My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

01 June 2012

kekasih terbaik yang pernah singgah



Aku boleh kata dia cinta pertama. Aku harap hubungan kami kekal sampai bila-bila. Tapi jodoh tak lama. Kami terpisah juga. Ini bukan kisah cinta dua manusia. Ini kisah cinta gila. Kisah cinta manusia dan kereta. 


El Nino | WLF 4492 in Memories


Nino nama yang aku beri. Hadiah hari jadi yang paling aku hargai. Dua puluh tiga Januari dua ribu sepuluh tarikh permulaan kami. Tiga puluh Mei dua ribu dua belas cinta kami terhenti.


Nino umpama kaki. Ke sana ke mari. Susah senang diharungi. Hujan panas direntasi. Minyak dia aku isi. Sakit dia aku yang hantar baiki. Kotor dia aku yang basuh sendiri. Ribuan aku habiskan untuk buat dia nampak 'lelaki'.


Dia bukan sekadar kereta biasa. Dia tempat tidur bila aku rasa rumah kadang-kadang tidak ada makna. Dia tempat mulut aku luahkan rasa. Dia tempat lahirnya beberapa entry yang pernah anda baca. Dia tempat aku lepaskan marah di jalanraya. Dia juga tempat aku menangis bila aku rasa aku perlu menitiskan air mata. Dialah segalanya.


Hari ini semua itu sudah tiada. Nino dijual pada satu harga yang terlalu rendah berbanding jasanya. Tekanan jiwa aku rasa! Aku yang jaga tapi orang lain yang uruskan urus niaga.


Aku menangis air mata darah sekalipun kau tetap akan pergi. Cuma aku harap nanti kita akan jumpa lagi. Aku harap tuan baru kau jaga kau lebih baik berbanding aku jaga selama ini. Ingat janji kita dulu baby, jangan kemalangan walaupun sekali.


Nino, jaga diri.


ps : Tidak ada perpisahan yang tidak menyakitkan ;)


13 comments:

Anonymous said...

Hang kata nak bagi dia jadi macam laki.. pehtu hang panggil dia baby.. hang straight ke tak.. ehh. Haha

*gurau*

nabByla said...

napa jualkan? huhu...

Mra Mastura said...

ala. sedih. :(

Anonymous said...

siannya .. memang ramai laki yang anggap kereta dorang sbgai awek .. huhu

Qaseh Qhaleesh said...

suspen je . ingat putus cinta dengan awek , rupanya si NINO :))

NURFARAH SHAHIRA said...

kesian nino kena jual

Puteri Iqa Izyan said...

beli nino baru. hewhewhew

Cik Yuyu said...

alalalal.. sayang ngat kat nino dieee.. ^__^ sweet le tuh. :P

Unknown said...

laa knapa pergi jual ?? :( hmm mmg sedih.. lagi2 kereta sendiri dah tu..

bukankosong said...

btw dah ada kete br rr nih

haha

AA said...

kesian nino dinodai dan dijual. huksss sedihnya. hehehe :P

hanna sofea said...

ayat sedap..!

NadyaBubble said...

Birthday sama hoi :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...