My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

05 January 2012

kesian amalina dia juga manusia biasa





Mulut ini cuma mampu berdiam saja bila ada orang bertanyakan tentang kisah Nur Amalina. Siapa Nur Amalina? Dia wanita yang pernah buat rakyat Malaysia bangga. Dia mendapat keputusan yang amat cemerlang dalam peperiksaan yang ditakuti semua remaja. Dan pada masa itu ramai ibu bapa mahu anak mereka jadi sepertinya yang bukan sahaja bijak malah baik budi pekertinya. Dan dia turut berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.





Beberapa hari lalu tersebar cerita tentang perubahan drastik gadis cantik molek ini. Tudung yang di atas kepala berganti rambut berwarna warni. Baju kurung yang dulu dipakai berganti baju fesyen remaja masa kini.


Di mana-mana orang sibuk mengutuk dan mencaci perubahan Amalina. Mereka bercakap seperti kenal luar dan dalam Amalina. Ada yang melampau sampai berkait dengan keluarga. Harus diakui kita manusia memang terlalu cepat mengadili sesuatu perkara. Sedang kita sibuk menilai orang lain kadangkala kita lupa kita juga boleh berubah bila-bila masa. Kesian Amalina.


Aku mengambil sikap berdiam diri. Dan kerana itu orang terus menilai aku tanpa bukti. Kata mereka, seorang lelaki yang bermati-matian menyokong sentimen politik Adam Adli tapi berdiam diri dalam kes aurat Nur Amalina Che Bakri. Dan aku masih tidak membuka mulut untuk memberi komen tentang perkara ini.


Bukan tidak mahu komen tapi cukuplah komen dalam hati. Aku takut kalau komen itu boleh terkena pada diri sendiri nanti. Aku percaya pada qada dan qadar sampai mati. Dan aku percaya karma juga boleh terjadi. Kalau benar dia salah, tegur dan perbaiki. Doakan dia pulang ke jalan yang benar kembali. Bukan dengan caci mencaci. Dia ada hak dia sendiri. Kita di sini doakan dia dapat apa yang dia hajati.


ps : Bila buat baik semua orang buta, bila buat salah semua orang tak lupa ;)




13 comments:

Unknown said...

btl tu... sokong sngat2...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/kontroversi-nur-amalina-terjawab.html

capt. keon alhan said...

tiada komen ttg isu ni...tp mmg hot kisah dia skrg ni...sana sini...

Saya Nina Syakira said...

yup baik berdiam diri je kan. lagipon kenapa nak kecoh dengan orang yang di luar negara, yang dalam negara lebih dari culture shock apa cerita kan

A retarded kitty said...

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

anamizu said...

sekali buat taik mmg smpai mati org akan sebut..hurmm guwa pon x mnat nk komen psl nih =P






luv,
cik ana

Flower Detox Tea said...

malas nak komen pasal dia...itu urusan dia dengan Allah..biar dia tanggung sendiri..

p/s:tak sangak kita dari tempat yang sama.KT.

Kak Mahh said...

Manusia dan kesilapan saling berkaitan tapi tak salah mengaku silap dan berusaha baiki kesilapan itu.

Anonymous said...

Salam.. apa hak kita utk judge org, sedangkan kita sendiri akan dihakimi oleh Allah S.W.T. Dosa tetap dosa, tp itu antara dia ngan Allah. Kalu berani kita tegur secara berdepan..selemah lemah iman adalah menegur melalui hatinya. Doakan yg baik2 semoga Allah bukakan pintu hatinya.. itu yg terbaik. jgn membuka aib org, takut nanti Allah buka aib kita plak..

Apa2pun akak doakan semoga Nur Amalina akan diberi petunjuk dan hidayah ke arah keredhoaanNya Yang Esa. Sama untuk kita semua.

Wassalam
MyHoney

Ouh Pija ! said...

sokong 100% ! sape lar kite untuk menghukum org , bg r dy peluang untuk berubah ..

mok teh said...

betol doh ow.. bukan manusia kalu x wat saloh, ke wane? x au gop p nok oyak nape

Miss Butterfly said...

kat Malaysia ni pon banyak. knape nak cakap sal dye sorang kan? manusia.. -___-

a i m z said...

xbanyak membaca tentang amalina..

sememangnya kita ada hak masing masing.

cuma. fikirkan kembali hak kita terhadap ALLAH swt.

hargai setiap nafas yang dikurniakanNYA sebelum terlambat.

::maaf andai tersilap, aku hnya insan hina di bumi ALLAH::

AA said...

AKU SETUJU DENGAN entry kau, pendapat aku . . asal aqidah dia tak tersasar dan dia masih ingat ALLAH, itu lagi baik, soal fizikal dia sekarang ni, tak boleh nk dipersoalkan sangat. itu cara dia kot, ,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...