My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

18 May 2010

jasa faizal tahir kat blog aku



Kunkun!!



Semua member aku tahu yang aku sangat meminati lagu Faizal Tahir. Lagu Faizal Tahir memang aku tak tinggal kalau karaoke. Untuk yang tidak tahu siapa itu Faizal Tahir, dia ialah pemenang tempat kedua One In A Million. Dia pada asalnya adalah penyanyi kumpulan nasyid sebelum bereksperimentasi dengan muzik rock. Bagaimana Faizal Tahir mengerah keringat mencipta lagunya, begiulah juga aku mengorak langkah menulis blog. Sekarang aku akan bongkarkan rahsia camne Faizal Tahir berjasa besar dalam blog aku ni.


Penulisan yang ringkas tapi padat
Kebanyakan lirik lagu Faizal Tahir adalah ringkas tapi padat. Walaupun ringkas namun liriknya mudah difahami dan bermakna. Sebab itulah dalam blog aku agak susah untuk menemui ayat berkias atau perkataan kompleks dalam bahasa Melayu selain perkataan 'bereksperimentasi' kat atas.


Do it yourself
Harus diakui Faizal Tahir berbakat dalam penciptaan lagu dan penulisan lirik. Semuanya dilakukan selepas berfikir, menulis lirik dan mencipta lagu. Begitu juga bagi seorang blogger. Masa yang sesuai diperlukan untuk berfikir tentang entry, membuat plot, menulis dan menyiarkannya.


Persembahan Bertongkat | Masihkah kau ingat?


Penulisan yang tersusun
Lirik lagu Faizal Tahir adalah tersusun. Contohnya lirik lagu 'Cuba' di mana amat mudah difahami. Dan untuk memudahkan pembaca blog memahami sesuatu entry, penulisan yang tersusun rapi amat diperlukan.


Penulisan yang tidak terpengaruh
Lagu Faizal Tahir tidak terpengaruh dengan arus muzik masa sekarang. Faizal Tahir tetap yakin dengan muzik rock walaupun citarasa penggemar sekarang adalah muzik Indie. Begitu juga dalam penulisan blog. Sebab itu aku tidak menulis tentang hal semasa kerana aku tidak suka entry aku kelihatan sama dengan orang lain. Sangat tak suka.


Klimaks dalam persembahan dan penulisan
Dengar kembali lagu Bencinta dan Selamat Malam di mana klimaksnya mudah ditemui. Faizal Tahir meletakkan klimaks penulisannya pada bahagian klimaks lagu. Lihatlah persembahan Faizal Tahir yang bersemangat diiringi lagu yang rancak yang mampu membuat penonton berasa bersemangat dan ghairah.


Keunikan dalam penulisan
Lagu Bencinta adalah contoh paling tepat. Lirik yang bermakna yang mudah menyerap ke dalam hati kerana perasaan itu dirasai oleh semua orang. Dan bagi aku, penulisan blog yang unik dapat membuat pembaca berasa ingin terus membacanya tanpa berasa mengantuk dan lapar.


Extreme and extraodinary elements
Elemen ekstrim yang dimaksudkan ialah gimik atau kontroversi. Memang diakui Faizal Tahir ialah artis lelaki paling kontroversi namun kontroversi itulah yang membantu memperkenalkan dirinya di Malaysia. Jalan paling singkat untuk popular adalah melalui kontroversi yang luar biasa.


Kejujuran dalam persembahan
Ramai yang sukakan Faizal Tahir kerana kejujuran dalam karyanya. Perasaan benci dan cinta dalam lagu Bencinta pada AJL 24 dan persembahan Selamat Malam yang ditukar menjadi Selamat Tinggal kepada anak seni yang telah meninggal dunia disampaikan dengan jujur. Aku sendiri meminati blog yang ditulis dengan jujur seperti blog Hanis Zalikha.


Tidak takut mencuba
Faizal Tahir pernah mencuba nasib dalam pertandingan mencipta lagu 1Malaysia beberapa bulan lalu. Walaupun tahu peserta-peserta lain adalah penyanyi lebih berpengalaman seperti Dato' Siti Nurhaliza, Faizal Tahir tetap mencuba nasibnya yang akhirnya menjadi juara pertandingan tersebut. Maka kepada blogger lain, jangan takut untuk mencuba entri-entri baru.


Memahami kehendak pasaran
Faizal Tahir tidak takut mengeluarkan lagu yang berentak sama dalam albumnya. Ini dapat dilihat melalui lagu Cuba, Sampai Syurga dan Selamat Malam. Walaupun melodinya seakan sama namun itulah yang dikehendaki oleh pendengar. Dan walaupun entri blog aku seakan-akan sama, aku akan terus melakukannya jika pembaca blog aku menyukainya.


Faizal Tahir | First 'Superman' Artist



Anda tidak perlu mengagumi Faizal Tahir seperti mana aku mengaguminya. Anda mungkin mengagumi individu lain. Terokailah cabaran yang ditempuh orang yang anda kagumi sebagai pembimbing anda sebagai blogger.



Kunkun!!



16 May 2010

judi dihalalkan? filem lucah bila?

This summary is not available. Please click here to view the post.

12 May 2010

nak cakap benda ni je



Kunkun!!



Kenapa masa kecik-kecik dulu kau selalu cakap nak jadi besar? Selalu cakap nak jadi dewasa. Oh kononnya kau nak berdikari la. Tahu tak betapa susahnya jadi orang dewasa? Tahu tak bila jadi dewasa kau kena berfikir beratus kali lebih banyak daripada jadi budak-budak? Dulu masa budak-budak kalau mama tanya nak aiskrim ke coklat mesti kau cakap nak dua-dua kan? Pastu mama beli dua-dua. Tapi bila mama tak beli mesti kau berniat nak cepat jadi besar kan. Nak cepat kerja kan. Nak cepat dapat duit kan. Kalau kau dapat balik ke zaman budak-budak kau mesti kau nak sangat kan? Kau hanya perlu bangun pagi, pergi sekolah, main-main, balik sekolah, tengok TV pastu malam je tidur. Sekarang baru kau tahu kan camne susahnya jadi orang dewasa. Sekarang baru tahu kan camne rasanya bila kau kena buat pilihan yang terbaik untuk masa depan kau kan? Tak payah la menyesal yang kau selalu cakap nak cepat dewasa masa kecik-kecik dulu. Jangan ingat kau hebat sangat la Afif El Nino.



*aku cakap dengan aku sendiri sebab tak tau nak cakap dengan sape*



Kunkun!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...