Kunkun!!
Aku ada kawan. Dia cakap nak kahwin umur 23. Bila aku tanya kenapa, dia cakap saudara mara dia kahwin umur 23 dan hidup bahagia sampai sekarang. Terus aku terfikir pasal perbezaan zaman dulu dan sekarang. Oh ya, kawan aku tu umur dia 22 tahun sekarang. Maknanya perancangan asal dia nak kahwin tahun depan. Tahun 2012!!
Soal keharmonian rumahtangga tu letak nombor dua. Nombor satu, tentang gaya hidup. Orang dulu, gaji ratus-ratus tapi hidup selesa. Duit gaji tu siap boleh buat simpanan lagi. Orang sekarang, gaji ribu-ribu tapi tetap nampak macam tak cukup. Bayar tu bayar ni. Kos sara hidup makin menggila.
Satu lagi, orang dulu seorang satu kerja. Maknanya, kalau kerja pejabat, habis kerja terus balik rumah. Berehat dengan anak-anak dan isteri. Orang sekarang, lepas kerja ada kerja sampingan. Contoh kat rumah aku ni, ada sorang cikgu malam-malam jual burger.
Aku tak tahu benda ni kebetulan atau tak, tapi orang dulu anak ramai. Orang sekarang macam tak suka anak ramai-ramai. Sebab takut tak tertanggung. Yelah, kalau suami isteri kerja pun, duit nak bayar rumah lagi, kereta lagi. Kadang-kadang nak hantar anak kat nursery pun kena berfikir banyak kali.
Sekarang harga minyak naik. Harga barangan keperluan pun naik. Jadi rakyat Malaysia cuma menghabiskan hidup dan masa dengan kerja. Jadi hamba kepada pekerjaan mereka sendiri. Keluar pagi balik malam. Jumpa anak pun beberapa jam je. Ada yang tak sempat jumpa langsung. Balik kerja je tengok anak dah tidur sebab esok sekolah. Jadi siapa mangsa sekarang?
Aku nak buat cadangan la kan, lepas ni kalau ada Malaysia menang apa-apa pertandingan, jangan bagi cuti peristiwa tapi bagi harga minyak turun. Bila harga minyak turun, harga barang lain pun akan turun. Sila bangkang cadangan ni kalau anda tak setuju.
Aku sendiri nak kahwin dalam umur 25 atau 27 tapi sempat ke? Nanti dah kerja nak kena bayar bil lagi, isi minyak lagi, bagi duit kat parents lagi. Sempat ke menyimpan nak kahwin? Kepada bakal isteri aku yang aku sendiri tak nampak lagi camne bayangan dia, jangan letak duit hantaran tinggi sangat. Cakap kat ayah, saya nak kahwin dengan anak dia bukan nak beli anak dia.
Maaf kali ni entry serius sebab aku takde idea nak tulis apa sebab rasa macam nak demam.

7 comments:
ak komen dulu..
apih elnino merungut kat kerajaan psl harga myk naik~~
yup stuj lagipun mmng susah nk cri duit skrg ni..
betul2...kes minyak jer sume kena tempias..hampeh2..
apih mengadu harga minyak naik lagi~~
jgn naik harga minyak.....
naikkn gaji pekerja....
turunkan semua harga.
naikkan gaji 2 yg betul. wewe
aha! lawak gmbr tu..hehe..dulu gaji kecik, brg pn mahal(sekarang ye la murah sbb nilai duit kita dh tgi) jugak..boleh je org dulu hidup..ye tak?
Post a Comment