My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

24 February 2011

fenomena mistik di tempat kerja aku





Kunkun!!


Malam itu cuaca agak sejuk. Aku cepat-cepat bawak motor untuk sampai ke tempat kerja aku sebelum hujan turun sebab langit dah nampak oren-oren.

Dalam pukul 1.00 pagi, hujan turun dengan lebatnya. Customer tak ramai. Akram bangun dari tempatnya dan menutup suis aircond depan.

"Sejuknya malam ni. Nak duduk kat luar pun tak boleh."

Aku hanya mengangguk sambil membaca buku Wisel. Akram pula terus rancak bermesej dengan buah hatinya. Kadang-kadang aku tengok dia tersenyum seorang diri.

"Eh Apih. Din kata kau nampak hantu semalam?"
"Bukan hantu kot. Bayangan je la."
"Macam mana tu? Cecite cecite..."
"Semalam kan aku syif petang dengan Din. Masa waktu Maghrib tu, ada customer masuk. Lelaki Cina. Dia bayar kat kaunter Din. Aku pulak tunggu satu lagi customer tu bayar kat aku."
"Lepas tu?"
"Lepas tu Din tanya aku, tunggu sape? Aku cakap la tunggu pakcik tua baju putih dengan cucu dia tadi. Terus Din terkejut sebab dia cakap takde sape pun masuk selain lelaki Cina tadi."

Perbualan kami terhenti bila telefon Akram berbunyi. Mesti awek dia call sebab Akram pergi masuk dalam stor sebab nak cakap telefon.

Hujan di luar sudah reda. Aku keluar melihat suasana Bandaraya Kuala Terengganu pukul 3.00 pagi. Angin tetap bertiup kuat. Bunyi loceng yang digantung depan Restoran Kari Asha berlaga sesama sediri menambah rasa seram malam tu. Bunyi anjing juga kerap kedengaran malam tu. Pelik. Memang pelik.

Dalam keadaan sejuk tu, aku melayan perasaan di depan pintu. Tiba-tiba kelihatan sebuah van mayat berwarna putih berlalu dengan perlahan. Pemandunya kelihatan mengantuk. Entah kenapa aku rasa seram sejuk bila van mayat tu melepasi aku.

"Akram, aku nak sapu sampah. Kau mop lantai ye?"

Akram mengangkat ibu jari sambil mengangguk-angguk kepalanya. Memang sah budak ni bergayut dengan awek dia. Lama pulak tu.

Aku mencapai penyapu dan penyodok. Sambil menyapu, aku bersiul-siul kecil untuk menghilangkan rasa bosan. Dari belakang, aku sapu di tepi. Dari tepi, aku menyapu di depan. Akram sudah keluar dari stor. Dia hanya duduk di tepi mesin fotostat melihat aku menyapu.

Entah kenapa semasa menyapu di tepi kotak air, tiba-tiba penyapu itu terjatuh. Aku terpaksa membongkok untuk mengambilnya. Masa tu aku rasa macam ada sesuatu di sebalik cermin tempat kerja aku. Dalam takut-takut teringat kisah semalam, aku mendongak kepala dan melihat dalam cermin pintu tu.

"YA ALLAH!!!"

Alangkah terkejutnya aku bila melihat seorang budak lelaki botak sedang tersenyum ke arahku. Mukanya sangat besar. Badannya hanya separuh. Dia memakai baju kuning dan tidak bergerak. Dia senyum sampai menutup matanya. Seolah-olah sedang gembira.



Aku kelu dan cepat-cepat berpaling ke arah lain.
Akram melihat aku dengan pelik.

"Weh. Kenapa ni?"
"Handphone kau ada ayat Quran tak? Pasang kejap kalau ada."

Akram kemudian memasang ayat Kursi.

"Dia tak lari Ram."
"Siapa?"
"Ada budak dalam cermin depan tu."

Akram bangun dan membuka pintu depan.

"Takde apa pun. Kosong je."

Selepas beberapa minit aku mulai tenang. Giliran aku pula melihat Akram mengemop lantai. Sesekali dia melihat keadaan aku yang duduk di tepi mesin fotostat.

"Apih. Tadi kau nampak budak lelaki kan? Baju kuning? Botak?"
"Ye. Mana kau tahu?"
"Ramai yang dah kena. Aku, Din, Richard, semua dah kena."
"Ooooo..."
"Kau nak tahu tak siapa budak tu?"

Aku mengangguk laju.

Dengan konfiden, Akram pergi ke peti aiskrim.

"Ni haa budak kat peti ni. Bila pintu terbukak, gambar ni terpantul. Bukan hantu tapi gambar budak yang gembira dapat aiskrim ni. Hahahaha...."

Hampeh!! Aku dah seram sejuk dia boleh gelak. Tapi betullah muka budak kat peti tu kalau tengok lama-lama agak menakutkan kot. Senyum tak henti-henti. Hahaha...


Kalau gambar kat atas ni aku tak takut sebab aku kenal Nabil.
Tapi budak tu??? Stress aku! Hahaha...


Kunkun!!





10 comments:

Nazrey Dylandy said...

entri ni memula seram sikit ,last lawak !tuh yg cannot go tuhh ..hahaha
tp abg ni msti krja 7E kannn ? :)

Fadzli Amir said...

Hehehhee..baru je nak seram sikit...tapi ntak jadi..tapi aku tak paham la, betol2 ada ka, tak dak..???

Apih El Nino said...

@Nazrey Dylandy .
Memang kerja 7E pun :)

@Fadzli Amir .
Ada tapi bukan hantu . Pantulan kat cermin je :)

Khai said...

Hahaha..aku bako jugak blog ko nih..hahaha..lawak sial..

as said...

='= sumpah si ottttttt. :D

Anonymous said...

mu keje 7E ke long?

ainiadam said...

hahahaha..kantoi!

Miss Meen said...

Hahhaa sakit perut bila baca
Hehhehe ...sah sah sah Issshhh
hhehe

Unknown said...

waa . seram je bace mula2 . tapi nak tgk jugak gmbr dak botak yg snyum tuhh :)

Unknown said...

restoran kari asha port paling best... hihi.. sedap molek roti canai situ.,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...