My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

30 January 2011

tunjukkan aku kalau Allah itu wujud



Kunkun!!


Entry ini sekadar mengingati sesama Muslim.




Cerita ini pernah diceritakan oleh ustaz tempat aku mengaji.


Ada seorang pemuda yang kembali ke Malaysia selepas beberapa tahun melanjutkan pelajaran ke luar negara berjumpa dengan seorang rakannya, seorang ustaz. Dengan sombong, lelaki tadi membandingkan gaya hidupnya di luar negara dengan rakannya yang hanya menjadi anggota surau.


Pemuda : Aku ada 3 soalan yang nak tanya kau kalau kau betul-betul ustaz.
Ustaz : Dengan izin Allah, aku cuba jawab soalan kau.

Pemuda : Tapi ustaz dan profesor di universiti aku pun tak dapat jawab.

Ustaz : Aku cuba jawab sedaya yang aku mampu.

Pemuda : Aku ada 3 soalan. Pertama, kalau betul Allah tu wujud, tunjukkan kat aku di mana Allah? Kedua, jelaskan kat aku apa itu takdir? Dan ketiga, kenapa syaitan yang dicipta daripada api dimasukkan ke dalam neraka yang ada api? Tentu syaitan tak merasa sakit kerana kedua-duanya mempunyai unsur yang sama. Adakah Allah tidak mampu berfikir sejauh itu?


Sambil tersenyum, ustaz tadi terus menampar muka rakannya.


Pemuda : Kenapa kau tampar aku? (Sambil menahan sakit)

Ustaz : Itu adalah jawapan aku untuk ketiga-tiga soalan kau.
Pemuda : Aku tak faham. Apa kaitannya?
Ustaz : Macam mana rasa kena tampar? Sakit?

Pemuda : Mestilah sakit.

Ustaz : Jadi kau percaya sakit itu ada?

Pemuda : Ya. Sebab aku rasa.

Ustaz : Jadi tunjukkan kepada aku kewujudan sakit itu.

Pemuda : Err...

Ustaz : Itulah jawapan bagi soalan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Allah tanpa mampu melihatNya.


Pemuda itu hanya mampu ternganga mendengar penjelasan rakannya.


Ustaz : Kau pernah terfikir aku akan tampar kau hari ni?

Pemuda : Tak!

Ustaz : Kau pernah bermimpi aku akan tampar kau?
Pemuda : Tak!
Ustaz : Itulah yang dinamakan takdir.
Segalanya telah ditentukan.

Sekali lagi pemuda itu melopong mendengar kata-kata rakannya.


Ustaz : Aku tampar dengan tangan. Tangan aku diperbuat daripada apa?
Pemuda : Kulit.
Ustaz : Dan pipi kau diperbuat daripada apa?

Pemuda : Kulit jugak.

Ustaz : Macam mana? Sakit tak?
Pemuda : Sakit.

Ustaz : Walaupun tangan aku dan pipi kau sama-sama diperbuat daripada tanah, tapi sakitnya tetap dirasa. Syaitan juga begitu. Walaupun syaitan daripada api dan neraka juga daripada api, jika Allah mengkehendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.


Akhirnya, pemuda itu sedar walaupun dia belajar di luar negara, ilmu sahabatnya jauh lebih tinggi daripadanya.


Sebarang kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang fasih dalam ilmu ini.


Kunkun!!


11 comments:

FatimahNordin said...

power ar ustaz tu. ngn tampar je dy bole jwb soalan2 laki tu. (:

Anep™ said...

baru ko tahu, kene penampar! bwahaha, suke entry nie

BLOG GEMPAKZ SIOT

Ismail Hidayatullah said...

tersenyum bile ku mmbacanye!
BEST BEST

GR said...

memang benda ni dah selalu diceritakan, tetapi setiap kali baca tetap memberitahu kita bagaimana kebenaran yang tersembunyi itu.

bagus kerana berkongsi :)

Leyha said...

setiap kali baca kembali cerita ini , akan mengingatkan diri kita semua bahawa setiap apa yang berlaku adalah ketentuan Allah S.W.T .

.:D

akema yazid said...

nice sharing!!! (:

Khai said...

Insaf.....

aqeyLs said...

bagus2.. sll dgr tp kadang2 terlupe. syukran ader yg berkongsi^^

Azewas32 said...

x perlu penerangan yg berjala2...hnya dgn prktikal sudah ckup untuk mnjawab....

wannurfazrini said...

jwpn yg bagus tp jwpn tu mmg sukar tuk terus *ting* kat kpala hotak kita kecuali dgn izin DIA . Allahualam

nurul rasya said...

fuyoo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...