Dulu kumbang suka dekat satu bunga. Tak cantik mana tapi gila-gila. Itu yang buat kumbang suka. Lepak sama-sama, kongsi macam-macam cerita. Lama-kelamaan timbul rasa cinta. Kumbang bagitahu bunga. Tapi bunga tak terima. Bunga kata tak sedia. Kumbang kata tak apa.
Masa demi masa berganti. Bunga bagitahu bunga dah dapat kumbang yang bunga cari selama ini. Kacak, kaya dan tinggi. Sejak itu kumbang tak kejar bunga lagi. Kumbang tak nak kacau cinta bunga dan kumbang tadi. Kumbang rela undur diri. Kumbang terbang tinggi-tinggi.
Jam berganti hari berganti minggu. Kumbang mula rindu. Kumbang perhatikan bunga tanpa jemu. Tapi semua itu bunga tak tahu. Sebab bunga tengah bahagia dengan kumbang itu. Tak apa kumbang tak kisah semua itu. Okay kumbang tipu. Kalaulah bunga boleh baca isi hati kumbang mesti bunga tahu apa yang kumbang pendam sejak dulu.
Kumbang tengok bunga makin berubah. Kumbang nak tanya tapi kumbang rasa tak perlulah. Cuma kumbang suka tengok bunga berhijrah. Gambar gila-gila bunga dekat laman sosial pun tak ada dah. Kumbang bangga bunga makin solehah. Mungkin ini yang dinamakan hikmah. Mungkin kalau kita bercinta bunga akan menyesal tak sudah sebab dah pilih kumbang yang salah. Bunga, tahniah.
Sekarang kumbang pun dah ada bunga baru yang bertakhta. Sejujurnya dia tak secantik bunga. Tapi kumbang rasa tak apa. Sebab dia hormat orang tua. Dan yang paling penting dia setia pada Yang Maha Kuasa. Sama macam bunga.
Hari ini kumbang dan bunga makin tua. Tak ada lagi zaman gila-gila. Tak ada lagi huhuhaha. Sekarang zaman kita berumahtangga. Kumbang ada bunga kumbang di sini dan bunga ada kumbang bunga di sana. Kita mengejar bekalan di akhirat pula. Semoga bunga bahagia dengan keluarga bunga. Terima kasih untuk semua kenangan kita yang tak akan kumbang lupa.
Selamat tinggal bunga.
ps : Kumbang dan bunga cuma hiperbola. Realitinya kumbang jantan tetap nak kumbang betina ;)
Hari ini kumbang dan bunga makin tua. Tak ada lagi zaman gila-gila. Tak ada lagi huhuhaha. Sekarang zaman kita berumahtangga. Kumbang ada bunga kumbang di sini dan bunga ada kumbang bunga di sana. Kita mengejar bekalan di akhirat pula. Semoga bunga bahagia dengan keluarga bunga. Terima kasih untuk semua kenangan kita yang tak akan kumbang lupa.
Selamat tinggal bunga.
ps : Kumbang dan bunga cuma hiperbola. Realitinya kumbang jantan tetap nak kumbang betina ;)
7 comments:
haha...serius cute....kumbang jantan tetap nak kumbang betina...hahaha
:)
saya pernah rasa apa yg kumbang rasa!
serius pedih tapi kena kuat! ;P
Salam Ramadhan dari awieomar.blogspot. Dah lama follow sini. Dengan ikhlas hati nak menjemput anda untuk sertai game top "BLOGGER" musim 3. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1 & 2 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. Follow blog "Awie Omar" (bagi yang belum, harap sudi follow ) dan komen di mana mana entri dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Ganjaran wang tunai akan diberikan kepada johan.
mak aihhhh suwetttnyeee. ttbe rse mcm nk jd bunga tu. buleh x ? hakhakhak :P
sweetnye kumbang dgn bunga nie :)
ce bygkn klu kumbang ngan bunga? HAHAHA
Post a Comment