My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

12 January 2011

pemandu yang buat aku bengang






Kunkun!!


*Maaf kalau entry ni memperli anda sebab ia ditulis secara random*


Sebenarnya aku nak tulis kenapa bila seorang lelaki tu bawak kereta mahal, akan ada awek hot kat sebelah dia. Tapi entry tu tak jadi sebab masa aku tengah berfikir tiba-tiba ada pemandu yang baik punya cilok depan aku. Jadi point pasal awek hot tadi bertukar dengan point yang boleh buat aku buka tingkap dan tunjuk jari tengah kepada kereta kat depan aku masa tu.


Sikap pemandu Malaysia yang buat orang naik angin. Kenapa Malaysia? Sebab aku tak pernah pergi Mexico atau Timor Leste jadi aku tak tahu sikap pemandu kat sana.


Kedekut bateri signal
Seminggu sekali mesti aku kena benda ni. Kereta mahal tapi nak belok masuk simpang tak bagi signal. Satu lagi bila dia kat sebelah kiri tiba-tiba masuk lorong kanan tak bagi signal. Kalau tak sempat brake memang jadi kes cium bontot la.

Naik basikal pun reti bagi signal, inikan naik kereta


Bawak perlahan yang amat perlahan
Dua kali perlahan aku sebut jadi memang perlahan la tu. Duduk lorong memotong tapi bawak macam bersiar di tepian pantai sambil pegang selipar kat tangan. Ada jugak bawak perlahan sebab ada awek kat sebelah.


Bawak laju di kawasan tak sepatutnya
Berbeza dengan yang kat atas, yang ni banyak terjadi kat kawasan kampung atau perumahan. Walaupun dah letak bonggol tapi tetap langgar je bonggol tu.


Lampu tinggi memanjang
Kalau kereta kat belakang aku yang buat lampu tinggi ni, memang aku sengaja bawak slow. Biar sama-sama sakit hati. Tapi kesian la kalau kena kat orang rabun malam. Guna lampu tinggi bila diperlukan je. Banyak sangat ke bateri kereta kau sampai nak guna lampu tinggi memanjang?

Lima lampu rendah pun tak dapat lawan satu lampu tinggi


Tekan brake memang hobi dia
Benda ni pulak bila aku ada kat belakang. Kereta depan kejap-kejap tekan brake. Padahal kereta kat depan dia jauh giler. Tak tahulah dia takut apa.


Polis escort orang kenamaan atau para menteri
Bayangkan korang terpaksa rapatkan kereta kat tepi sebab mereka ni nak lalu. Tak tahulah nak kejar apa sampai macam tu sekali.


Lori atau bas yang dipandu laju
Aku tak tahu peraturan kenderaan berat ni tapi aku rasa bila bas atau lori dipandu laju, risiko kemalangan lagi tinggi berbanding kenderaan biasa. Pemandu bas macam tak ingat yang dia bawak 44 nyawa lain dalam tu.

Ni la sebabnya kenapa Mat Rempit tak boleh bawak bas


Penunggang motor main handphone atas motor
Aku tahu kau ada awek, kau sayang awek kau tapi tak payahlah nak mesej masa bawak motor. Lepas tu mulalah tak tengok depan. Sayang diri sendiri dulu sebelum nak sayang awek kau tu.


Penunggang motor bawak sebelah menyebelah
Biasanya kaki sembang atas motor. Bawak motor nak beriringan. Macamlah tak dapat berhenti kat mana-mana nak sembang.

Bawak caca marba
Mula-mula kat lorong kanan, bila orang kat depan bawak perlahan, masuk lorong kiri. Pastu kanan balik. Yang ni aku buat setiap hari. Terpengaruh sangat dengan cerita kat TV.

Kalau aku drift, dia keluar api. Sebab terbabas lepas tu


Sedap sangat mengata orang last-last kena kat aku sendiri. Tapi ada kawan aku cakap, pemandu di Malaysia antara paling berhemah dalam dunia. Berhemah sangat ke?


Kunkun!!



6 comments:

loLaa_nurafizza said...

huhuhu..sabo ek?

Khai said...

aku laju time perlu jer..cilok2 mmg hobi aku..haha..tp ak pemandu berhemah..berhemah kah?? :P

Aini Adam said...

paling berhemah ke?? kalu dlm malaysia ni, kat ganu r paling teruk kot cara pemanduan. kalau tak caye, tanye r org luar drpd ganu.

Eye_nee said...

Cuba ko pegi memandu kat luar Malaysia ni BDE...tp cara2 pemanduan yg ko tulis ni benar2 belaka...Fakta bukan Auta...

Miss Meen said...

Uh !!! Entry neyh paling best t0k semua Rakyat Malaysia kal0 p0st an kat Menteri Jalan Raya baguh neyh heheheh ^_^

Ishhhhh Rakyat Malaysia Pandai Baca kah??? haha

iKhRam said...

ada ketika ketika memandu itu.. jgnlah terlalu memikirkan keselamatan diri sendri.. kerana kita bukan memebawa nyawa kita sahaja.. tetapi nyawa orang lain.. kesilapan kecil itu ada kala membawa kepada maut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...