Kunkun!!
Roy tertunduk. Sekali lagi gol Arsenal dibolosi pasukan Manchester United. Hancur hatinya melihat Arsenal dibelasah 8-2 oleh pasukan yang paling dibencinya, Manchester United.
Nazira melonjak kegembiraan bila wisel penamat ditiup. Dengan jersi terbaru Manchester United tertera nama 'Nazira' berserta nombor 10 sebagai tanda minatnya kepada Wayne Rooney, dia tersenyum bangga dengan keputusan perlawanan malam itu.
"Dah la. Jom balik. Biasalah tu. Arsengal kan selalu kalah..."
Sinis kata-kata Nazira kepada Roy di sebelahnya. Roy, penyokong setia Arsenal nyata sekali sukar menerima keputusan pada malam itu. Dia tidak mampu untuk senyum. Berat kakinya untuk keluar dari warung mamak yang sering menjadi tumpuan setiap kali ada perlawanan bola sepak. Dia bimbang akan disorak bila melangkah keluar dengan jersi Arsenal yang tertera namanya di belakang itu.
"Tak payah la muncung sangat. Bola je pun. Macam budak-budak awak ni..."
Sekali lagi Nazira bersuara lantas menarik tangan Roy meninggalkan meja mereka. Kedudukan mereka yang agak dekat dengan TV menyebabkan pintu keluar sangat jauh rasanya. Mereka berjalan dengan agak cepat kerana sedar beberapa mata sedang memandang ke arah mereka.
If a girl knows footballers other than David Beckham,
Cristiano Ronaldo and Lionel Messi, then she really loves football
Cristiano Ronaldo and Lionel Messi, then she really loves football
Sedar perut masing-masing kembali lapar kerana penat bersorak, Nazira membawa Roy ke McDonalds berhampiran dengan harapan dapat mengubat kesedihan lelaki berambut pacak yang juga penyokong setia Arsenal itu. Sekali lagi beberapa mata melihat gelagat mereka berdua semasa mereka mencari tempat duduk selepas membeli satu Cheese Burger dan Spicy Chicken McDeluxe.
"Awak, walaupun menu kita makan selalu tak sama, walaupun saya penyokong kuat Manchester United, dalam hati ini tetap ada satu ruang untuk awak dan Arsenal awak tu..."
Lembut suara Nazira memujuk Roy, teman lelakinya.
"Saya tetap sayang awak walaupun awak sokong team yang saya benci..."
Balas Roy yang duduk di sebelah Nazira sambil memasukkan straw ke gelas teman wanitanya.
Sesekali orang sekeliling mereka menjeling melihat Roy dan Nazira yang sedang makan. Mungkin pelik, atau kagum, bila sepasang kekasih masih dapat bersama walaupun menyokong dua pasukan bola sepak berbeza.
ps : I'm the boy that gets his heart broken just because of football ;)
Kunkun!!
37 comments:
nice entry..
memang seronok klu dapat makwe yg mnt bola..
heee. terasa. :PP
ini macam past story saya :(
alaa syuweeetnye..hehe
i'm that type of gurl too...maybe...haha
terase gak tp kenal je drogba my hero!
yes..sonok je lau ade geng girl yg minat bola..hee tpi sllu xdr geng ngan boy la..haa
psst, i'm the girl who knows more footballers other than DB, CR, LM, DD..hehee..ok..xbyk pn sbnrnye
yg kesiannye, ttbe diri rase mcm cacat sbb ckp psl bola ngan dak laki..xde geng perempuan..most of the time, dgr je ble geng2 laki ckp pasal bola..haihh
untungg dapat awex sekepala minat bola even lain team :)
damn.
cmne awek kau leh tinggal kau just sebab bola?
aku gile minat bola tapi ex aku pulak dah benci bola.
hailahh
somehow susah sebenarnya nk cari somebody yg sama minat
biasanya God akan temukan kita dgn pasangan yg contrast utk saling melengkapi
;)
Dulu leh la ikot perkembangan bola masa study...skrg dah x sompek dah weh...
hahahaha.........alolo. thumbs up nazira. saya tak suka arsengal juga. tapi..bf saya supporter susah mati arsenal juga kot..ngeh ngeh..
p/s : jgn mara bro. ~
bf pun suka bola. lelaki memang kalau suka bola, x da dah nak melayan karenah kita ni. heee
eh2,selain david bechkam, christiano ronaldo, i kenal khairul fahmi, maknenya peanut football lover ker? heeee
hahah! comel gler kot...
haha, bola je pun,.relax sudah;)
sweet sangat entry ni apih..
tp putus sbb bola? itu pelik. insyAllah, nanti apih akan jumpa yang lebih baik.
btw, suka baca blog ni, walaupon byk pasal kisah cinta..
Ko dapat idea nak tulis ni dari twitter eh? haha
aku xlaa sampai fanatik.tapi minat gak laa tengok..
lagi,kalo tengok bola dgn bf kompom gaduh.alih2 lagi lau team yg saya sokong yg kalah.
sweet nyerrr.. ngeee!!
@mirakim
Memang seronok tapi susah nak cari. Huhu.
@sitihalisa
Hehe. Sorry :)
@Nay
Past story awak ke? Kebetulannya :)
@Paris Lipton
Drogba your hero? Wah mesti sokong Chelsea ni. Hehe.
@diba
Sebab gurl jarang tengok bola ni kan.
@misyamissyou
Kiranya kenal ramai la ni? Bagus la. Hehe. Lelaki suka perempuan yang tahu pasal bola ni :)
@jieha nasir
Betol betol betol :D
@Bilal binti Robah
Aku sokong ayat last kau tu bro.
@My SweetPea
Amboi sampai tak sempat sekarang. Hehe. Janji ada kenangan pasal bola masa dulu-dulu cukup la :)
@cik kiwi's
Errr... Awak kot Nazira tu? Hehe :P
@diana
Ada betulnya komen tu walaupun agak sinis. Hehe.
@Cik Peanut
Khairul Fahmi nak masuk jugak ke? Hehe. Peanut peminat bola jugak la ni kiranya :)
@Amoychanteks
Hahaha. Comel giler :)
@bella luna
Tau takpe. Rileks la kan. Bola je pun :)
@Anonymous
Tak suka ek entry cinta-cinta ni? Sebenarnya selalu buat entry gitu sebab ramai pembaca sini remaja :)
@amir
Eh? Mana kau tahu ni? Haha. Twitter yang suggest kat aku bro. Haha.
@fiefi Duffea Arnassier
Hehe sweetnya tengok dengan boyfriend. Tapi kalau kalah perit nak telan tu.
@ainwaheeda
Haha. Sweetnye.
aku tak suka bola sepak dan aku pun tak tau kenapa
Post a Comment