My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

10 January 2011

corat coret AJL25 dari rumah



Kunkun!!



Giler best dapat tengok final AJL dekat rumah!! Mesti korang baca dengan mood tak excited kan? Lainlah kalau aku cakap aku ada kat Stadium Bukit Jalil. Hahaha...


Wajah juara sebelum tahu dia juara


Maka berakhirlah sudah teka-teki siapa pemenang AJL 25. Daripada 5 tekaan aku semalam, satu je betul melalui kategori Persembahan Terbaik.
Aku belum blogwalking tapi kalau aku blogwalking hari ni mesti akan tersesat kat blog-blog yang mana tuan punya blog tu bercerita pasal dia pergi tengok live dan sebagainya. Aku pun nak cerita betapa bestnya aku tengok dekat rumah.

Apa yang best sangat tengok AJL dekat rumah depan TV ni?
  • Semasa Francesca Peter menyanyi opening tu, ada logo F dekat skrin. Logo F tu seakan-akan logo Facebook cuma logo Facebook rapat ke kanan sementara logo Fran semalam rapat ke kiri. Takde kaitan dengan iluminati pun.
  • Bila aku tengok Nash menyanyi, aku tahu memang tak akan menghampakan. Suara Nash memang mantap dari zaman papa aku tak kenal mama aku lagi.
  • Persembahan M.Nasir yang pertama mengingatkan aku kepada Aizat dengan lagu Kau Aku bila dia bernyanyi di tengah-tengah penonton.
  • Lensa kamera sempat merakam aksi mesra Ajai dengan isteri barunya.
  • Juara AJL 24, Aizat turut hadir memberi sokongan.
  • Unik sangat baju dan tudung Yuna. Macam dah pakej. Siapa kata orang bertudung tak boleh berfesyen?
  • Ada sebatang pokok tanpa daun sebagai prop dalam persembahan Yuna. Pokok betul ke pokok tiruan tu?
  • Semasa kamera merakam persembahan Yuna dari atas, ada beberapa daun gugur di depan Yuna di atas lantai. Tu pun daun betul ke tak?
  • Memang tersendiri persembahan Yuna. Sangat mengorenkan.
  • Tarian Tomok macam tarian Rain. Dah pandai menari ye Tomok.
  • Terbukti Tomok berlari menyampaikan lagu Berlari!
  • Aku ingatkan Lan patah tangan betul rupa-rupanya gimik.
  • Walaupun Nasha Aziz menjadi gimik persembahan Shahir tapi entah kenapa macam tak cukup power lagi. Mungkin sebab simple sangat persembahan Shahir.
  • Gimik dialog dalam lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan macam mengganggu lirik yang akan disampaikan.
  • Tak semua orang temu kebahagiaan dalam perpisahan mereka kan?
  • Gimik muka berconteng ala badut semasa lagu Drama King mengimbau kenangan Meet Uncle Hussein menjadi juara lagu edisi yang lalu.
  • Vokal Black memang memukau!
  • Hafiz 'hitam' ditembak dan Hafiz 'putih' keluar. Macam roh gitu.
  • Tak boleh pergi? Tak boleh blah? Lawak Cheryl Samad.
  • Aku tengok Ana Raffali menyampaikan lagu dengan penuh penghayatan. Emosi sangat muka. Mungkin sebab tu dia menang kot.
  • Ada beberapa makhluk seakan-akan iblis semasa Ana Raffali berjumpa heronya. Jadi tolong ingatkan diri sendiri, bila dua insan bercinta ada iblis sebagai watak ketiga.
  • Norkhiriah sebagai ibu mengucapkan Selamat Malam kepada bayinya. Sharifah Ariana mengucapkan Selamat Malam kepada ibunya. Aziz Satar mengucapkan Selamat Malam kepada isterinya. Mesej kekeluargaan yang disampaikan oleh Faizal Tahir.
  • Sempoi je Faizal Tahir menyanyikan Selamat Malam. Macam satu family sedang pergi berkaraoke di pusat karaoke.
  • Adira memang cute. Jadi sangat mustahil kalau aku tak minat dia.
  • Lagu Ku Ada Kamu memang memberi inspirasi. Kalau tak percaya, tengok video klip lagu tu sampai habis.
  • Bunkface memang tiru Greenday. Tak tahu sama ada kebetulan atau memang nak buat macam sama persembahan tu.
  • Tapak kasut Sam Bunkface tebal giler. Kasut import la kata kan.
  • Kreatif jugak bila Bunkface masukkan keyboard dalam lagu Ekstravaganza.
  • Andy Flop Poppy, Amy Search dan M.Nasir jadi juri. Memang dream team!
  • Aku tunggu kot-kot keluar Sofea Jane dalam lagu Black tapi Black pulak yang keluar semasa akhir lagu tu.
  • Bulu roma aku berdiri tegak bila Black tarik suara lagu Sofea Jane.
  • So sweet jadi so swet bila past tense? Err... Lawak, tapi tak cukup.
  • Nampak tak beza penjara Faizal Tahir dan Ana Raffali?
  • Gimik yang terbaik dalam lagu Hanyut. Siap bawak tangki air lagi.
  • Comel sangat Stacy pakai baju pink. Kenapa mekap Adira tak macam Stacy?
  • Bersih sangat ketiak Stacy. Putih je. Dapat lihat dengan jelas kat TV. Korang pergi stadium boleh tengok?
  • Shut up no shut up dari Faizal Ismail adalah lawak paling kelakar semalam. Hahaha...
  • Sempoi giler drummer Hujan. Pakai short pants je.
  • Noh nampak penat je. Adakah sebab dah habis suara untuk lagu Pelita?
  • Dari dulu sampai sekarang, suara Sharifah Aini memang power.
  • Mata Kak Pah asyik tengok bawah dekat belakang speaker. Ada lirik ke kat situ?
  • Kerinduan aku nak dengar Ziana Zain nyanyi lagu Anggapanmu terubat akhirnya.
  • Boleh tahan ketat baju Siti Nurhaliza. Biasanya baju manik-manik berjuntai macam tu dipakai penyanyi dangdut. Macam Inul Daratista dalam video klip Goyang Inul.
  • Semasa pemenang diumumkan, tiada muzik mengiringi pemenang ke atas pentas.
  • Tiada letupan semasa juara AJL 25 diumumkan. Kertas yang berguguran tu pun turun semasa Ana Raffali menyampaikan lagu juaranya. Biasanya ada letupan dan kertas tu gugur kan masa pemenang diumumkan?
  • Tekaan aku tepat untuk Persembahan Terbaik je. Sebab aku tahu Faizal Tahir memang kreatif. Yuna nombor dua. Hafiz nombor tiga.
  • Hafiz menang Vokal Terbaik? Kalau Black boleh bagi lebih sikit mesti dia dah menang.
  • Persembahan yang paling hampir sempurna ialah persembahan Noktah Cinta. Sebab tu Hafiz dapat nombor 3 kot.
  • Tak mengejutkan bila Drama King jadi naib juara. Lagu tu ada tarikan tersendiri daripada lirik, muzik dan penyanyinya. Kalau tak, takkan lagu tu jadi persembahan khas masa AJL tahun lepas kan?
  • Aku tahu lirik lagu Tolong Ingatkan Aku memang mendalam. Tapi selain tu, apa lagi kriteria yang diperlukan untuk bergelar juara? Kot-kot ada juri yang baca blog aku ni tolong bagitahu sikit ye.
Tapi tengok TV ni masalah dia satu je, iklan berjela-jela. Sementara iklan, ex girlfriend aku sempat hantar MMS gambar dia kat Stadium Bukit Jalil tu.

Sila baca entry lama untuk tahu hal sebenar

Kepada yang buat Fanpage Facebook yang tak setuju dengan kemenangan Ana Rafalli tu, terima je la kenyataan. Dah rezeki dia.
Takkan nak tarik balik kemenangan tu.


Apa pendapat korang tentang AJL kali ni?
Jom berkomen sementara keadaan masih panas!



Kunkun!!



15 comments:

Falcoa wa ! said...

btl gok 2 !hahahaaa
i <3 u ana !hahahahahaa !

mr_right said...

http://hafizilmi.blogspot.com/2011/01/tade-aura-kot.html
:)

penaberkala said...

tak guna tak berpuas hati kan
keputusan pun dh muktamad
apepun, lagu tu mmg best

fara feroza said...

huh..tak best pun ngan AJL semalam.banayk yang wat persembahan mcam tak sedar tu final...huhu...

*perluke tengok ketiak stacy.>?hahaha




AJL kak pah manang.!!

ainraus said...

hahahahah. seronok lagi tengok kat rumah. :)

aming said...

ak tunggu spider dan mega wat persembhan..tp tiada rupa2nya..

haninihanis said...

keputusan ajl mmg menghampekan. aku rasa bapak aku kat rumah pon mesti byk mulut. hakhak. nnt aku gosip2 ngan abah syg ek. tp keputusan da tersurat, nak bertekak pon tade gune, bkn dpt hadiah pon. just simpati kat faizal tahir. die ta merase juare lg.
wah abg coli, mate ko gatal je kan. tgk ketiak stacy la apela.
bunkface? donlike! ta suke dgn org yg nak same ngan greenday.
faizal tahir gak yg kreatif, seniituindah :)

iKhRam said...

secara jujurnya AJL malam tadi menyediakan pentas yg sangat cantik dan berprestij.. idea ilustrasinya sgt kemas, bergaya dan unik.. sesekali terasa berada di dunia sendiri.. daya kreativiti ini sukar saya ungkap.. saya terpegun dengan keindahan pentasnya yang fleksibel.. kerana boleh disesuaikan dengan apa sahaja tema dan genre lagu.. semuanya nampak cantik dan bertenaga.. biarpun malam td banyak persembahan dalam suasana kurang bercahaya.. tp keterangan lampu neon yang hanya berebtuk seperti grafik paip itu memnag benar2 memukau... percayalah.. setelah 25 thun penganjuran AJL.. malam tadi adalah pentas AJL yang sangat baik.. kalau dipertemukan dengan orang yg bertanggungjawab menyempurnakan pentas itu.. saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih.. kerana saya terhibur dgn pentasnya..

begitu juga dengan keindahan persembahan yuna.. walaupun sebagai pembuka majlis dengan lagu berentak perlahan.. tp pembukaan itu penuh penghayatan yang menyebabkan saya sendiri terpegun.. bagaimana lagu cinta sempurna itu boleh dialun sebegitu rupa.. saya tidak pandai bab2 ritma dan irama.. tp persembahan yuna malam tadi memang membawa saya sendiri ke dalam lagu itu.. walaupun tidak menang.. saya rasakan yuna ada bersama kejyaan malam tadi..
sekian..

saya harap tuan blog berpuas hati dgn komen saya..

andynurehanadibahrahim said...

haha..nice tapi bab ketiak stacy tue ta ble tahan..haha..

btw. kamu nak blajar bahasa sabah?? pergi blog saya.hahaa

Atsuko said...

wa...
penelitian yg cukop bagus...
huhuuu

Unknown said...

AJL25 smlm x best sbb my FT x menang. Bukan x leh terima kenyataan tp si anna raffali tu cam x sesuai jer jadi juara. Lawak pengacara so so lah, pengarah music smlm Tuan Haji Ramli MS mmg best, Shahir plak persembahan dia aq rase kalau x de ppuan tu (baru tau si Nasha Aziz bile bace N3 kamu)lagi bagus sbb mmg mengganggu aq nk layan persembahan Shahir tu tp nmpk Shahir tu cam pucat n kurus skit mmg macam sakit tp aq x kisah sgt lerr sbb mmg nk tengok FT jer... Black mmg power,, Lan pown best aq rase cam tenggelam jer si Noh(hujan) tu walau Lan celah2 skejap jer tapi mate aku tertumpu kat Lan gak dia ade gaya tersendiri.. Ermmm nk tanye nape perlu tgk ketiak Stacy??? same x dengan ketiak ko?? hehehe jgn marah haaaaa... usik2 jer...

Khai said...

aku frust yuna x menang...dia best time bwk lagu tu..huk3..

Lady Leaya said...

sonok baca review ni..hahha...
tahun lepas nye lagi gempak okeh banding tahun ni.
Actually pagar ana rafali ngan FT lain2, pagar FT da dr awal kat tepi pentas,

FT, hanyuut pun xmasuk kolam pun, tu scree video je...

masa FT jatuh, krew bawa baldi simbah2 air, den ade y bawa mop..memang kelam kabut krew2..
anyway..good review..hehe

Unknown said...

persembahan AJL hari tuhh sume best kot . cuma shahir je lahh yg simple sikit . btw , suka hafiz mng . lagu noktah cnta besttt ! :))

ada said...

lagu tolong ingatkan aku tu mendalam giler,. makna dia mendalam sangat2,. org yg dapat menghayati yg paham.. :) peace.. ahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...