My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

06 September 2011

kenapa lelaki beraya berteman?





Kunkun!!


Benda ni terjadi kat aku setiap kali Hari Raya. Bila aku nak pergi beraya rumah kawan perempuan, awek, cikaro atau yang sewaktu dengannya, aku mesti ajak kawan-kawan aku sedangkan kawan-kawan aku tak kenal langsung budak tu. Aku tengok ramai jugak budak lelaki yang bawak teman pergi beraya.


Tapi kenapa? Kenapa?


Alasan 'Satu Geng' mungkin boleh diterima.
Tapi sebab yang konkrit kenapa beraya berteman sukar dicari jawapannya.




Salah satu sebabnya ialah peneman itu boleh di'upgrade' menjadi teman berbual dan teman makan. Kalaulah kebetulan semasa beraya tu tuan rumah sibuk melayan tetamu lain, maka peneman itulah yang akan menjadi teman berbual dan mengumpat. Jangan ingat lelaki tak mengumpat ye. Kadang-kadang umpatan lelaki lagi hebat daripada perempuan.


Lelaki juga sebenarnya manusia yang sukakan sesuatu yang mudah. Kalau datang seorang, dia tidak dapat lari dari soalan "Datang sorang je ke?" yang mana tidak berapa digemari oleh lelaki. Jadi kalau datang berteman, tidak adalah soalan begitu ditanya. Maka lelaki hanya perlu bersalam, bercakap sepatah dua kata dan terus duduk makan.


Lelaki juga manusia yang suka memeriahkan suasana. Sebab itulah lelaki gemar membawa teman bila beraya. Lagi ramai lagi meriah katanya. Dalam bab makan, lelaki tidak berkira. Apa saja diterima kalau diberi percuma.


Kalau lelaki datang berseorangan juga akan menyebabkan tetamu lain merasakan bahawa lelaki itu tidak pandai berkawan, ataupun 'loser'. Lelaki itu mungkin menganggap dia berani kerana datang seorang diri tapi dia tak tahu apa orang lain akan kata. Memang ada lelaki yang tak kisah apa orang nak kata tapi kalau satu rumah tengok kau macam first time tengok kangaroo, kau pun mesti perasan ada sesuatu yang tak kena.


Tapi ada juga lelaki yang ajak teman supaya teman dia boleh tolong ambilkan air, tisu, pencuci mulut dan sebagainya supaya dia nampak berkuasa di depan mata wanita. Errrr.... Bunyi macam mengambil kesempatan pun ada.


Kepada lelaki yang membaca, kenapa berteman pergi beraya? Kenapa?


ps : Sebab itu kita kena ada kawan, bukan hidup sorang-sorang ;)


Kunkun!!




8 comments:

AhMaD sYaFiQ said...

sebab beraya ramai2 baru best...

mr_right said...

ahaha. itu sangat betol !

http://hafizilmi.blogspot.com/2011/09/sometimes-its-better-to-be-alone-no-one.html

nabByla said...

lelaki memang tak boleh hidup tanpa kawan2 drg.. jarang nmpak lelaki yg akan keserangan kalo nak pegi mana2. hoho...

btw, kat blog bella ada entry khas untk si jejaka. jemputla sggh. hehe..

I do I need Iman said...

nice entri. fst tyme masuk sini. menarik ;).
dan perempuan lagilah. tak berteman tak sah. dan takkan beraya tanpa berteman ;).

jemput ke sini.
http://mawarkuwada.blogspot.com/2011/09/saya-rindu-awak-sangat.html

Unknown said...

hehe pompuan pun suka bertemanla kalo g beraya

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

HAAH WEH. kalau sorang2 rase mcm loser gilee

Miss Butterfly said...

tak datang raye umah kite pon! huuuu~

feeza macho said...

<--- suka membisu .kalau ada kawan-kawan at least aku tak menjdi perhatian untuk di tanya itu ini . rimass =.=" ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...