Aku mahu perempuan yang berkongsi citarasa walaupun berbeza hobi. Perempuan yang boleh aku rujuk bila bercakap tentang lagu atau drama TV. Janji aku dan dia dapat bercakap topik yang selari walaupun dia peminat Chelsea dan aku peminat Man City, walaupun dia minat Big Bang dan aku minat SNSD.
Aku mahu perempuan yang nampak muda walaupun sudah berusia. Aku mahu perempuan yang nampak cantik dalam baju kurung dan kemeja. Perempuan yang pakai jeans atau skirt tetap nampak bergaya.
Aku mahu perempuan yang boleh kejutkan aku setiap pagi. Tak kira hari ada kelas atau hari cuti. Dan dia turut bercerita tentang apa saja pada malam hari. Cerita dongeng tentang kami. Cerita yang boleh buat aku termimpi-mimpi.
Aku mahu perempuan yang mengaku aku kekasihnya walaupun digilai jejaka. Perempuan yang tidak berdusta dalam cinta. Bila ada lelaki yang datang meminta nombor telefon dia, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan gambar aku dengan penuh bangga.
Aku mahu perempuan yang boleh buat jantung aku berdegup laju. Perempuan yang boleh buat aku tulis banyak entry cinta dan rindu. Perempuan yang buat aku rasa dihargai setiap waktu.
Aku mahu perempuan yang comel di mata. Perempuan yang menjaga penampilan setiap masa. Perempuan yang anggun tanpa mendedahkan auratnya. Perempuan yang perlukan aku dan aku perlukan dia. Perempuan yang aku puja, suka dan cinta.
Aku lelaki biasa yang sedang belajar merancang keluarga.
Aku cuma mahu anak aku nanti comel macam mama dia.
ps : Entry ini tersimpan dalam draft dah lama. Hari ni baru bagi orang baca ;)
25 comments:
Assalam, nice aku suka baca... hehhehe.. apasal baru kuar kan ? hehhe
so sweet....
in love lettew...
haha:D
apih is in love,, wah,,, congratez!
hehehe. ayat comel mcm mama die tu dah touching dah...
hehe npe baru publish??
kalo sume laki macam ko,,mmg single smpai tua la aku..sebab aku x comel..huhu
so sweeeeeeeeeettttt:)
soo suweet..
sweet sangat. nice entry :)
Pasangan begitu hanya perlu detak jantung yg senada. Tak mudah nak jumpa, tapi akan ada. :)
salam~ tak yah nak ckap banyak2~ apih is in love rite now!! yeay!! =)
I have to say 3 word...
Cute, Sweet & Smart
Apehal sweet sangat ayatnyaa?Ahh feel -.-
Semoga kau jumpe yeee...aamiin~
wahhhh
so sweet
:)
entry ni memang sangat cute okay! :)
untunglaaa..
mmg comel entri ni dan sweet :D
okeyh .. entry anda terlalu chomell dibaca :))
Sangat comel okay :D
wah sgt romantiklah lencaiii~~~
mmg sweet..tersenyum mbace nye.. :))
nice.
smoga bertemu dgn gadis itu... hee :)
Post a Comment