Kunkun!!
Dah lama tak main tag-tag ni tapi kali ni aku jawab tag Ikhram sebab tag ni boleh jadi entry. Tag boleh jadi entry? Lain je ayat tu.
Dengan tajuk "25 Fakta Berkaitan..." aku bagilah 25 fakta tentang aku, bukan blog aku. Kalau blog aku kena tengok entry Rahsia Bernafas Dalam Ego Dibongkar.
01 Sangat suka gigit straw bila air dah habis. Air tak habis lagi aku dah start gigit straw. Straw kawan pun aku gigit kadang-kadang. Dah lama tak main tag-tag ni tapi kali ni aku jawab tag Ikhram sebab tag ni boleh jadi entry. Tag boleh jadi entry? Lain je ayat tu.
Dengan tajuk "25 Fakta Berkaitan..." aku bagilah 25 fakta tentang aku, bukan blog aku. Kalau blog aku kena tengok entry Rahsia Bernafas Dalam Ego Dibongkar.
02 Lebih tertarik dengan wanita berwajah kemelayuan berbanding wajah kacukan. Scha Al Yahya, yes. Diana Danielle, no. Sharifah Sofia, yes. Tapi bukan sebab wajah.
03 Suka tengok gambar-gambar lama dan berfikir betapa banyak perubahan yang telah berlaku.
04 Suka perasaan bila gelak kuat-kuat sampai tak boleh bernafas dan keluar air mata.
05 Selalu pening bila tengok bilik aku berselerak dengan sendirinya sedangkan aku dah jaga sebaik mungkin.
06 Nak sangat tanya lelaki yang ada awek hot macam mana cara dia adjust awek tu.
07 Selalu sebut "Aku okay" sebab malas nak explain apa yang berlaku walaupun sebenarnya "Aku sangat tak okay".
08 Tak faham kenapa ada orang sangat obses dengan artis Korea.
09 Tak suka bila ada orang kutuk awek yang aku suka. Aku lagi kenal dia.
10 Tak pernah rasa bosan lepak dengan kawan-kawan yang sama.
GC Forever!
11 Sampai hari ni aku tetap tak tahu kenapa masa seakan cepat berlalu bila berlaku benda yang menyeronokkan tapi benda yang bosan berlalu dengan masa yang sangat perlahan.
12 Suka genggam tisu kat tangan kanan masa tengah memandu.
13 Tahap 'matured' aku berubah-ubah, bergantung dengan siapa aku bersama masa tu. Kalau dengan kawan-kawan, kurang sikit 'matured'. Kalau dengan awek depan kawan-kawan, 'matured' tu lebih. Kalau dengan awek berdua-duaan, 'matured' tu jadi miang.
14 Tak suka bila aku buat sesuatu hanya untuk orang aku sayang tapi dia tak pernah perasan benda yang aku buat tu.
15 Tak tahu kenapa ada benda yang aku rasa selesa cerita dekat kawan baik aku tapi akan jadi janggal bila aku cerita dekat orang lain.
16 Tak suka menyesal dengan benda yang dah lepas sebab banyak lagi benda menarik di masa akan datang.
17 Aku takkan keluar rumah selagi style rambut aku tak menjadi macam yang aku nak.
18 Bila aku marah, aku akan bawak kereta laju-laju. Pernah beberapa kali nak kemalangan. Aku dah cuba kawal tapi tak dapat. Jadi jangan bagi aku pegang stereng bila aku marah.
19 Tak suka add friend dekat Facebook kecuali ada hal penting.
20 Teringin nak mati sekejap, tengok siapa yang sedih, siapa yang tak kisah, siapa yang suka, dan hidup semula lepas tu.
21 Tak suka manusia yang berfikiran "Siapa masuk clubbing, dia mesti minum", "Siapa lepak sampai pagi, dia budak jahat", "Siapa berkawan dengan maknyah, dia mesti gay". Open your mind, please.
22 Tak suka bercakap dengan siapa-siapa bila tengah bengang, marah, sedih, tak puas hati dan semua perasaan emo yang ada.
23 I only say "I Love You" when I really love you.
24 Kalau boleh, nak bunuh beberapa orang manusia dalam dunia ni tapi sebab membunuh tu salah, terpaksa pendam je perasaan dan bakat ni.
25 Sangat suka bila baju dan kereta aku bau perfume kekasih aku lepas keluar sama-sama.
Ada 25 lagi sebenarnya tapi sebab dah dia mintak 25 je, aku bagi yang ni je la. Jadi aku wasiatkan tag ni dekat siapa-siapa yang rasa nak jawab. Ambik la. Bukan senang Apih El Nino nak tag orang. Hahaha...
Kunkun!!
Kunkun!!
28 comments:
number 7 samanya sprt gua ! :p
no 7 n 18..kita sama..
muahaha..
okeh. nak suka je :D
aku suka no 6
hehehheh
Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen
for the first time aq komen post ko..
aq kalau boleh nk try number 20 tu jugak!
nk tgk siapa nanges bagai nk gila bila aq mati..haha..
yg ketawa kan aq mati..back off k!
ahahahah
nom 12 itu pelik. haha
ada jugak yg nak mati ek..hahaha
08. kehkehkehkehkeh
gambar tu style ! HEHE
where are you tag? hihi
where are you tag? hihi
Salam...
Mak ai sampai 25 tu....ko kata ada lg 25? Hmmm. thanks, nanti aku ambil.
sori saya da buat la yg ni neway tanx tag me ;)
aku tau sebab apa kau suka sharifah sofia....aku pun begitu...haha
Hmmm , kini ku lebih mengenali mu.
kau punye no 13 gempak bro. aku suke tu :)
www.namesayemejai.blogspot.com
adoi!!!!..nti wa wat 50 boleee..hehe
hehe, ko mnt scha eh, aku pon bwahahah..yang no 13 tu, memang laki mcm tu..
BLOG GEMPAKZ SIOT
sweet! num 9 n 23 i loike!
tq k sesab sempurnakan tag ni.. sgt2 menghargai
no 18 tu sama mcm my hubby masa belum kawin dulu2...no 22 tu sama mcm aku..
25 mak..oi banyaknye...peras otak ni baru boleh jawap..
hehehehe
dah buat dah ari tu.. hehehe
no-4
no-5
no-7
no-8
no-14
no-17
no-18
no-20
no-21
no-22
no-24
semua no yg aku nyatakan kat atas adalah sama ngan perangai aku. salam pkenalan dr henry zackery Blog Bebas
eh , ada bakat mmbunuh ek ? :))
huhuhu...bunuh pun nk kena ade bakatt ke?waaa...sound gud!huhu..
klaka weh
waaahhhh KITA SERRRUUUPAAA!!!
nampaknya ada geng GIGIT STRAW ni! Jom kita buat band GIGITSTRAW'US :p
Post a Comment