My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

15 March 2011

budak lelaki dan iphone kaki lima



Kunkun!!


Aku suka duduk di kaki lima. Entah kenapa, tapi aku suka. Aku suka tengok ragam manusia. Banyak kisah benar berlaku dan ramai saksinya.
Watak cerita mungkin berubah, tapi ceritanya sama.



Hari itu, aku duduk di kaki lima. Tak jauh dari aku, ada kedai telefon bimbit. Si anak dan si ayah meneliti satu persatu telefon di dalam cermin kaca.
Nampak gaya macam orang kaya.


Anak : Abah, nak Iphone.
Ayah : Tak payahlah. Mahal sangat tu.
Anak : Tapi kawan abang ada pakai. Best je tengok.
Ayah : Nanti rosak mahal nak repair.
Anak : Abang jaga betul-betul mesti tak rosak.
Ayah : Tahun depan kalau abang dapat 5A, abah bagi Iphone ni.


Senang. Sangat senang kehidupan zaman sekarang. Seorang kanak-kanak akan memiliki Iphone hanya dengan mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Sedangkan orang bekerja seperti aku terpaksa menagih simpati untuk membeli Iphone tu.


10 tahun yang lalu, semasa aku mengambil UPSR, ibu bapa hanya menjanjikan duit RM100 sebagai hadiah. Hari ini, ibu bapa menjanjikan sebuah Iphone. 10 tahun akan datang, mungkin anak aku akan mintak sebuah kereta sebagai hadiah UPSR. Serba laju hidup kita hari ini.



Budak kecik, dulu masa aku sebaya kau,
kami semua berebut nak dapatkan Nokia 3310, bukan Iphone!




ps : Tak guna hidup serba laju tapi trafik macam kura-kura.
Sebab tu aku lebih suka duduk di kaki lima.



Kunkun!!



8 comments:

iKhRam said...

biarlah kita jadi kanak-kanak yang yang tahu berterima kasihd an menghargai.. biarpun dengan pulut kuning masakan mak kita sebagai hadiah poenghargaan.. itu lebih bernilai..

Unknown said...

best entry :)

Aesya Zealous said...

nice entry..betul2..budak sekarang mintak macam2..kite dulu 3310 jela..itu pun tak lepas..huhuhu

wannurfazrini said...

parent skrg pun terlalu manjakan anak . haishhh

btw nice entri

Suriati Suhaimi said...

dpt 3310 tiap2 mlm main miscol...ye dok? hahahhaaaa.....

M. said...

aku upsr takde dijanjikan apa-apa pun. nak mintak pun takot. haha!

hahaha 3310. sampai form 4 pun aku teringin 3310 gak kut.

aqeyLs said...

aku pon ske duduk2 tgok org gak..cuma ber beza tmpt la. aku suke duduk kd court futsal,.hehXD

Metalhead Kid said...

best . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...