My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

09 September 2011

susahnya jadi seorang perempuan





Kunkun!!


Yana melompat riang. Jeritan kegembiraannya mungkin dapat didengar di serata blok A asrama Siswi di kolejnya. Suhaila, teman sebiliknya yang sedang lena tidur turut terjaga.


"Sue. Kamal sudi keluar dengan aku petang ni. Sukanya sukanya..."



Suhaila hanya tersenyum dan kembali melelapkan mata. Cuma Yana bersendirian ke hulu hilir mencari pakaian yang sesuai untuk dipakainya bila keluar dengan seniornya, Kamal, petang nanti.



Walaupun Kamal hanya akan menjemput Yana pada pukul 5.00 petang, tapi Yana sudah bersiap dari pukul 2.00 petang lagi. Dia menyapu sedikit solekan supaya kelihatan menawan di mata Kamal. Dua tiga kali dia menukar pakaian kerana risau penampilannya gagal menambat hati jejaka idamannya itu. Malah dia runsing berfikir sama ada mahu memakai kasut tumit tinggi atau tidak pada hari itu.



Every girl has that one boy she will always have feelings for no matter what


Sudah beberapa kali telefon Nokia C6 kepunyaan Kamal berbunyi alarm dan setiap kali itu jugalah dia menekan 'snooze'. Untuk kali kelima, Kamal bangun dan melihat jam di telefon bimbitnya. Sudah lewat 5 minit. Dia tahu Yana pasti sudah menunggu di depan blok asramanya.



Kamal menuju ke tandas dan mencuci muka. Dia malas hendak mandi. Kemudian dia membetulkan fesyen rambutnya sedikit. Shah, rakan sebilik Kamal yang tahu Kamal akan keluar dengan Yana membebel kerana sikap rakannya itu yang sukar menepati masa.



"Rileks la Shah. Budak tu yang tergedik-gedik nak keluar dengan aku. Aku keluar ni pun sebab bosan. Nak ambil hati dia je. Mati hidup balik pun aku takkan couple dengan budak kuat berangan tu wei..."



Lantang suara Kamal di muka pintu sebelum dia berlalu pergi.


Nun di blok asrama Siswi, Yana dengan cardigan putih dan berseluar Jeans menunggu Kamal dengan penuh sabar walaupun Kamal sudah lewat. Dia tetap tersenyum riang kerana dapat keluar dengan jejaka yang sudah lama diminatinya. Walaupun dia tahu Kamal langsung tiada perasaan sayang kepadanya, dia tetap sayangkan Kamal. Kalau boleh dia mahu biarlah hari itu berjalan dengan sangat perlahan.



Kamal pula berharap hari itu berjalan dengan sangat cepat.



ps : Don't waste your time trying to be good enough for others who wouldn't do the same for you ;)



Kunkun!!



11 comments:

kazisha said...

Memang susah -,-

feeza macho said...

kesiann -.-"

untuk ape la kalu gitu ye ? ,ade lg ke pempuan gitu ? =="

fifyafikah said...

betul, susah jd perempuan nih. =.='

Aini Adam said...

bukan semua perempuan macam tu. tp yang ni, aaarrgghh..!

Anonymous said...

tu lah,,ssah upenye jadi pempuan nie,,,

mr_right said...

itu kalau perempuan. kalau kes untuk lelaki pulak, camne? hehhe

mac said...

susah nk crik bju mmg sbb diowg byk bju nk kne pakai ...lol
tapi senang er ..tutup aurat ..taat ibu bapa / suami ...ikot suruhanNYA ..tgl laranganNYA ..kompem msuk syurga ....sng kn ? sure2 msuk syurga :)

Anonymous said...

tp bila pompuan bersikap mcm Kamal, mereka dicop egolah, gediklah, jual mahal la... heeeeee x puas hati...

Jom berdebat :p hehehe emo sudaaaa

puteraduyong said...

sadis beb citer ni... ;)

norinaomar said...

Hmmm...kesian kan.
sebenarnya tak perlu terlalu memburu cinta kerana ia akan datang just nice pada masanya.

Javed said...

“this is very interesting. thanks for that. we need more sites like this. i commend you on your great content and excellent topic choices.”
ld hardas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...