My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

09 January 2012

kan aku dah kata aku penakut sebenarnya





Aku penakut sebenarnya. Bila nampak dia dalam kelas aku cuma mampu curi-curi tengok dia. Kalau dia tengok aku balik aku pula yang palingkan muka.



Aku penakut sebenarnya. Bila nampak dia online aku nak sangat tegur tapi tak tahu nak cakap apa. Bila dia dah offline baru aku gelisah dan rasa menyesal pun ada.




Aku penakut sebenarnya. Bila bertembung dengan dia dekat bangunan akademik aku cuma mampu tengok saja walaupun jarak kami cuma sedepa. Aku sendiri tak tahu sebab apa aku takut sangat dengan dia.


Aku penakut sebenarnya. Bila jumpa dia dekat kedai makan aku cuma mampu senyum saja. Cukuplah dapat senyuman dari dia sekali sehari daripada tak dapat apa-apa.


Aku penakut sebenarnya. Bukan takut nak tegur tapi takut kalau dia jauhkan diri bila dia ingat aku nak ganggu dia.


Aku penakut sebenarnya. Aku mahu bercinta. Calon ada. Tapi kan aku dah kata. Aku penakut sebenarnya.


ps : Tuhan tolong lembutkan hati dia untuk terima ku seadanya ;)




05 January 2012

kesian amalina dia juga manusia biasa





Mulut ini cuma mampu berdiam saja bila ada orang bertanyakan tentang kisah Nur Amalina. Siapa Nur Amalina? Dia wanita yang pernah buat rakyat Malaysia bangga. Dia mendapat keputusan yang amat cemerlang dalam peperiksaan yang ditakuti semua remaja. Dan pada masa itu ramai ibu bapa mahu anak mereka jadi sepertinya yang bukan sahaja bijak malah baik budi pekertinya. Dan dia turut berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.





Beberapa hari lalu tersebar cerita tentang perubahan drastik gadis cantik molek ini. Tudung yang di atas kepala berganti rambut berwarna warni. Baju kurung yang dulu dipakai berganti baju fesyen remaja masa kini.


Di mana-mana orang sibuk mengutuk dan mencaci perubahan Amalina. Mereka bercakap seperti kenal luar dan dalam Amalina. Ada yang melampau sampai berkait dengan keluarga. Harus diakui kita manusia memang terlalu cepat mengadili sesuatu perkara. Sedang kita sibuk menilai orang lain kadangkala kita lupa kita juga boleh berubah bila-bila masa. Kesian Amalina.


Aku mengambil sikap berdiam diri. Dan kerana itu orang terus menilai aku tanpa bukti. Kata mereka, seorang lelaki yang bermati-matian menyokong sentimen politik Adam Adli tapi berdiam diri dalam kes aurat Nur Amalina Che Bakri. Dan aku masih tidak membuka mulut untuk memberi komen tentang perkara ini.


Bukan tidak mahu komen tapi cukuplah komen dalam hati. Aku takut kalau komen itu boleh terkena pada diri sendiri nanti. Aku percaya pada qada dan qadar sampai mati. Dan aku percaya karma juga boleh terjadi. Kalau benar dia salah, tegur dan perbaiki. Doakan dia pulang ke jalan yang benar kembali. Bukan dengan caci mencaci. Dia ada hak dia sendiri. Kita di sini doakan dia dapat apa yang dia hajati.


ps : Bila buat baik semua orang buta, bila buat salah semua orang tak lupa ;)




04 January 2012

wordless wednesday - new girlfriend







ps : Apih El Nino went from "single" to "in a relationship with his phone" ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...