My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

11 September 2014

panas




Panas sungguh cuaca. Matahari tegak atas kepala. Aircond dah speed '2' tapi panasnya tak hilang juga. Aku kipas-kipaskan tisu dekat muka. Aku gerak-gerakkan baju di bahagian dada. Aku dapat rasa ada angin tapi panasnya masih terasa.




Lampu isyarat bertukar merah. Aku angkat 'Handbrake' sambil aku sejukkan badan yang sudah sedikit basah. Sebuah motorsikal Honda C70 berhenti di sebelah. Pada firasat aku yang di depan mungkin si ayah dan dibonceng si ibu dengan anak kecil di tengah-tengah.


Si ibu menutup kepala si anak dengan hujung kain tudungnya. Kelihatan si ibu berbual dengan si ayah sambil tersenyum mesra. Entah apa yang dibualkan mereka. Lampu isyarat bertukar hijau saat aku leka buat 'Duckface' dekat anak kecilnya yang mungkin anggap aku gila. Kami memilih laluan berbeza.


Kemudian aku nampak seorang perempuan berjalan kaki. Bertudung dan berbaju kurung kelabu dengan renda dekat tepi. Berkerut dahi tahan panasnya cuaca hari ini.


Sepanas-panas aku rupanya orang lain panas lagi. Rasa malu bila mengeluh kesusahan walaupun nikmat sudah diberi. Dan lebih terasa malu bila mula sedar sikap pentingkan diri sendiri. Angin aircond sudah ada tapi mahu lebih lagi. Padahal keluarga tadi cuma harapkan angin daripada motorsikal yang mereka naiki. Padahal perempuan tadi cuma harapkan angin semulajadi.


ps : Bersyukur walau apa terjadi. Susah mana pun kita, ada yang susah lagi ;)


14 comments:

Farah said...

Assalamualaikum, huda blogwalking dekat blog ni kejap ye.
By the way terima kasih sebab share link blog awak dengan huda dalam status yang huda post dekat kelab blogger ben ashaari.
Jom singgah ke blog mereka yang lain juga =D
http://nurfarahudahud.blogspot.com/2014/08/blog-walking-di-blog-mereka.html

Unknown said...

sempoi awak punya penulisan. Abah dan follow blog ni, Jom singgah dan follow blog abah pulak.
http://abahbz.blogspot.com

Red Linda said...

Betul tu..sesusah mana pun kita, ingtlah ada lagi insan lain lebih susah dr kita...tapi bila senang, jgn pk ada org lain lg snang dr kita, nanti jeles.haha

Eye_nee said...

Ini dan itulah kita..mind set berjuta kali..aku susah ada yg lebih susah..aku payah ada yg lebih payah...namun bila mendepani satu2 situasi... aku lah yg byk merungut itu dan ini...alasan cliche..Aku manusia tidak sempurna..Sampai bilalah kitani akan betul2 mensyukuri apa erti NIKMAT...

Cerita kamu menyimpan byk ruang utk berfikir...memikir dan terfikir-fikir...

Cik Asma BLuppy said...

hashtag deep.

Unknown said...

assalammualaikum.. alhamdulillah. sama2 mensyukuri nikmat Allah. dalam setiap kesulitan berserta kemudahan. ^_^

Maria Firdz said...

Alhamdulillah.. Syukur dgn apa yg ada...

Unknown said...

bila kita rs susah kita tengok sekeliling.. ada ramai yg lebih susah lg.. bersyukur... uol jemput lawat ke blog sy http://sihatgojes.blogspot.com/

shafiq said...

Jejalan Sini...Jemput Singgah Yg Blog Kita Punya..:)

http://shafiqhashim.blogspot.com/2014/04/senarai-tawaran-biasiswa-malaysia.html

Unknown said...

sentiasa ingat org lain

Jemput join segmen http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2014/09/segmen-blogwalking-lestari.html

yaya_flanella said...

Nice sharing apihelnino. hehe


Anwar Abdullah @ Kaio said...

itu sebabnya kita kena bersyukur atas kesenangan yg kita ada. walaupun kita rasa susah mcm mana. ingatlah ada org lain yg lagi susah.

www.kaio.my

natura said...

wahhhh.. simple sharing but deep meaning yea...

Alhamduillah masih diberi kesempatan untuk bernafas kan..

Gunakan nimat sebaik mungkin...

Nour Leeman said...

yes..nice writing..but ade pengajaran kite bole pelajari..sy suke entri u tajuk panas..bagus tu..kite kene sentiasa bersyukur dgn ape yg kite ade..klu kite panas..ade orang lagi panas dari kite..salute u!!

done terjah blog u..

terjah blog i and leave a comment ya!!thanks

www.naturalhealthyandbeauty.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...