Malam semakin tua tapi mata belum lena. Melawan sakit kepala. Bangun dan duduk bersila. Rokok dinyala. Asap berkepul di udara. Laptop mula bercahaya. Ruangan entry dibuka. Melayan kacau jiwa. Dan tarian jari bermula.
Aku ketawa. Buat macam tak ada apa. Aku bergurau senda. Buat macam tak ada apa. Masa berganti masa. Buat macam tak ada apa. Aku menderita buat macam tak ada apa. Seksa.
Kau tahu seksa?
Jujur aku mahu kau semula. Aku masih ingat kenangan kita. Pertama kali kita jumpa. Birthday kau yang masih tertera di kalendar atas meja. Keychain yang ada nama. Semua aku simpan sempurna. Sampai sekarang aku masih tak percaya.
"Maaf atas semua yang berlaku."
Aku terus merayu.
Kau diam membisu.
Kau kaku.
Nak cakap apa pun aku tak tahu.
Aku tanya satu kau jawab satu.
"Awak nak apa?"
Aku harap soalan itu kau tak tanya.
Aku cuba cari idea.
Aku cuba meriahkan suasana.
Aku buat macam tak ada apa.
Kau tetap diam seribu bahasa.
Hampa.
"Awak tak akan bahagia dengan saya."
"Banyak janji tak terlaksana."
"Lelaki semua sama."
"Kita dah tak bahagia."
"Baik putus saja."
Mudah saja kau kata.
Sekuat-kuat aku tetap lemah juga. Aku manusia biasa. Tak selamanya aku mampu buat macam tak ada apa. Sebab aku masih setia. Tapi kau biasa saja, buat macam tak ada apa.
Mungkin aku kau dah lupa.
ps : Susah nak lupa orang yang kita pernah impikan untuk hidup bersama ;)
17 comments:
setuju dengan PS kau tu :)
suka kau punya karya ^^,
kebetulan sama dgn cerita kita,cuma aku pmpuan..baru je clash 2 ramadhan aritu.
dont give up,, klau dia dah nampk keikhlasan,, insya ALLAH dia terima awk balik,,, dengan syarat,, ikhlas la,, niat jadikan die yang halal untuk awk,,,
salam, saya pun suka P/S anda, apeh.. memang susah tapi kene move on jugak kan? insyaALlah boleh..=)
hye, i just follow ur blog sebab baru sedar kewujudan tis ohsem blog..
keep writing! i love the way u express ur feeling.. simple but meaningful..
hmmm don't know what to say...hmmm benda ni akan berlalu cuma ambil masa..jangan paksa utk lupakan kenangan tuh...just find someone that u can happy2 huha huha...
semoga bertemu kebahagiaan yang dicari, amin
:)
yup,mmg susah nk lupakan org yg pernah kita impikan utk hidup bersama,sbb kita syg sgt pada dia..
jgn jiwang sangat lah.. mung ok je tanpa die pih... ramai g followers yg syg mung.so jgn bmbg ar. doa bnyk2 bln pose ning. insyaALLAH mu dpt yg lebih baek :)
its even harder to think that the person u care the most is the one makes u feel like nothing!
nak tamboh se agi ayat....
---> ada jodoh tidak kemana...ako0 pon tataw nak kata paa...
hikhikhik
be strong.. mungkin ape yang berlaku ade hikmahnye..
salam ramdhan..
Ingat apa la tadi. Jiwang rupanya. LoL.
Saya ni masih lagi kurang matang dalam ilmu bercinta. Jadi hanya menjadi pembaca sementara sahaja.
Tabahkan hati. Ingat bahawa cinta Allah itu lebih abadi berbanding cinta manusia. Pasti tulang rusuk kirimu akan ditemui jua nanti.
hurmm, harap tabah ye.. itu semua dugaan dalam hidup... kalau ena pun tak sanggup nak hadapi semua tu, tapi biarlah suratan menentukan...
cari y laen..hehehe..
lupakan saja.
mencintai tak semestinya memiliki..but be strong bro..:)
Post a Comment