My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

26 August 2010

aku peminat wrestling sejati








Kunkun!!



Semalam punya la semangat aku bukak channel 811 nak tengok wrestling last-last takde. Dia siar badminton ape entah. Hampa giler bila seorang peminat wrestling sejak azali takleh tengok wrestling. Hahaha.


Aku dari kecik dah tengok wrestling. Sejak zaman WCW sampai ke WWF sehinggalah sekarang dengan nama WWE. Mesti korang cakap aku tengok benda menipu kan? Aku memang tau wrestling tu menipu, dah ada skrip cuma dilakonkan oleh penggusti. Korang tengok citer Adnan Sempit, Winter Sonata tu semua pun menipu. Wrestling ni sama je macam citer-citer lain. Ada kisah khianat, kekeluargaan, persahabatan, tipu daya dan cinta.


Don't Try This At Home | Just for entertainment


Dulu aku minat giler kat Triple H. Masa tu dia memang jahat giler. Tu yang aku suka. Memang kejam tak ingat la dia tu. Tapi sejak first time aku tengok Randy Orton, aku dah minat dia. Ayat macam gay je. Hahaha. Aku minat Randy ni sebab dia ni ego nak mampos. Sombong teramat sangat. Dia takde geng-geng pun. Sorang-sorang diri dia je. Langsung tak ambik tau hal orang sekeliling. Pastu dengan tattoo yang gempak-gempak. Memang stylo la.


Pernah la aku exercise dan angkat berat sebab nak dapat body macam Randy Orton sebab masa tu body aku iras-iras Liyana Jasmay. Walaupun orang selalu cakap body macam Triple H atau Batista lagi besar, tapi aku tengok macam seksa je. Kalau macam Randy Orton ni, bagi aku okay lagi la. Normal lagi. Nampak neutral.


The Legend Killer | Randy Keith Orton 'RKO'


Namun setelah beberapa tahun berusaha exercise, pumping dan push up, akhirnya body aku sekarang dah macam Megan Fox. Kurus kering. Hahaha. Hampeh betol la.



Kunkun!!




25 August 2010

selamat ulangtahun mama







Kunkun!!



Oleh sebab hari ni 25082010 maka secara automatiknya hari ni birthday mama. Happy birthday yang ke-45 my lovely mama. You are the best. Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki untuk family kita.



Anggaplah kita berbuka puasa kat Riyadz Heritage tadi sebagai hadiah dari anak-anakmu yang degil ini. Padahal papa yang sponsor. Hahaha.


Mama Papa Connection | The best ever




Happy Birthday Mama

Norwani Abdul Mutalib
The Special One


I love you so much.



Kunkun!!




18 August 2010

cakap je aku babyface kan senang






Kunkun!!



Hari Jumaat lepas aku dengan Farhan Santacruz pergi Kuantan sebab kehidupan yang membosankan di TATiUC menjadi bertambah bosan bila takde aktiviti menarik. Nak korek hidung pun tak boleh. So plan asalnya nak pergi bazar tapi terbabas ke Cherating dan terus sampai Kuantan.


Dalam perjalanan balik ke kolej aku tu, sebelum masuk ke Cherating, ada satu roadblock. Dekat-dekat nak raya ni memang banyaklah Ops-ops ni. So dengan sepantas kilat aku pakai seatbelt dan buat muka innocent. Bila sampai turn kereta aku je polis tu mintak IC dengan lesen aku. Then lepas. Camtu la citenye.


Sekatan Jalan Raya | Kadang-kadang gangguan jalan raya


Bila masuk je sempadan Pahang-Terengganu je, ada satu lagi roadblock. So bila sampai je turn aku, sekali lagi polis mintak IC dengan lesen aku. Macam la muka aku ni muka penjahat. Tapi lepas jugak akhirnya.



Cuma yang agak suspicious kat sini ialah kenapa setiap kali aku drive dan ada roadblock, mesti kena tunjuk IC dengan lesen. Pastu siap tanya lagi "Kenapa rambut dalam IC ni panjang tapi sekarang pendek?" Hadowww la. Macam kesalahan besar je potong rambut ni.



Pernah jugak sekali tu aku bagitau polis tu, takkan aku nak drive kalau takde lesen. Dia cakap muka aku macam budak-budak. Cakap je la babyface ke macam Justin Bieber ke. Kan senang. Segan ke nak cakap benda betul? Sekurang-kurangnya aku bangga la jugak. Takde la berhenti sia-sia je. Hahaha.


Babyface kan? | Cara-cara buat muka innocent


Oleh sebab laptop aku rosak, dan sedang koma sebab harddisk problem, aku tak dapat update sangat blog ni. Khamis ni laptop aku operate so doakan dia sehat macam sebelum ni supaya blog ni akan sentiasa terupdate. Doa kalian semua amat dihargai. Ni fast update sebelum berfasting. Hahaha.




Kunkun!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...