Tweet
Follow @afifelnino
Ditolak dengan seribu satu alasan oleh lelaki yang diiktiraf paling kacak di matanya membuat hatinya sedikit terluka. Perasaan yang terpendam lama diluahkan pada satu malam ketika ramai manusia sedang lena. Diberinya madu namun disuap cuka. Dan dia pergi membawa hati yang lara.
Lelaki itu kemudian bercinta dengan seorang gadis yang ada rupa. Masakan merpati mahu memilih enggang untuk terbang bersama? Harinya diteruskan seperti tidak terjadi apa-apa walaupun hatinya masih terluka. Pasti lelaki itu melabelnya perigi mencari timba. Tapi dia peduli apa. Dia perempuan moden yang berani bersuara.
Sehinggalah dia bercinta dengan seorang lelaki yang menarik minatnya kerana perangai gila-gila. Ada kalanya gila lelaki itu sampai tahap bangang pun ada. Lelaki yang dalam diam menawan hatinya. Dia berfikir semula. Lelaki ini dan lelaki itu sangat jauh beza.
Rambut lelaki itu fesyen serabai ala Korea. Rambut lelaki ini skema. Lelaki itu pandai menggunakan ayat yang mampu menyentuh jiwa wanita. Lelaki ini pula ada kalanya dia sendiri tak faham dengan apa yang dia kata. Tapi persetankan itu semua! Lelaki ini lebih tulus hatinya. Tidak banyak berahsia. Tahu menjaga hati wanita. Dan dia sentiasa menghibur hati dengan pelbagai lawak jenaka. Hari yang dulu kelam kini bersinar dengan senyum dan tawa.
Dan hari ini kami bersama. Ramai tidak percaya. Biarkan saja. Pekakkan telinga. Kami bahagia. Walau dia tidak sekacak mana. Tapi ada apa dengan paras rupa? Sesungguhnya lelaki yang pandai buat lawak dan memberi hari anda ceria jauh lebih menarik berbanding lelaki kacak bergaya tapi tidak mampu untuk buat apa-apa.
ps : Cari pasangan yang membuat anda senyum lebih lebar dan ketawa lebih besar untuk menghadapi hidup yang lebih mencabar ;)
My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.
15 January 2012
14 January 2012
dia yang aku temu di satu sudut malam
Tweet
Follow @afifelnino
Lega. Tekak yang kering dibasahi dengan air Coca-Cola. Nikmat yang tidak terkata. Tangan kiri memegang air dan tangan kanan memicit butang telefon bimbit sementara menunggu hujan reda. Sudah tidak sesak lagi jalanraya di depan mata. Jam 4 pagi pasti ramai yang sudah melelapkan mata.
Pintu disko bercermin gelap di sebelah 7-Eleven itu dibuka. Keluar seorang lelaki Melayu yang agak berusia segak berkemeja. Berpimpin tangan dengannya seorang gadis seksi dengan rambut yang sudah perang warnanya. Tubuhnya dijamah dengan mata. Kami bertentang mata buat beberapa ketika.
Mata ini bertentang pula dengan lelaki tersebut selepas itu. Jelingannya sederas peluru setajam paku. Mungkin amaran supaya jangan memandang gadisnya sebegitu.
Keluar dari 7-Eleven tersebut mereka masuk ke dalam disko itu semula. Kali ini sudah tidak ada tindakan bertentang muka atau mata. Kepala ini ditundukkan sahaja. Itu perempuan dia, jadi pandai-pandailah dia jaga.
Tangan ini pernah merangkul erat pinggang gadis itu. Pipi ini pernah terlekat lipstik merah gadis itu. Walaupun rambut itu bertukar ungu atau biru, wajah dia tetap sama seperti dulu. Cuma solekan yang membuat beberapa mata tertipu. Wajahnya mengingatkan kembali tentang masa lalu.
Gadis itu kekasih aku dulu!
Bukan mahu membuka aib sesiapa. Bukan mahu membuka pekung di dada. Memang itu jalan dia. Tapi tetap terasa bersalah dalam dada. Kalau dulu semasa bersama aku bimbing dia mungkin tidak terjadi benda sebegini rupa.
Meskipun dia bukan siapa-siapa lagi. Walaupun dia kini berhaluan kiri. Aku tetap doakan dia sedar kembali nanti. Semoga dia tidak terbabas sekali lagi.
ps : Walaupun kita cuma kawan saya tetap tak mahu awak tersalah jalan ;)

No one is going to love you if you don't love yourself

11 January 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)