My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

22 June 2014

perasaan



 

Mat suka Husna sejak tingkatan lima lagi. Sejak mereka bertemu sambil naik basikal pada satu pagi. Sampai di sekolah Mat beranikan diri. Mat buat-buat tanya Husna dengan harapan dapat jadi kawan nanti.


Nak luah Mat tak berani. Jadi Mat tulis surat dan letak bedak sikit bagi wangi. Itu pun Mat pinjam bedak adik dia masa adik dia mandi. Mat sedar SPM dah tak lama lagi. Kalau tak luah sekarang mungkin tak ada peluang lagi lepas ini. Jadi petang itu Mat letak surat cintanya dalam laci meja Husna yang beralas kertas gambar strawberi. Semanis-manis strawberi, Husna manis lagi, cetus Mat dalam hati.


Keesokan harinya Mat nampak ada surat dekat atas mejanya yang ditindih dengan batu.
"Maaf awak tapi mak ayah orang suruh belajar dulu."



 

SPM berlalu dan mereka membawa haluan mereka. Tapi Mat tetap setia. Dia tetap berhubung dengan Husna walau tak dapat jumpa. Husna hari ini jauh lebih jelita, lebih bergaya. Kalau dulu Mat dah suka, hari ini Mat sampai mengigau jadinya. Tapi walaupun Husna makin dewasa, jawapannya tetap sama. Dia mahu belajar dulu baru bercinta. Dan Mat akur sebab dia tahu harapan masih ada. 
 

Satu jemputan reunion sekolah tertera di tablet Mat di atas meja. Sudah lima tahun dia meninggalkan sekolahnya. Pada awalnya Mat serba salah juga. Kawan-kawan lelakinya sibuk belaka. Tapi bila Mat lihat Husna bersetuju untuk hadir Mat terus tak pedulikan kawan-kawan dia. Mat nak jumpa Husna saja.


Mat buka semula surat yang Husna bagi. Walaupun cuma sehelai tapi sangat bererti. Mat nak tunjuk dekat Husna yang dia memang serius kali ini. Manalah tahu Husna akan terbuka hati.


Hari kejadian tiba juga. Sebaik Mat sampai matanya meliar mencari si jelita. Pandangan Mat terhenti pada seorang wanita yang baru tiba. Dengan sepasang gaun putih yang dihiasi bunga, serta tudung warna emas yang ditaburi manik atas kepala, membuat Mat lemah tak bermaya. Husna terus mendekati Mat sebaik sedar Mat memerhatikannya.


"Hai Mat. Awak sihat?"


Kalau tadi Mat dah tak bermaya, kali ini dia rasa nak pengsan pula. Husna yang cantik gila menegurnya! Mulut Mat tergagap menjawab tapi hatinya sudah petah berkata. Apakah ini cinta? Kalau ini mimpi biarkan aku tidur selamanya.


Mat nampak Husna mengeluarkan sehelai kertas dari dalam begnya. Mahu berdarah hidung Mat kerana terlalu gembira. Dia yakin Husna pun bawa apa yang dia bawa.


"Mat, ni kad jemputan saya. Jemput datang ya."


 

Mat kelu tak berkata. Kalau ini mimpi tolong bangunkan aku sekarang juga!


Mat gagahkan diri untuk mengukir senyuman melawan perasaan. 

Perasaan, kadang-kadang memang babi kan?


ps : Bukan semua penantian berakhir dengan kegembiraan ;)



4 comments:

Cik nadya said...

sedihnyaa.. huhu

Cik Asma BLuppy said...

hi awok. kesian mat tu. awok pujuk die neh.

Qisse Karim said...

Manusia mencari seribu alasan utk menolak secara baik sebenarnya... patutnya kena la faham2 sendiri. huhu

Unknown said...

Huk alohhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...