Tweet
Follow @afifelnino
Pantai. Satu tempat yang teringin sangat nak sampai. Berdiri melawan angin yang membuai. Jerit kuat-kuat biar anak tekak cecah lantai.
Tugasan yang sampai seperti peluru. Lepas satu, satu. Sampai satu tahap dua puluh empat jam seakan tidak cukup untuk aku. Atau mungkin aku yang tidak pandai menyusun waktu. Ini aku cuma memberitahu, bukan mengadu.
Saban hari ilmu dicurah ke dalam kepala. Kalau hari ini A, esok B pula. Begitulah berikutnya. Suka. Bukan tidak suka. Tapi kalau sampai penuh pasti akan tumpah jua. Berat kepala. Mungkin ini yang perempuan rasa bila ada buah dada besar dan berat agaknya.
April cepatlah tiba. Aku mahu berehat pula. Aku mahu lupakan buku buat seketika. Jika cuti itu mimpi, tidur sepanjang hari pun aku rela.
ps : Untung ada belog, boleh bercerita walaupun orang tak minat nak tahu ;)
6 comments:
wah pengaduan yang sungguh puitis..xpe2 sabar..inshaALLAH semua okay..
grrr...perlu ke nak diabndingkan dgn buah dada,.cissss
kahkahkahkahkahkah.
tido boleh, jgn lme sgt :D
rindukan buku like hell >.< .
p/s : saya tgh tunggu result spm . haha XD
konpem tggu cuti sem ..haha
Post a Comment