My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

23 January 2012

terima kasih terima kasih terima kasih







"Birthday yang ke-23, pada 23 Januari 2012, aku akan sambut macam tu..."


Sambil jari telunjuk di hala pada sepasang kekasih yang sedang meniup kek hari jadi. Si lelaki menyuap kek ke mulut kekasihnya seperti melayan seorang permaisuri.


Empat tahun berlalu. Apa yang diharap tidak berlaku. Ulangtahun ke-23 disambut dengan status pemain berseorangan dan bukannya beregu.


Buka minda. Biarkan saja. Tak semua yang kita nak akan kita dapat di akhirnya. Rancanglah serapi mana, perancangan paling baik adalah dari Yang Maha Kuasa. Baru dua puluh tiga. Masih muda. Teruskan hidup seorang lelaki yang baru hendak matang dengan penuh bergaya.


ps : Terima kasih kepada semua yang menghantar ucapan kepada saya ;)




19 January 2012

dan kerana itu tuhan cipta kegagalan







Butang merah ditekan.
Telefon diletak perlahan.
Satu keluhan panjang dilepaskan.
Perbualan panjang dengan seorang kawan.
Cakap kosong semua topik dikeluarkan.


Semua gelak tawa lenyap bila hal hati dan perasaan dibual.
Janggal.
Sebelah pihak mencuba dan sebelah pihak gagal.
Seperti ada sesuatu yang tertinggal.


Mata dipejam.
Hati tolong jangan terlalu kejam.
Memang dulu hitam.
Tapi tolong buka sedikit supaya orang mudah faham.


Jauh minda melayang.
Kepahitan lampau kembali pulang.
Rasa yang tidak datang.
Rasa yang mungkin hilang.
Rasa sayang.


Masa.
Itu yang diminta.
Itu sahaja.
Beri sedikit masa untuk pintu hati terbuka.
Kalau benar cinta pasti ia akan tiba.
Angguk kepala.
Percaya.


Hati pernah dipaksa menerima cinta.
Kesudahannya berkubur di pusara.
Maka benarlah seperti dikata.
Manusia kena salah untuk tahu yang sebetulnya.


Dan sebab itu tuhan cipta kegagalan.
Supaya kita belajar dari kesilapan.
Supaya kita menghormati pengalaman.
Supaya kita lebih menghargai di masa depan.


ps : Perasaan ini seperti telah pun mati hanya jasad aku berdiri sendiri ;)




18 January 2012

wordless wednesday - wish you were here







ps : Kadang-kadang kita tak perlu merancang sebab Tuhan dah tentukan ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...