My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

14 February 2011

apabila facebook menyusahkan kita


Kunkun!!


Kalau anda seorang yang aktif dengan Facebook, mungkin anda perasan kat bahagian Home anda hanya keluar update dari orang yang sama sahaja. Dan hanya orang yang sama juga yang update status, gambar, links, games sampaikan ada yang meluat bila orang yang asyik keluar di Home adalah orang yang buat status setiap masa sampaikan nak makan pun kena tulis.


Sebenarnya, sejak semua pengguna Facebook diwajibkan beralih ke Facebook yang baru, semua setting telah ditukar kepada friend yang 'Recently Interacted' sahaja. Ini menyusahkan pengguna lain terutamanya yang menjadikan Facebook sebagai platform dengan mengadakan business.


Ada cara untuk melihat status orang lain yang telah diupdate tapi tidak keluar di Home anda. Cara pertama ialah dengan pergi ke "News Feed" dan tukar "Most Recent" kepada "Status Updates".

[ Klik untuk melihatnya dengan mata hati ]


Tapi setting itu tidak kekal bila anda refresh Home anda. Sekarang anda tidak perlu risau lagi sebab kat bawah ini ada penyelesaiannya!


Scroll down ke bahagian paling bawah "News Feed" dan klik "Edit Options", pilih "Show Posts From" dan tukarkan kepada "All of Your Friends and Pages". Jadi sekarang Home anda akan dihiasi dengan friends yang anda sendiri tak tahu dia tu dah jadi friends anda.

[ Klik untuk melihatnya dengan mata hati ]


Agak memalukan bagi Facebook kerana menukar setting tanpa memberitahu penggunanya sendiri. Bayangkan berapa banyak kerugian yang ditanggung oleh orang yang melakukan business online di Facebook kerana pengguna tidak dapat melihat updates mereka kerana setting ini?


Kredit to Nashreen Hilman for this info :)


Kunkun!!



5 comments:

Khai said...

oh begitu. Baru pakcik tahu. Thanks atuk apih :P

sarah honey said...

sedap menjilat jari entry ni!
baru beta tahuuuuuuuuuuuu
heee

Latifah said...

owhhh patut la... pelik jugak mula-mula bila tengok orang yang sama je dan banyak update yang takde...

thanks a lot k!
=)

cykin said...

tenkiu..
info yg amat bermakna..

wannurfazrini said...

tahu takpe . aku peliks sbb org sama je , org yg aku tak kenal , tade pun .

maybe org sama sbb kita slalu comment/like status dia . kalau semua status friend kuar kat home, serabut lak nak cr status kwn2 kita yg slalu connect dlm fb . ye dak ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...