My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

22 September 2011

seandainya masa itu kembali semula





Kunkun!!



Tidur Najwa pada petang itu dikejutkan dengan satu panggilan daripada Arif, lelaki yang paling rapat dengannya di kolej.


"Beb. Petang ni lepak jom. Tempat biasa. Aku ada benda nak cakap..."


Najwa tidak menolak. Dia bingkas bangun dan menuju ke bilik air untuk mandi dan bersiap. Memang menjadi rutinnya untuk keluar lepak dengan Arif bila mereka terlalu bosan.


Semua orang tahu Najwa dan Arif berkawan rapat kerana mereka sekelas. Malah ada juga khabar angin mengatakan mereka bercinta tapi pantas dinafikan oleh kedua-duanya. Bagi mereka, itu hanyalah hubungan teman tapi mesra.




Seperti hari-hari yang lain, mereka berjumpa di sebuah warung tidak jauh dari pintu pagar kolej mereka. Bagi orang yang tidak tahu keadaan sebenar, mereka pasti mengatakan Najwa dan Arif adalah pasangan yang bercinta berdasarkan kemesraan mereka.


"Semalam aku cakap dengan Fina. Kami dah declare, jadi couple..."


Bersemangat suara Arif menceritakan tentang gadis yang diminatinya sejak dari semester satu iaitu Fina.


"Lepas ni kita tak boleh lepak camni dah la Wa. Kau faham kan?"


Najwa melihat Arif. Dia tersenyum. Dia faham perasaan seorang teman wanita bila melihat kekasihnya berdua-duaan dengan wanita lain.


"Takpe. Aku faham. Aku gembira bagi pihak kau..."


Kata-kata Najwa membuat Arif tersenyum lebar.


"Walau apa pun, kau tetap kawan aku Wa. Terima kasih tau..."


Arif meninggalkan Najwa bersendirian tatkala tangannya rancak menaip SMS kepada kekasih barunya, Fina. Najwa cuma memerhatikan sahabat baiknya itu hilang dalam gelap senja. Perlahan-lahan dia bangun dan berjalan ke bloknya. Ditahan air mata yang bila-bila masa boleh jatuh ke pipinya.


"Betul kata mak. Kadang-kadang kita tak tahu sebanyak mana kita sukakan seseorang sehinggalah kita tahu dia sukakan orang lain..."


Najwa terbaring lemah. Sesekali dia menyesal kerana tidak pasti apa perasaannya terhadap Arif. Tapi semua sudah terlambat. Buat masa sekarang dia cuma mampu berdoa dia masih kuat menghadapi hari-hari mendatang dengan melihat lelaki yang paling disayanginya bahagia dengan orang lain.


ps : I smile because we're friends but I cry because that's all we'll ever be ;)


Kunkun!!




15 comments:

si kiut lavender said...

alamak..cian kat pompuan tuh..
kekadang kita jrg nak perasan tentang perasaan kita kat seseorg tuh smpylah bila dya mengaku dya menyukai insan lain..atau kita mula sedar bila kita kehilangannya

yayqah said...

Okay sedihnya T_T tp betulah apa org ckp selama ni, kekadang bila perempuan and lelaki brkwn rapat. mesti salah seorang dari mereka akan menyimpan persaan antara mereka. fuhh.

shaliza khairi said...

touching seh bace entry nih. huu~

hazirah kasimon said...

..sedih

Miss Butterfly said...

=(

bella luna said...

emmm;(

s u a r a h e a R t y said...

true story ?

like this line : "Betul kata mak. Kadang-kadang kita tak tahu sebanyak mana kita sukakan seseorang sehinggalah kita tahu dia sukakan orang lain..."

Amir said...

Bila seorang lelaki dan seorang perempuan berkawan baik, selalunya akan wujud perasaan suka..

Tapi bukan semua begitu lah.

miranadia said...

pernah jadi. tapi atas nama kawan baik, bergembiralah diatas kebahagiaan orang itu...

Kak Long said...

kesiannye..tp x pe,mgkin bkn jodoh..selalu jd mcm tu kn..yg kita rapat & kita pggil kwn baik, lama2 mesti kita ada perasaan kat dy n kita hnya sedar bila dy dh berpunya

Eliya Yaya said...

betul kata orang perempuan dengan lelaki nie susah nak jadi kawan baik sebab lastly salah seorang mesty frust . cakap berdasarkan pengalaman . :)

feeza macho said...

its hurt .

nurulasyikin said...

nice entry ! buat mata ekin basah ! sedih !

tikusdalamlab said...

jom gua bawak lu jumpa publisher. dah boleh jadi novelis niy!

Unknown said...

its TOO hurt
tapi tak boleh buat apa lah kan, lelaki tu dah pilih yang lain utk dirinya.

apa yang terbaik untuknya, adalah yang terbaik untuk diri kita jugak, kan apih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...