...

bahya pih..kalu ak pom plik tgk mu wat xtvt2 gini..hahaha

Mi Ss KaLeKaLe said...

selamat selamat selamat ! hehe cantik gambar tu . single ek ? nak ngorat la cmnih ! haha

Admin said...

selamat tahun baru

moh kesini

anugerah KING OF BLOGGER 2010

Anonymous said...

hoho! amat bosan tu..

as said...

sori for late comment! wah ! header baru sih !! cantik SIII OOOT. haha . ini betul2 diari nih . haha bosan je online , bosan je online , online je bosannn. bialah singgle. kahwin je terus . lagi BEST ! *blink2!

FantasyButterfly said...

08:30 pm : Vacuum karpet dalam rumah. Betulkan kerusi meja. Pasang lagu raya. Kononnya esok cuti raya, bukan tahun baru. Bosan sampai gila jadinya.


suke yg ini..haha...bosan sampai gila jadinya..kesian betul...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...